HomeBiasiswaBiasiswa "Maybank Group Scholarship Programme” 2025

Biasiswa “Maybank Group Scholarship Programme” 2025

Maybank Foundation ialah sebuah yayasan di bawah Kumpulan Maybank kini membuka permohonan biasiswa kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon “Maybank Group Scholarship Programme” untuk tahun 2025. 

Program ini salah satu inisiatif Kumpulan Maybank dalam membantu pelajar mencapai impian pendidikan mereka, khususnya mereka yang berpotensi tinggi tetapi menghadapi kekangan kewangan. Dengan reputasi sebagai salah satu institusi kewangan terkemuka di rantau ini, Maybank komited untuk menyokong pembangunan modal insan melalui tawaran biasiswa penuh.

Program ini bukan sekadar peluang untuk menampung kos pendidikan, tetapi juga menyediakan platform pembangunan diri yang menyeluruh. Melalui program pembangunan seperti boot camp, pembelajaran berasaskan komuniti, dan pensijilan kursus masa depan, pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan yang relevan dengan keperluan industri semasa. 

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan melalui Maybank Group Scholarship Programme.

Pengenalan Program Biasiswa Kumpulan Maybank

Pemberian biasiswa kepada pelajar Malaysia yang layak untuk melanjutkan pengajian tinggi telah menjadi ciri utama usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Maybank sejak tahun 1972. Ia merupakan komponen utama tema “Pendidikan” daripada tiga (3) teras Tanggungjawab Korporat yang diterapkan oleh Yayasan Maybank, dengan objektif utama:

  1. Menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar berpotensi tinggi yang layak.
  2. Mewujudkan saluran masuk tenaga kerja berkualiti tinggi yang terdiri daripada graduan cemerlang dari universiti bertaraf dunia.
  3. Mengukuhkan reputasi Maybank sebagai majikan terbaik, terutamanya dalam kalangan graduan baharu.

Setakat ini, hampir 2,000 pelajar Malaysia telah mendapat manfaat daripada program ini dengan peluang untuk memperoleh pendidikan ijazah berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan daripada universiti bertaraf dunia. 

Bermula tahun 2019, Program Biasiswa Kumpulan Maybank juga tersedia di negara-negara di mana Maybank mempunyai kehadiran yang kukuh seperti Kemboja, Indonesia, dan Filipina.

Biasiswa penuh diberikan kepada pelajar terpilih yang menunjukkan potensi tinggi dalam akademik, aktiviti kokurikulum, serta mempunyai kualiti kepimpinan yang cemerlang. Mereka akan ditaja untuk melanjutkan pengajian di universiti bertaraf dunia di Malaysia dan United Kingdom (UK).

Biasiswa ini meliputi kos penuh yuran pengajian dan pendaftaran, serta perbelanjaan berkaitan termasuk buku, penginapan, dan elaun sara hidup.

Kelebihan Biasiswa 

Maybank Group Scholarship Programme 2025 menawarkan pelbagai manfaat yang menjadikannya salah satu biasiswa paling komprehensif di Malaysia:

1. Pembiayaan Penuh

  • Yuran Pengajian dan Pendaftaran: Kos penuh yuran pengajian di universiti bertaraf dunia.
  • Laptop: Peranti untuk menyokong pembelajaran.
  • Elaun Bulanan: Menampung kos sara hidup dan penginapan.
  • Elaun Buku: Untuk membeli bahan pembelajaran.

2. Program Pembangunan

Maybank tidak hanya menaja pendidikan anda tetapi turut membantu membentuk bakat anda melalui:

  • Program Duta Pelajar Maybank (#Mbassador): Platform untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi.
  • Boot Camp & Aktiviti Pembinaan Pasukan: Memupuk semangat kerja berpasukan dan ketahanan diri.
  • Pembelajaran Berasaskan Komuniti: Meningkatkan kesedaran sosial melalui projek komuniti.
  • Pensijilan Kursus Masa Depan: Membantu pelajar bersedia dengan kemahiran relevan seperti pengaturcaraan, data sains, dan rekaan UI/UX.

3. Latihan Industri & Penempatan Kerjaya

  • Memberikan pendedahan kepada pengalaman kerja sebenar di Maybank.
  • Menawarkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian melalui ikatan kontrak.

Syarat dan Kelayakan 

Untuk biasiswa yang ditawarkan, pemohon mesti memenuhi kriteria berikut:

Pengajian Tempatan di Malaysia

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM120,000 setahun.
  • Berumur tidak lebih 22 tahun.
  • Sedang belajar di tahun pertama ijazah sarjana muda di universiti awam berikut:
    • Universiti Malaya (UM)
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
    • Universiti Sains Malaysia (USM)
    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    • Universiti Utara Malaysia (UUM)
    • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    • Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
    • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
    • Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pengajian Luar Negara di United Kingdom (UK)

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM180,000 setahun.
  • Berumur tidak lebih 22 tahun.
  • Telah diterima masuk ke universiti bertaraf dunia di UK (surat tawaran kemasukan diperlukan).
  • Berjaya menamatkan program pra-universiti seperti STPM, Asasi, Matriks, atau Diploma.

Bidang Pengajian 

Biasiswa ini menyokong pelbagai bidang yang relevan dengan industri perbankan dan kewangan termasuk:

  • Seni dan Reka Bentuk
  • Perniagaan dan Pengurusan
  • Teknologi Maklumat (IT)
  • Kejuruteraan dan Teknologi
  • Matematik / Sains Aktuari
  • Sains Sosial
  • Kursus Berkaitan Masa Depan seperti Pengaturcaraan, Pembangunan Web, Sains Data, dan banyak lagi.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan melalui platform laman rasmi Maybank Foundation yang disediakan;. 

Layari laman web www.maybankfoundation.com dan pergi ke halaman MGSP untuk mendapatkan maklumat terperinci. Klik butang “Apply for Maybank Group Scholarship Programme 2025” untuk mengakses borang permohonan.

Sebagai alternatif, pautan terus berikut boleh digunakan: [https://bit.ly/MGSPApplication2025] untuk mengakses borang permohonan.

Arahan Mengisi Borang

  1. Ruangan bertanda bintang (*) adalah wajib diisi.
  2. Pastikan semua dokumen dalam format PDF dan memenuhi keperluan saiz.
  3. Muat turun dan sediakan Checklist Dokumen Diperlukan dan Borang Pengisytiharan Pendapatan melalui pautan di bawah.

Download Required Documents Checklist and Income Declaration Form

Tarikh Tutup Permohonan: 23 Mac 2025

Iklan Biasiswa

Iklan Biasiswa Maybnak Group Scholarhsip Progrramme 2025 (MSGP)

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi www.maybankfoundation.com atau hubungi emel [email protected] 

Ikuti sosial media Maybank Foundation untuk maklumat lanjut


Lihat Juga:
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025
Biasiswa Kuok Foundation 2025: Universiti Singapura & British
Program Ijazah Lanjutan (PIL) 2025: Syarat dan Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments