HomePanduanPPAM Madani: Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI

PPAM Madani: Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI

Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani (PPAM MADANI) adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam. 

Program ini dirancang untuk membantu golongan M40 dan B40 yang belum memiliki rumah dengan menawarkan pelbagai jenis rumah di lokasi strategik seluruh negara. 

Inisiatif perumahan penjawat awam Malaysia Madani terus memberi peluang kepada kakitangan kerajaan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri khususnya di bandar-bandar utama.

Berikut merupakan maklumat tentang syarat kelayakan, panduan permohonan, lokasi projek, dan dokumen yang diperlukan untuk memohon skim ini

Apa Itu Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani (PPAM MADANI)?

PPAM Madani adalah program perumahan untuk penjawat awam di bawah Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.

Inisiatif ini telah dilancarkan pada tahun 2013 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Di bawah skim ini, ia menekankan keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi, dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Matlamat PPAM:

  • Membantu penjawat awam, terutama mereka yang berpendapatan sederhana, memiliki rumah berkualiti di lokasi strategik dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran.

Kriteria Kelayakan:

  • Semua penjawat awam layak, termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan, dan Badan Berkanun Negeri.

Dengan skim ini, kerajaan memastikan bahawa penjawat awam mempunyai peluang yang adil dan berpatutan untuk memiliki rumah yang memenuhi keperluan hidup mereka dengan baik.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat Kelayakan Permohonan PPAM

Permohonan PPAM terbuka kepada;

  1. Kerajaan Persekutuan dan Negeri: Penjawat awam yang bekerja di sektor ini.
  2. Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan: Penjawat awam di bawah pihak berkuasa negeri dan tempatan.
  3. Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri: Termasuk penjawat awam dari badan berkanun persekutuan dan negeri.

Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Penjawat Awam: Pemohon mesti penjawat awam, termasuk:
    • Lantikan Tetap/Kontrak: Penjawat awam yang mempunyai lantikan tetap atau kontrak.
    • Telah Bersara dan Memiliki Kad Pesara: Penjawat awam yang telah bersara dan mempunyai kad pesara.
    • Anak Pesara Kerajaan: Anak kepada pesara kerajaan.

Nota:

  • Permohonan Lebih dari Satu Projek: Pemohon dibenarkan memohon lebih daripada satu projek PPAM.
  • Moratorium 10 Tahun: Semua unit rumah PPAM bersubsidi dikenakan moratorium 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli (PJB).

Ciri-Ciri dan Lokasi rumah

Lokasi Projek PPAM

Projek PPAM dibina di seluruh Malaysia, merangkumi bandar-bandar utama yang mempunyai permintaan tinggi dari penjawat awam. Lokasi ini termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan lain-lain negeri di Malaysia.

Harga Rumah PPAM

PPAM bermula dengan harga RM90,000 sehingga RM300,000 bagi unit standard. Harga ini tertakluk kepada lokasi, saiz rumah, dan dasar kerajaan semasa.

Jenis dan Saiz Rumah PPAM

Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM termasuk pangsapuri, teres, berkembar, rumah bandar, kluster, dan banglo. Keluasan rumah ini adalah sekurang-kurangnya 900 kaki persegi (kps).

Langkah Panduan Permohonan Unit PPAM

1. Pendaftaran

2. Permohonan

  • Langkah Kedua: Log masuk melalui pautan https://apps.ppam.gov.my untuk membuat permohonan. Pilih jenis unit yang ada bagi satu-satu projek pilihan anda.
  • Kelayakan Pinjaman: Pemohon dikehendaki menyemak kelayakan pinjaman dengan LPPSA atau Bank Komersial terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah.

3. Penawaran

  • Langkah Ketiga: Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel. Pemohon perlu menguruskan permohonan pembiayaan kerajaan (LPPSA) atau Bank Komersial dan mendapatkan kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual Beli (PJB).

4. Perjanjian Jual Beli

  • Langkah Keempat: Pembeli perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (PJB) dengan pemaju. Pemohon dikehendaki meneliti kandungan Perjanjian Jual Beli (PJB) sebelum menandatangani perjanjian tersebut.
Langkah Panduan Permohonan Unit PPAM

1. Pendaftaran

Langkah Pertama: Daftar akaun di pautan https://www.ppam.gov.my dan menerima notifikasi.

2. Permohonan

Langkah Kedua: Log masuk melalui pautan https://apps.ppam.gov.my untuk membuat permohonan. Pilih jenis unit yang ada bagi satu-satu projek pilihan anda.

Kelayakan Pinjaman: Pemohon dikehendaki menyemak kelayakan pinjaman dengan LPPSA atau Bank Komersial terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah.

3. Penawaran

Langkah Ketiga: Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel. Pemohon perlu menguruskan permohonan pembiayaan kerajaan (LPPSA) atau Bank Komersial dan mendapatkan kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual Beli (PJB).

4. Perjanjian Jual Beli

Panduan Permohonan Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Dokumen yang Perlu Disediakan

Untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar, pemohon hanya perlu melengkapkan maklumat profil, butiran permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen seperti yang berikut:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara (bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi pemohon anak pesara)

Kelebihan dan Faedah

Terdapat banyak kelebihan dan faedah memiliki rumah di bawah PPAM Madani:

  • Harga Berpatutan: Rumah yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding harga pasaran semasa di kawasan bandar pesat membangun.
  • Lokasi Strategik: Projek PPAM sering dibangunkan di lokasi strategik dan dekat dengan tempat kerja penjawat awam.
  • Kemudahan Lengkap: Setiap projek dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap untuk keselesaan penghuni.
  • Moratorium 10 Tahun: Untuk mengelakkan spekulasi hartanah dan memastikan rumah-rumah tersebut dimiliki oleh penjawat awam yang benar-benar memerlukannya untuk didiami sendiri.

Pertanyaan

Pertanyaan Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Sebarang pertanyaan mengenai Perumahan Penjawat Awam Malaysia, hubungi;

Sumber: Portal Perumahan Penjawat Awam Malaysia


Lihat Juga:
Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara: Cara Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments