Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2025.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama untuk memohon penajaan Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2025.
Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2025 adalah peluang bagi pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di universiti bertaraf dunia dengan bantuan penajaan JPA.
Dengan fokus kepada bidang strategik seperti STEM, keselamatan siber, kecerdasan buatan dan lain-lain, program ini memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat yang menyumbang kepada pembangunan negara.Â
Apakah Program Ijazah Lanjutan (PIL)?
Program Ijazah Lanjutan (PIL) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di universiti terkemuka dunia.
Program ini menawarkan Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana pelajar yang layak berpeluang untuk mengubah pinjaman kepada biasiswa penuh, bergantung kepada perkhidmatan mereka selepas tamat pengajian.
Objektif Utama PIL
- Melahirkan bakat berkualiti tinggi: Meningkatkan bilangan graduan berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
- Meningkatkan daya saing global: Memberi akses kepada universiti bertaraf dunia yang disenaraikan dalam 100 teratas QS World University Rankings.
- Menyokong bidang kritikal: Fokus kepada bidang pengajian yang menyokong keperluan strategik negara seperti STEM, keselamatan siber, kecerdasan buatan dan lain-lain.
Mekanisme Penguatkuasaan Perjanjian Pinjaman Boleh Ubah
Program ini memberikan kelebihan kepada pelajar melalui mekanisme Pinjaman Boleh Ubah, di mana pinjaman boleh dikurangkan atau dikecualikan sepenuhnya bergantung kepada bentuk perkhidmatan selepas tamat pengajian:
- Biasiswa penuh: Jika pelajar berkhidmat dengan Kerajaan.
- Bayaran balik 25%: Jika berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
- Bayaran balik 50%: Jika berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara.
- Bayaran penuh: Jika tidak memenuhi mana-mana syarat di atas.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka secara dalam talian di portal penajaan JPA https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ mulai 3 Februari 2025 (10.00 pagi) hingga 16 Mac 2025 (jam 5.00 petang).Â
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Syarat-syarat Permohonan
Untuk memohon program ini, calon mesti memenuhi syarat umum dan syarat akademik seperti berikut:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun permohonan;
- Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- Sekiranya ditawarkan penajaan, pelajar tidak dibenarkan bekerja sehingga tamat tempoh penajaan;
- Penjawat awam tidak dibenarkan memohon;
- Bagi pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Pertama, obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa;
- Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
- Pelajar yang telah memulakan pengajian perlu mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan;
- Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah; dan
- Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2025.
Syarat Khusus Calon
Kelayakan minimum akademik permohonan adalah seperti berikut:
- Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam negara atau luar negara; atau.
- Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand, dan Jepun, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Pertama adalah seperti berikut:
- United Kingdom: 70% & ke atas.
- Australia / New Zealand: 85% & ke atas.
- Jepun: 85% S/A+/A+B, dengan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred S/A+/A.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian di bawah Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2025 adalah sebagaimana berikut;
- Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM)
- Ekonomi
- Undang-Undang
- Kewangan Islam
- Kecerdasan Buatan
- Peralihan Tenaga
- Keselamatan dan Persempadanan Negara
- Keterjaminan Makanan
- Pengurusan Bencana
- Keselamatan Siber
- Transformasi Digital
Cara Permohonan
Permohonan program ini dibuka secara dalam talian melalui portal bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 3 Februari 2025 hingga 16 Mac 2025.Â
Calon perlu memastikan dokumen berikut disediakan:
- Kad pengenalan calon.
- Transkrip akademik yang telah disahkan.
- Surat tawaran bersyarat/tanpa syarat dari universiti.
- Kertas cadangan penyelidikan (jika berkaitan).
Calon yang memenuhi syarat akan melalui sesi Student Assessment Centre (SAC) untuk penilaian lanjut sebelum keputusan diumumkan.
Tarikh-Tarikh Penting
Berikut adalah tarikh penting bagi program ini:
- Permohonan Dibuka: 3 Februari 2025.
- Permohonan Ditutup: 16 Mac 2025.
- Semakan Kelayakan SAC: 11-14 April 2025.
- Sesi SAC: 16-22 April 2025.
- Jangkaan Keputusan: Minggu keempat Mei 2025.
* Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Senarai Universiti Luar Negara bagi Program Ijazah Lanjutan Tahun 2025
Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2025 hanya terbuka kepada pelajar yang diterima masuk ke universiti luar negara yang berada dalam 100 teratas QS World University Rankings Tahun 2025.
Berikut adalah senarai lengkap universiti yang termasuk dalam 100 teratas QS World University Rankings Tahun 2025 sebagaimana yang dinyatakan dalam Iklan Tawaran Penajaan JPA bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana di bawah Program Ijazah Lanjutan (PIL) Tahun 2025.




Info dan maklumat lanjut
- Telefon: 03-8885 3297
- Emel: [email protected]Â
- Waktu Operasi Pusat Panggilan (Hari Bekerja):
- Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 4.30 petang
- Jumaat: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari, 2.45 petang – 4.30 petang
Maklumat lanjut:
Soalan Lazim Berkaitan (FAQ)
Program Ijazah Lanjutan (PIL) adalah inisiatif tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di universiti luar negara yang berada dalam 100 teratas QS World University Rankings Tahun 2025.
1) Pemohon mesti memenuhi syarat berikut:
2) Warganegara Malaysia.
3) Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun permohonan.
4) Tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa permohonan.
5) Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit.
6) Memperoleh PNGK minimum 3.50 atau setara dalam pengajian Ijazah Pertama.
Program PIL memberi tumpuan kepada bidang strategik seperti:
1) STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).
2) Kecerdasan Buatan.
3) Keselamatan Siber.
4) Transformasi Digital.
5) Kewangan Islam, dan banyak lagi.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi JPA:
👉 bmipenajaan.jpa.gov.my
– Tarikh buka: 3 Februari 2025 (10.00 pagi).
– Tarikh tutup: 16 Mac 2025 (5.00 petang).
Pastikan semua dokumen disediakan dan muat naik sebelum tarikh tutup.
Pinjaman boleh dikurangkan atau diubah kepada biasiswa penuh bergantung kepada perkhidmatan selepas tamat pengajian:
– Biasiswa penuh: Jika berkhidmat dengan Kerajaan.
– Bayaran balik 25%: Jika pelajar bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
– Bayaran balik 50%: Jika pelajar bekerja dengan sektor swasta dalam negara.
– Pembayaran penuh: Jika pelajar tidak memenuhi mana-mana syarat di atas.
Tidak. Bidang perubatan, pergigian, farmasi, dan beberapa bidang profesional lain tidak termasuk dalam program ini.
Tidak. Calon yang sudah menerima tajaan dari mana-mana agensi lain untuk peringkat atau pengajian yang sama tidak layak memohon.
Lihat Juga:
– WTU MARA: Program Universiti Terbaik Dunia