Awal Muharam (1 Muharam) atau Maal Hijrah merupakan salah satu daripada cuti dan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi tahun 2025.
Pada hari tersebut ia merupakan cuti umum di Malaysia.
Tarikh Awal Muharam 2025

Pada tahun 2025, Awal Muharam jatuh pada hari Jumaat, 27 Jun.
Cuti Awal Muharam (Maal Hijrah) 2025
Tarikh 27 Jun 2025 (Jumaat) bersamaan dengan 1 Muharram 1447 merupakan salah satu daripada Hari Kelepasan Am Persekutuan 2025.
Oleh yang demikian, semua negeri akan bercuti pada 27 Jun 2025 (Jumaat).
Ia menjadi cuti yang panjang pada minggu tersebut (long weekend) untuk beberapa negeri.

Untuk negeri-negeri yang cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad (seperti Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor [selepas perubahan], Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak dan Perlis):
Maka rakyat di negeri-negeri ini akan menikmati cuti panjang hujung minggu (long weekend) selama 3 hari berturut-turut iaitu:
Bagi negeri yang cuti mingguan Sabtu dan Ahad;
Jumaat (27 Jun 2025) | Awal Muharam / Maal Hijrah |
Sabtu (28 Jun 2025) | Cuti Mingguan |
Ahad (29 Jun 2025) | Cuti Mingguan |
Bagi negeri yang cuti mingguan Jumaat dan Sabtu;
Jumaat (27 Jun 2025) | Cuti Mingguan / Awal Muharam |
Sabtu (28 Jun 2025) | Cuti Mingguan |
Ahad (29 Jun 2025) | Cuti Gantian Awal Muharram *bergantung pada negeri masing-masing |
Cuti Sekolah KPM Awal Muharam
Sekolah perlu mengikuti semua hari cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri.
Ini bermaksud, jika ada cuti umum yang diisytiharkan oleh negeri di mana sekolah tersebut berada, dan cuti itu jatuh pada hari persekolahan, maka sekolah tersebut akan bercuti pada hari itu.
Pihak sekolah kebiasannya akan mengeluarkan surat pemakluman atau notis mengenai cuti bersempena Awal Muharam ini.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2025M
Majlis Sambutan Maal Hijrah tahun ini akan diadakan di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), Kuala Lumpur.
Tema Maal Hijrah 1447H
Pada tahun ini, tema bagi Sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah “Membangun Ummah Madani”.
Tema ini dipilih untuk mencerminkan aspirasi masyarakat Islam di Malaysia dalam membentuk masyarakat yang progresif, inklusif dan harmoni, serta memastikan kemajuan negara selari dengan nilai-nilai moral dan etika Islam.
Konsep Malaysia Madani pula merujuk kepada pembangunan negara yang sejahtera dan berperadaban, berpandukan prinsip akhlak, rohani dan sosial yang tinggi.
Anugerah Tokoh Maal Hijrah
Pada setiap tahun seorang tokoh Maal Hijrah akan dipilih bersempena dengan sambutan ini.
Pemilihan tokoh Maal Hijrah dipilih berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman luas dan keperibadian unggul yang dimiliki dalam mengembangkan syiar Islam.
Selain itu antara kriteria pemilihan tokoh adalah sumbangan seseorang individu dalam pembangunan ummah sama ada di dalam atau luar negara.
Siaran Langsung
Saksikan secara langsung bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.
Ikuti siaran ini secara streaming di;
- RTM KLIK: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
- Facebook: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- Youtube: TV Jakim
Soalan Lazim (FAQ)
Awal Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah Islam yang menandakan permulaan tahun baru Islam.
Maal Hijrah merujuk kepada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Awal Muharam pada tahun 2025 jatuh pada hari Jumaat, 27 Jun.
Semua negeri di Malaysia akan bercuti pada Awal Muharam 2025.
Majlis Sambutan Maal Hijrah tahun ini akan diadakan di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), Kuala Lumpur.
Tema Sambutan Maal Hijrah 1447H adalah “MembangunMalaysia Madani”.
Lihat Juga:
– Senarai Tempat Menarik Di Selangor (Percutian Hujung Minggu)
– 10 Tempat Menarik Bawa Anak-anak Bersempena Cuti Sekolah
– Senarai Tempat Menarik Di Kedah 2025: Sesuai Percutian Family
– 14 Tempat Menarik Yang Percuma di Kuala Lumpur