HomeBiasiswaBiasiswa Grab Scholar 2025: Degree & Perbelanjaan Sekolah

Biasiswa Grab Scholar 2025: Degree & Perbelanjaan Sekolah

Bagi tahun 2025, Syarikat Grab meneruskan tawaran biasiswa dan dermasiswa melalui Program Grabscholar kepada calon-calon dan pelajar yang berkelayakan.

Program GrabScholar 2025 menawarkan dua jenis bantuan utama kepada pelajar yang layak iaitu Biasiswa Penuh Universiti dan Dermasiswa (Bantuan Sekali Bayar) untuk Pelajar Sekolah.

Melalui inisiatif ini, Grab ingin memberikan peluang pendidikan yang lebih cerah kepada masyarakat, termasuk pelajar dari latar belakang yang mencabar.

Jangan lepaskan peluang ini dan rebutlah peluang bermakna ini sebelum tarikh tutup permohonan.

Inisiatif Biasiswa GrabScholar

Dengan sokongan Dana GrabForGood, program GrabScholar bertujuan meningkatkan taraf sosioekonomi rakan-rakan syarikat, masyarakat umum, dan komuniti-komunitinya melalui pendidikan. Program ini kini hanya tersedia di Malaysia, Indonesia, dan Filipina.

Impak Program pada 2023;

  • ~1,500 pelajar telah menikmati manfaat daripada Dana GrabForGood setiap tahun di Indonesia dan Filipina.
  • USD 1 juta telah diperuntukkan untuk program GrabScholar melalui Dana GrabForGood sejak 2022.

Terdapat 2 jenis Biasiswa atau bantuan yang ditawarkan iaitu;

  1. Biasiswa Penuh Universiti – Biasiswa penuh dari tahun pertama hingga tamat pengajian.
  2. Dermasiswa Sekolah (Bursari) – Bantuan kewangan sekali bayar melalui GoBarakah.com.
GrabScholar- Mengubah kehidupan melalui pendidikan

Tarikh Tutup Permohonan

Hantarkan permohonan anda sebelum tarikh akhir;

  • 8 April 2025 (Selasa) pada 2:00 PM

Biasiswa Penuh Universiti

Biasiswa penuh universiti menyediakan sokongan yang berterusan sepanjang perjalanan akademik pemegang biasiswa. 

Manfaat Biasiswa

  • Yuran Universiti: Tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam di Malaysia yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Elaun Bulanan: Elaun sara hidup diberikan setiap bulan sepanjang tempoh biasiswa.
  • Elaun Tahunan: Elaun pembangunan profesional untuk pembaikan diri penerima biasiswa. Dana ini juga boleh digunakan bagi pelaksanaan projek komuniti, penerbangan dalam Malaysia, pembelian perkakas, serta elaun buku.
  • Elaun Sekali Sahaja: Bantuan kewangan untuk memenuhi keperluan seperti pembelian komputer riba, kos tesis, dan pakaian formal.
  • Program Pembangunan Kepimpinan: Program selama 2 tahun yang merangkumi persidangan kepimpinan, bengkel, projek komuniti, dan bimbingan untuk membentuk pemimpin muda yang berdaya saing.
Manfaat Biasiswa GrabScholar 2025

Syarat Kelayakan

Siapakah yang boleh memohon Biasiswa Penuh Grab Scholar?

  • Warganegara Malaysia
  • Sedang menjalani tahun pertama program ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan di Malaysia.
    Pemohon yang baru sahaja menamatkan program pra-universiti akan diberikan tawaran bersyarat, tertakluk pada penerimaan tawaran pengajian dari universiti awam tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Kursus pengajian hendaklah berkaitan dengan Perniagaan, STEM (bukan perubatan), atau Kelestarian.
  • Tiada kriteria akademik yang spesifik untuk memohon program biasiswa ini, walau bagaimanapun, calon dikehendaki untuk mengekalkan PNGK (CGPA) 3.0 sepanjang program biasiswa.
  • Terbuka kepada masyarakat umum, rakan-rakan Grab, dan ahli-ahli keluarga terdekat rakan Grab
Syarat Kelayakan Biasiswa Penuh Universiti Grab

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2025 berikut:

Garis Masa Permohonan Biasiswa Universiti

  • Tarikh akhir permohonan – 8 April 2025 (2 Petang)
  • Panggilan temu duga – 9 Jun 2025
  • Pengumuman pemohon yang berjaya – pada atau sebelum 16 September 2025
Garis Masa Permohonan Biasiswa Universiti (Grab 2025)

Dermasiswa (Bantuan Perbelanjaan Sekolah)

GrabScholar disokong oleh GrabForGood Fund, bekerjasama dengan GoBarakah untuk meningkatkan status sosio-ekonomi rakan kongsi Grab, orang awam, dan komuniti mereka melalui bantuan Dermasiswa – bantuan kewangan satu kali kepada penerima yang mempunyai pelajar sekolah rendah dan menengah yang layak.

Penerima terpilih akan menerima e-voucher bantuan tunai bernilai RM 220 dari GrabForGood Fund melalui platform GoBarakah. Bantuan ini boleh dikeluarkan sebagai tunai dan dipindahkan ke akaun bank anda bagi tujuan belian barangan keperluan sekolah.

Notifikasi e-voucher akan dihantar oleh GoBarakah melalui e-mel dan/atau Whatsapp.

Mengisi borang terlampir tidak menjamin anda akan terpilih untuk menerima e-voucher di GoBarakah.

Apakah Yang Ditanggung Oleh Dermasiswa?

Elaun sekali bayar bernilai RM220 yang akan disedikan kepada penerima melalui e-baucar untuk pembelian peralatan, buku, seragam sekolah atau apa-apa sahaja barangan yang digunakan bagi tujuan pendidikan.

Syarat Kelayakan

Siapakah yang boleh memohon Dermasiswa GrabScholar?

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai anak atau adik beradik yang masih bersekolah (sekolah rendah atau menengah)
  • Pendapatan isi rumah RM4,500 dan ke bawah
  • Terbuka kepada orang awam, rakan kongsi Grab, dan ahli keluarga terdekat (anak, adik-beradik atau pasangan) rakan kongsi Grab
Syarat Kelayakan Bantuan Perbelanjaan Sekolah Grab

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

Garis Masa Bantuan Perbelanjaan Sekolah

Garis Masa Bantuan Perbelanjaan Sekolah (Grab 2025)

Rakan Kerjasama Grab

Grab bekerjasama dengan Yayasan Tunku Abdul Rahman dan GoBarakah untuk program GrabScholar bagi memperkasakan para pelajar melalui biasiswa.

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)

Yayasan Tunku Abdul Rahman merupakan sebuah organisasi badan berkanun di bawah Akta Yayasan Tunku Abdul Rahman 1966. Ia bertujuan menyediakan biasiswa, bantuan kewangan, dan pemantapan kemahiran untuk golongan belia di tahap pengajian tinggi. Ini selari dengan aspirasi Tunku untuk Malaysia. YTAR bermatlamat memperkasakan belia Malaysia, terutama mereka yang berstatus rendah, mencapai impian melalui program:

  • Closing The Gap (CTG)
  • Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)
  • Future Ready

GoBarakah

GoBarakah adalah platform bantuan inovatif di mana setiap sumbangan dana atau derma diberi dalam bentuk e-baucar. E-baucar ini ditebus secara langsung oleh penerima bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai atau bentuk penebusan lain yang ditetapkan oleh penaja program. GoBarakah berhasrat menaiktarafkan bantuan sosial dengan mempromosikan:

  • Ketelusan
  • Keterangkuman
  • Kepercayaan masyarakat

Info dan Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Grab ini, anda boleh layari;

Ikuti Grab di;

Sumber: Facebook Grab & Laman Web Grab


Lihat Juga:
– Biasiswa Khazanah Watan (Khazanah Watan Scholarship)
– Biasiswa Agrobank: Scholarship Award Program (SAP 2025)
– Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2025

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments