Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang membuka semula permohonan kepada para penternak negeri Pahang untuk memohon Skim Makmur Ternak Pahang bagi tahun 2025.
Terdapat 2 jenis geran bagi skim ini iaitu geran pemadanan dan geran penuh.
Apa Itu Skim Makmur Ternak Pahang?
Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, di samping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.
Objektif Skim Makmur Ternak
- Meningkatkan pengeluaran daging tempatan untuk memenuhi permintaan pasaran.
- Meningkatkan taraf hidup penternak dengan memberikan bantuan kewangan dan infrastruktur.
- Menggalakkan amalan penternakan yang mampan melalui latihan dan pemantauan.
- Meningkatkan kualiti ternakan melalui pembekalan baka ternakan yang berkualiti tinggi.
Skop Bantuan
- Geran Pemadanan: Bekalan induk/baka ternakan memerlukan pemohon untuk menanggung kos 10% daripada jumlah nilai ternakan.
- Geran Penuh: Bantuan kepada penternak dalam bentuk input ladang/bahan binaan pembaikan kandang dan infrastruktur ladang.

Syarat Kelayakan Permohonan
Permohonan terbuka kepada PENTERNAK KECIL RUMINAN yang mempunyai kriteria dan butiran permohonan adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID Premis.
- Warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin negeri Pahang.
- Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah disenaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.
- Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup.
- Mempunyai kawasan menternak yang sah, kemudahan yang sesuai dengan melampirkan geran tanah/surat kebenaran gunapakai tanah/perjanjian gunapakai tanah.
- Mempunyai program kesihatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.
- Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana, sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
- Tidak pernah menerima bantuan yang sama daripada agensi kerajaan yang lain. (Boleh dipertimbangkan semula permohonan selepas 3-5 tahun daripada bantuan terakhir).
- Permohonan boleh dibuat melalui borang Skim Makmur Ternak yang diberikan secara percuma dan boleh di buat salinan atau di muat turun di laman web DVS Pahang.
Cara Memohon
Borang permohonan Skim Makmur Ternak boleh di muat turun melalui Google Drive berikut:
https://drive.google.com/…/1OSHefFX02sqR9oe2PFc…/view..
Tarikh Permohonan
Permohonan ini di buka bermula pada 15 Januari 2025 hingga 28 Februari 2025
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila layari laman Facebook https://www.facebook.com/dvspahang
Sila berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Vaterinar Daerah berhampiran untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai status permohonan terdahulu, anda boleh menyemak di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Pahang
Lihat Juga:
– Kadar Fidyah Puasa 2025 Mengikut Negeri & Cara Bayaran Online