HomeKerjayaJawatan Kosong Pensyarah Tetap UiTM Cawangan Kelantan 2024 

Jawatan Kosong Pensyarah Tetap UiTM Cawangan Kelantan 2024 

JAWATAN KOSONG: Iklan Kekosongan Jawatan Staf Akademik (Pensyarah) Tetap di UiTM Cawangan Kelantan Bil. 1 2024.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Staf Akademik (Pensyarah) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.

Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah  adalah seperti berikut:

  • Profesor
  • Profesor Madya
  • Pensyarah Kanan 
  • Pensyarah

Jawatan yang ditawarkan adalah berstatus tetap .

Kepada mereka yang berminat bagi mengisi jawatan kosong yang ditawarkan di UiTM Cawangan Kelantan. bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

Tempoh permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2024 (Khamis).

Jawatan Dan Fakulti / Bidang

  • Profesor (VK7)
  • Profesor Madya (DM53)
  • Pensyarah Kanan (DM51)
  • Pensyarah (DM45)
Jawatan, Fakulti dan Bidang kekosongan Uitm Cawangan Kelantan

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

  • Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil SPM/ MCE, HSC/ STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (Ph.D) (Skrol dan Transkrip Akademi Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan

Cara Permohonan

Berikut adalah cara memohon Jawatan Pensyarah yang ditawarkan di UiTM Cawangan Kelantan;

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Caw. Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my/index.php
  2. Sila kemukakan DOKUMEN melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/KvHbLyRsCRFYArC96 
  3. Pemohon – pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
  4. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
  5. Borang/ dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.
  6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  8. Pemohon-pemohon yang menuntut di Tahun Akhir Universiti Awam / Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan kecuali keputusan semester akhir telah diperakukan oleh SENAT.

Keterangan Lanjut

Sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada:

  •  Unit Perjawatan ([email protected])
  •  09-976 2024 (Whatsapp Business)
  • 09-976 2068 (Whatsapp Business).

Maklumat dan Borang Berkaitan;

  1. Iklan Jawatan Kosong UiTMCK
  2. Borang Permohonan Jawatan Staf Akademik (Pensyarah) Tetap
  3. Lampiran A

Ikuti Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan;

Sumber: UiTM Cawangan Kelantan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments