Hari Landskap Negara (HLN) adalah satu inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) Malaysia untuk memperkasakan industri landskap negara.
Penganjuran HLN bagi tahun 2024 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap terutamanya dalam kalangan generasi muda di samping menyebarluas kepentingan landskap terhadap kesejahteraan kehidupan melalui program pembangunan landskap yang komprehensif.
Tema Sambutan 2024
Pada tahun ini, tema yang ditetapkan bagi HLN 2024 adalah “Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI“.
Tema ini menekankan peranan penting industri landskap dalam menyediakan persekitaran kehidupan yang inklusif dan lestari, selaras dengan konsep MADANI yang merangkumi kemampanan, kesejahteraan, dan daya cipta.
Tarikh Sambutan dan Lokasi
Hari Landskap Negara 2024 diadakan selama 10 hari;
- Tarikh: 24 Mei 2024 sehingga 02 Jun 2024Â
- Tempat: di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.Â
Panduan Lokasi:
Anda boleh mengimbas Kod QR di bawah bagi panduan lokasi bagi acara ini.

Kepada para pengunjung yang ingin ke Sambutan Hari Landskap Negara 2024 di Taman Tasik Shah Alam, perkhidmatan kenderaan ‘shuttle bas’ ada disediakan bagi memudahkan kelancaran lalu lintas.
Sila rujuk maklumat berikut dari Laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam;
Majlis Perasmian
Majlis perasmian Hari Landskap Negara 2024 akan diadakan pada 25 Mei 2024, jam 10:00 pagi.
Pada tahun ini, julung kalinya Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah melimpahi perkenan untuk berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2024.
Perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja menambah kemeriahan sambutan, tetapi juga menunjukkan sokongan padu dari pihak kerajaan terhadap usaha memperkasakan industri landskap di Malaysia
Aktiviti dan Acara Menarik
Hari Landskap Negara 2024 menjanjikan pelbagai aktiviti dan acara menarik yang boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat.
Pelbagai pameran, jualan, pertandingan, program serta aktiviti menarik disediakan kepada pemain industri landskap serta pengunjung yang hadir sepanjang sambutan berlangsung.
Semua program ini dianjurkan secara percuma dan orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
Berikut adalah beberapa acara utama yang akan berlangsung:
- Majlis Perasmian – 25 Mei 2024 Jam 10:00 pagi
- Anugerah Landskap Negara 2024
- Anugerah Rosa-Sinensis
- Green Urban Forum
- Speaker’s Corner
- Dialog Industri
- Workshop/ Demonstrasi
- Pertandingan Landskap IPT/IPTS
- Pertandingan Laman PBT
- Photojournalism
- Pertandingan Gubahan Bunga Pertandingan Mewarna/ Melukis
- Explorace
- Fun Run
- Pameran Landskap
- Food Truck
- Senamrobik
- Mini Orchid Show
- Program Lepak Seni
- Bicara Usahawan
- Pertunjukan BOMBA
- Diskusi Pemaju
- Sukan Rakyat
Untuk maklumat lengkap program, anda boleh mengimbas Kod QR & Booklet hebahan untuk rujukan aktiviti sepanjang sambutan berlangsung.

Acara Pilihan
Berikut merupakan antara acara pilihan yang menarik bagi sambutan ini;









Ikuti laman rasmi Media Sosial Jabatan Landskap Negara untuk mengetahui pelbagai informasi mengenai sambutan HLN2024.
- Laman web: https://www.jln.gov.my/
- Facebook: Jabatan Landskap NegaraÂ
- Instagram: landskapnegara
- Twitter: Lansdskap Negara
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan menyokong usaha memajukan industri landskap negara.Â
Datanglah beramai-ramai ke Taman Tasik Shah Alam dari 24 Mei hingga 2 Jun 2024 untuk menikmati sambutan yang penuh dengan aktiviti menarik dan bermakna.
Sumber: Jabatan Landskap Negara