Sukacitanya permohonan dan pendaftaran kemasukan murid atau kanak-kanak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kalendar Akademik sesi 2026 dibuka mulai 1 Mac 2025.Â
Bagi tujuan ini, kaedah permohanan boleh dibuat melalui secara dalam talian (online) atau secara manual di sekolah yang dipohon.
Berikut merupakan maklumat berkaitan permohonan Prasekolah bagi sesi 2026 merangkumi tempoh permohonan, syarat kelayakan, cara memohon, semakan keputusan, prosedur rayuan, serta maklumat berkaitan lain untuk rujukan ibu bapa/penjaga.
Tempoh Permohonan
- Secara Dalam Talian: 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025.
- Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon: 1 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025.
Syarat Permohonan
Bagi permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM, syarat kelayakan adalah sebagaimana berikut;
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahajaÂ
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 sahaja yang layak untuk memohon.Â

Ibubapa atau penjaga yang ingin memilih sekolah hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja ketika permohonan dibuat.
Manakala pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.
Permohonan hendaklah dibuat oleh ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak sahaja. Pihak lain tidak dibenarkan mendaftarkan kanak-kanak bagi pihak ibu bapa/penjaga.
KPM memberi keutamaan kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk kemasukan ke prasekolah di sekolah kebangsaan​. Walau bagaimanapun, keputusan akhir pemilihan tertakluk kepada kuota dan budi bicara Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah di peringkat sekolah berkenaan.
Cara Permohonan Prasekolah KPM
Kaedah permohonan kemasukan ke Kelas prasekolah KPM melalui dua cara iaitu :
Permohonan Dalam Talian (online)
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April 2025.
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.
- Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan (contohnya salinan sijil lahir kanak-kanak, salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga, gambar kanak-kanak, dan lain-lain dokumen yang disenaraikan di borang permohonan). Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Semasa menghantar borang, bawa bersama sijil lahir asal kanak-kanak untuk tujuan pengesahan butiran. Pihak sekolah akan menerima borang, menyemak kelengkapannya dan membuat pengesahan penerimaan permohonan.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.
Permohonan dalam talian melibatkan beberapa proses bermula dari pendaftaran sehinggalah semakan keputusan sama ada permohonan kemasukan adalah berjaya atau sebaliknya.

Permohonan Secara Manual (Melalui Sekolah)
- Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2025.
- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon (contoh dokumen berkaitan seperti salinan sijil lahir kanak-kanak, salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga, gambar kanak-kanak, dan lain-lain dokumen yang disenaraikan di borang permohonan).
- Semasa menghantar borang, bawa bersama sijil lahir asal kanak-kanak untuk tujuan pengesahan butiran. Pihak sekolah akan menerima borang, menyemak kelengkapannya dan membuat pengesahan penerimaan permohonan.
Bagi permohonan secara manual juga, proses permohonan adalah sebagaimana infografik dibawah;

Untuk makluman, tiada yuran permohonan dikenakan bagi permohonan prasekolah KPM. Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. Permohonan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses,
Pendaftaran Pengguna ePrasekolah (Online)
Sekiranya pemohon adalah kali pertama yang ingin memilih untuk mendaftar secara atas talian, ikuti panduan berikut
- Pengguna yang baru menggunakan sistem ePrasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu.
- Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
- Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif
Borang dan Dokumen Permohonan Prasekolah KPM 2026
Borang permohonan prasekolah KPM 2026 boleh diperoleh melalui dua cara bergantung kepada kaedah permohonan yang dipilih:
Online Permohonan (Borang)
- Borang permohonan disediakan dalam talian melalui sistem ePrasekolah https://eprasekolah.moe.gov.my/. Ibu bapa/penjaga perlu mengisi borang secara online dan mencetak borang permohonan tersebut selepas menghantar permohonan. Borang yang dicetak ini kemudiannya digunakan untuk tujuan penghantaran dokumen ke sekolah (sebagai rekod permohonan).
- Format borang ini adalah standard KPM dengan butiran permohonan yang telah diisi melalui sistem. Pastikan cetakan adalah jelas dan lengkap untuk rujukan pihak sekolah.
Permohonan Manual (Borang)
- Borang permohonan boleh didapati secara fizikal di sekolah/institusi prasekolah KPM yang dimohon.
- Pihak sekolah akan mengeluarkan borang (dicetak daripada Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan, SMPK) untuk diisi oleh ibu bapa/penjaga.
- Borang manual ini perlu diisi dengan tulisan yang jelas dan dilengkapkan sepenuhnya sebelum diserahkan semula ke sekolah bersama dokumen sokongan.
- Borang permohonan manual bagi tahun 2026 biasanya berlabel mengikut tahun sesi berkenaan (contoh: Borang Permohonan Prasekolah KPM Sesi 2026) dan mempunyai ruang-ruang isian yang serupa dengan borang online.
Dokumen Sokongan Permohonan
Antara dokumen sokongan yang lazimnya perlu disertakan bersama borang permohonan (online atau manual) termasuk:
- Salinan Sijil Lahir kanak-kanak (beserta dokumen asal untuk pengesahan semasa penyerahan).
- Salinan MyKad / Kad Pengenalan ibu bapa atau penjaga.
- Gambar berukuran passport kanak-kanak (jumlah seperti ditetapkan, biasanya 2 keping).
- Salinan bukti alamat (contoh: bil utiliti) jika diperlukan untuk pengesahan kawasan persekolahan.
- Dokumen lain yang dinyatakan oleh sekolah atau dalam panduan permohonan.
Pastikan borang diisi dengan lengkap dan tepat serta semua dokumen yang diminta disertakan. Borang permohonan yang tidak lengkap atau dokumen sokongan tidak mencukupi boleh menyebabkan permohonan ditolak atau ditandakan sebagai tidak lengkap, jadi semak semula sebelum menyerahkan kepada pihak sekolah.
Semakan Keputusan
Semak keputusan permohonan kemasukan prasekolah tahun 2026 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan tahun sebelum-sebelum ini, semakan boleh dibuat pada awal Ogos (tahun lalu 5 Ogos 2024). Namun ia tertakluk kepada pindaan yang akan dimaklumkan oleh KPM.
Keputusan Online
Semakan secara online boleh dibuat melalui laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/. Masukkan ID pengguna dan kata laluan (akaun sama yang digunakan semasa permohonan online) dan semak status permohonan anak.
Melalui portal ePrasekolah, status permohonan akan dipaparkan sama ada Berjaya, Tidak Berjaya, Menunggu Pengesahan, Tidak Lengkap, atau Disahkan (mengikut definisi proses KPM).
Jika permohonan BERJAYA, ibu bapa perlu mencetak Surat Tawaran melalui sistem tersebut. Surat tawaran ini perlu dibawa ke sekolah semasa pendaftaran murid nanti sebagai bukti penerimaan tawaran.
Keputusan Manual
Manakala permohonan yang dibuat secara manual, semak keputusan permohonan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon.
Ibu bapa boleh menghubungi atau hadir ke sekolah berkenaan mulai tarikh keputusan diumumkan (awal Ogos 2025) untuk menyemak senarai nama kanak-kanak yang berjaya ditempatkan di prasekolah tersebut.
Pihak sekolah akan memaklumkan sama ada permohonan anak berjaya atau tidak. Sekiranya berjaya, surat tawaran biasanya boleh diperoleh di sekolah jika ibu bapa tidak dapat mencetaknya sendiri.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Sila rujuk Prosedur Rayuan di bawah untuk langkah seterusnya membuat rayuan melalui sistem ePrasekolah.
Sekiranya rayuan juga tidak berjaya, ibu bapa boleh cuba memohon prasekolah di agensi lain (seperti tabika KEMAS atau swasta) atau cuba mendaftar semula di sesi akan datang jika anak masih dalam umur prasekolah.
Prosedur Rayuan PermohonanÂ
- Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan (contohnya, 5 – 20 Ogos 2024 untuk sesi sebelumnya).
- Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my yang akan dimaklumkan kelak.
- Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya
Panduan Permohonan Rayuan
Permohonan rayuan boleh dibuat setelah keputusan diketahui bahawa anak tuan-tuan tidak berjaya.
Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah (Pastikan id pengguna dan kata laluan yang diguna untuk membuat rayuan adalah id dan kata laluan yang sama semasa permohonan dibuat) atau melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.
Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD/PPW/JPN.
Tarikh-tarikh Penting Permohonan Prasekolah KPM 2026
Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi permohonan kemasukan Prasekolah KPM bagi sesi akademik 2025/2026
- Permohonan Secara Online : 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025Â
- Permohonan Secara Manual : 1 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025
- Semak Keputusan:Â Awal Ogos (5 Ogos bagi tahun sebelum ini)
- Rayuan: tempoh 2 minggu (contohnya, 5 – 20 Ogos 2024 untuk sesi sebelumnya).
- Semakan Rayuan: Awal September (10 September 2024 bagi tahun sebelum ini)
*Semua tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Senarai Prasekolah di Malaysia
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis prasekolah samaada dari kerajaan, swasta atau agensi-agensi yang berkaitan. Berikut adalah beberapa contoh Prasekolah di Malaysia;
Prasekolah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Prasekolah yang beroperasi di bawah KPM, biasanya ditempatkan di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan institusi lain yang diselia KPM.
Sebahagian besar sekolah rendah kerajaan (SK) mempunyai kelas prasekolah sendiri, dengan keutamaan diberi kepada kanak-kanak setempat terutama dari keluarga berpendapatan rendah. Kapasiti satu kelas prasekolah KPM biasanya maksimum 25 orang murid bagi kelas perdana biasa, dan 7 orang murid bagi kelas prasekolah pendidikan khas/integrasi (untuk kanak-kanak berkeperluan khas).
KEMAS
Tadika atau tabika yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Tabika KEMAS banyak terdapat terutamanya di kawasan luar bandar dan komuniti setempat.
Tabika Perpaduan
Tadika yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Dikenali sebagai Tabika Perpaduan, program ini biasanya terdapat di kawasan perumahan atau komuniti dan menekankan perpaduan kaum sejak usia awal.
Prasekolah Agensi Negeri/Agama
Beberapa kerajaan negeri dan agensi agama turut mengendalikan prasekolah. Contohnya Tadika Islam MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan), prasekolah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), dan tadika anjuran Jabatan Agama Islam negeri lain​.
Prasekolah ini biasanya menekankan pendidikan asas berteraskan Islam dan dikendalikan oleh jabatan agama negeri masing-masing.
Swasta
Di samping prasekolah kerajaan, terdapat banyak tadika atau prasekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. Tadika swasta dikendalikan oleh pihak persendirian atau badan bukan kerajaan, tetapi masih perlu mematuhi garis panduan kurikulum prasekolah kebangsaan yang ditetapkan oleh KPM.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, aduan atau ingin mengetahui info lanjut mengenai ePrasekolah;
- Emelkan kepada [email protected] sekiranya anda mempunyai aduan berkenaan sistem ePrasekolah sila e . Sila nyatakan nombor MyKid anak dan nombor MyKad pemohon (Ibu Bapa/Penjaga) dalam email tersebut.
Bantuan Helpdesk
- Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
- Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
Atau
Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan melalui Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah
- JPN Johor [email protected]
- JPN Kedah [email protected]
- JPN Kelantan [email protected]
- JPN Melaka [email protected]
- JPN Negeri Sembilan [email protected]
- JPN Pahang [email protected]
- JPN Perak [email protected]
- JPN Perlis [email protected]
- JPN Pulau Pinang [email protected]
- JPN Sabah [email protected]
- JPN Sarawak [email protected]
- JPN Selangor [email protected]
- JPN Terengganu [email protected]
- JPWP Kuala Lumpur [email protected]
- JPWP Labuan [email protected]
- JPWP Putrajaya [email protected]
MANUAL PENGGUNA (IBU BAPA/PENJAGA) SISTEM PERMOHONAN E-PRASEKOLAH
Soalan Lazim (FAQ)
Klik pada BORANG PERMOHONAN PRASEKOLAH dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Permohonan yang telah lengkap dan dicetak perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan tadi.
Status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.
Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak
Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.