HomeBiasiswaPermohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan bagi mereka yang berkelayakan bagi mengisi permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) tahun 2025.

Biasiswa ini dibuka bagi mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia.

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dinasihatkan membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.

Pengenalan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) merupakan salah satu biasiswa paling berprestij di Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Biasiswa ini bertujuan untuk menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia. Ia memfokuskan kepada bidang-bidang strategik yang memberi impak besar kepada pembangunan negara.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau King Scholarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005. 

Biasiswa ini diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.

Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Penerima biasiswa ini juga diperkenalkan kepada semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam satu majlis khas sebelum Majlis Santapan Malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.

Bidang Pengajian Yang Di Taja

Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA adalah:

  1. Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
  2. Ekonomi
  3. Undang-undang
  4. Kewangan Islam
  5. Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

Sub-bidang pengajian bagi bidang-bidang di atas adalah seperti di Lampiran 3.

>>Lampiran 3 – Senarai Bidang Pengajian<<

Tempoh Permohonan dan Penghantaran Borang

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 3 Februari 2025
  • Tarikh Permohonan Ditutup: 28 Februari 2025
  • Tarikh Akhir Penghantaran Dokumen: 7 Mac 2025
Iklan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2025

Pemohon yang berminat dikehendaki membaca dan memahami syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2025 sebelum membuat permohonan. 

Setiap pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja. Permohonan yang memenuhi syarat serta melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga. 

Tiada sebarang rayuan akan diproses sekiranya pemohon gagal untuk disenarai pendek menghadiri temu duga. 

Kelayakan dan syarat-syarat permohonan BYDPA Tahun 2025 adalah seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2025
  3. Pegawai/Pelajar yang menghadapi penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon pengajian dalam negara sahaja.
  4. Pegawai Awam yang memohon BYDPA mestilah tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang sedang berkuat kuasa.
Syarat Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025

Syarat-Syarat Khusus

  1. Keputusan Akademik
    • Memiliki keputusan akademik amat cemerlang di peringkat pengajian:
      (a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana.
      (b) Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D.
  2. Tawaran atau Pengajian Sedia Ada
    • Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2025 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
    • Atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2025 di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
  3. Pengajian Sarjana
    • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.
  4. Penglibatan Kreatif dan Inovatif
    • Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi:
      (a) Calon Sarjana: Penglibatan secara aktif adalah satu kelebihan.
      (b) Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.
  5. Keutamaan
    • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum/aktiviti kemasyarakatan.
  6. Tempoh Pengajian
    • Perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang lanjutan tempoh pengajian tidak akan dipertimbangkan kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my  mulai 3 hingga 28 Februari 2025.

  • Nota: Ruangan perakuan Ketua Jabatan dalam borang permohonan perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

  1. Salinan Ijazah Pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan – untuk permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D).
  2. Surat Tawaran Tanpa Syarat (Unconditional Offer):
    • Daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
  3. Salinan Sijil, Surat atau Bukti Penglibatan dalam Penghasilan Kerja-Kerja Kreatif dan Inovatif:
    • Seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi, disahkan oleh pegawai berkelayakan.
    • Wajib untuk calon Ph.D.
  4. Salinan Sijil, Surat atau Bukti Penglibatan dalam Kegiatan Kokurikulum/ Aktiviti Kemasyarakatan:
    • Disahkan oleh pegawai berkelayakan.
  5. Kertas Cadangan Penyelidikan (Research Proposal):
    • Dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara.
    • Dalam Bahasa Inggeris untuk pengajian luar negara.
    • Panduan menulis kertas cadangan adalah seperti di Lampiran 4.
  6. Borang JPA(L)LDP1A/96:
    • Dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan.
    • Dokumen ini hanya untuk pemohon penjawat awam sahaja.

Alamat Penghantaran Dokumen

Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025 (Jumaat) melalui serahan tangan atau pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA

(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Nota Tambahan:

  • Dokumen permohonan yang lengkap daripada penjawat awam hendaklah dikemukakan oleh urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing.
  • Urus setia PPSM perlu mengemukakan pencalonan kepada pihak JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025.

Senarai Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

STEM, Ekonomi, Undang-Undang, Kecerdasan Buatan (AI)

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kewangan Islam

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • International Centre For Education in Islamic Finance (INCEIF)
  • Universiti lain yang berkaitan (UM, USM, UKM, UPM, UTM).

Senarai Universiti Terkemuka Dunia

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 menawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti terkemuka dunia. Universiti ini termasuk institusi ternama dalam bidang seperti Sains Hayat, Sains Fizik, Kejuruteraan dan Teknologi, Ekonomi, dan Undang-Undang di pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Perancis, dan banyak lagi.

Lihat lampiran di bawah untuk senarai penuh Universiti Terkemuka Dunia BYDPA 2025.

>>Lampiran 2 – Senarai Universiti Terkemuka Dunia<<

Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2025

  • Pemohon dikehendaki menyediakan dan mengemukakan kertas cadangan penyelidikan:
    • Tidak kurang daripada 10 muka surat (Ph.D) dan 5 muka surat (Sarjana).
    • Kertas cadangan penyelidikan hendaklah disediakan dalam Bahasa Inggeris (pengajian di luar negara) dan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris (pengajian di dalam negara).
  • Kandungan kertas cadangan penyelidikan hendaklah disediakan mengikut format berikut:
    • (a) Nama, No. Kad Pengenalan dan Bidang Penyelidikan(Sila letakkan di penjuru atas kanan setiap muka surat).
    • (b) Latar belakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang kajian
    • (c) Objektif kajian/Pernyataan masalah
    • (d) Skop kajian/Rangka kajian
    • (e) Metodologi kajian
    • (f) Carta Perbatuan/Perancangan Jadual Penyelidikan
    • (g) Kepentingan/Outcome/Impak/Sumbangan kajian
      • Jelaskan dengan terperinci impak kajian dan manfaat yang boleh diperolehi sama ada secara langsung atau tidak langsung serta sumbangan kepada pembangunan negara dan masyarakat.
      • Aspek ini perlu diberi penekanan dan tumpuan yang lebih oleh calon semasa sesi temu duga.
    • (h) Bibliografi ringkas

Maklumat Lanjut dan Saluran Pertanyaan

  • Telefon: 03-8885 3569 / 3438 (Isnin-Jumaat, 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Email: [email protected]
  • Alamat Penghantaran: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Pembangunan Modal Insan
    Aras 3, Blok C2, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 PUTRAJAYA

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Maklumat Berkaitan:


Lihat Juga:
Program Ijazah Lanjutan (PIL) 2025: Syarat dan Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments