HomeCutiCuti Sekolah Mei-Jun 2024: Tarikh Cuti Penggal 1 KPM

Cuti Sekolah Mei-Jun 2024: Tarikh Cuti Penggal 1 KPM

Mengikut Kalendar Akademik Sesi 2024/2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh cuti sekolah bagi penggal 1 untuk bulan Mei-Jun 2024.

Cuti ini adalah setelah 11 minggu sesi persekolahan yang bermula pada Mac lalu.

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai tarikh cuti penggal 1 KPM bagi sesi 2024/2025:

Tarikh Cuti Sekolah Mei-Jun 2024

Kumpulan A 

Kumpulan A terdiri daripada negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah.

Tempoh cuti adalah selama 10 hari;

  • 24 Mei 2024 (Jumaat) – 2 Jun 2024 (Ahad) 
Kalendar Akademik KPM Kumpulan A Tahun 2024 2025

Kumpulan B

Kumpulan B  terdiri daripada Negeri Selangor, Sabah, Sarawak,  Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, W.P Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tempoh cuti adalah 9 hari;

  • 25 Mei 2024 (Sabtu) – 2 Jun 2024 (Ahad)
Kalendar Akademik KPM Kumpulan B Tahun 2024 2025

3 Jun 2024 Cuti Umum Hari Keputeraan Rasmi Agong

Tarikh 3 Jun 2024 diwarta sebagai cuti umum Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi YDP Agong ke-17, Sultan Ibrahim.

Tarikh ini merupakan salah satu daripada Hari Kelepasan Am Persekutuan 2024.

Oleh yang demikian, semua negeri akan bercuti pada tarikh 3 Jun 2024 (ISNIN).

Cuti Agong 3 Jun 2024

Cuti Penggal Sekolah Seterusnya

Cuti Penggal 2 Sesi 2024/2025 

Kalendar Kuda September 2024

Selepas cuti sekolah bulan Mei – Jun ini, Cuti Penggal  2 persekolahan adalah pada bulan September selama 9 hari.

  • Kumpulan A: 13.09.2024 – 21.09.2024 
  • Kumpulan B: 14.09.2024 – 22.09.2024 

Cuti Penggal 3, SESI 2024/2025

Kalendar Kuda Disember 2024

Seterusnya cuti penggal 3 adalah pada bulan Disember selama 9 hari;

  • Kumpulan A:  20.12.2024 -28.12.2024 
  • Kumpulan B: 21.12.2024 -29.12.2024 

Cadangan Aktiviti Cuti Sekolah Mei-Jun 2024

Dengan tiba nya cuti sekolah pada bulan Mei-Jun 2024, ramai pelajar dan keluarga sedang merancang untuk mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan. 

Di samping rehat yang diperlukan, terdapat pelbagai pilihan aktiviti yang boleh dinikmati oleh semua. Berikut adalah cadangan aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang cuti sekolah tersebut:

1) PBAKL 2024: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Salah satu acara yang dinanti-nantikan oleh pencinta buku adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dengan pelbagai penulis tempatan dan antarabangsa serta koleksi buku yang pelbagai, pesta buku ini adalah tempat yang sempurna untuk mencari bahan bacaan baru dan mendapatkan inspirasi.

Maklumat tentang PBAKL 2024 adalah sebagaimana berikut;

  • Tarikh: 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024
  • Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL)
  • Waktu: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari

Info lanjut anda boleh layari https://klibf.my/

Tarikh, tempat dan Waktu pameran PBAKL 2024

2) Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H/2024M akan berlangsung pada 23 hingga 28 Mei 2024 bersamaan 14 hingga 19 Zulkaedah 1445Hijrah bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445H:2024M

3) Hari Landskap Negara 2024

Anda juga boleh memeriahkan Sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN 2024) yang akan diadakan pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 bertempat di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

4) Aktiviti Luar

Cuaca yang baik pada musim cuti ini menyediakan peluang yang baik untuk aktiviti luar. Aktiviti seperti mendaki, berkayak, berbasikal, atau sekadar berjalan-jalan di taman awam adalah cara yang baik untuk menjaga kesihatan fizikal dan menjelajah keindahan alam sekitar.

5) Lawatan ke Tempat Menarik

Manfaatkan cuti sekolah ini dengan merancang lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar tempat tinggal anda. Muzium, taman tema, dan tempat bersejarah adalah destinasi yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga.

6) Kemahiran dan Kraf

Ambil peluang untuk mempelajari kemahiran baru atau mengasah kemahiran yang sedia ada. Kursus memasak, kelas seni, atau latihan kemahiran tangan seperti menjahit atau menganyam adalah aktiviti yang boleh dimasukkan dalam jadual cuti sekolah.

7) Aktiviti Sukan

Sertai program sukan atau kem rekreasi untuk mengisi masa dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan. Sukan seperti bola sepak, badminton, atau renang adalah cara yang baik untuk menjaga kesihatan fizikal dan memupuk semangat berpasukan.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments