HomeInfoIstiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim

Pada 20 Julai 2024, Malaysia akan menyaksikan satu lagi detik bersejarah dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Majlis pertabalan ini akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, dan dijangka dihadiri oleh para pembesar negara, ahli-ahli Parlimen, dan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara. 

Sejarah dan Pemilihan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17

Sejarah Institusi Yang di-Pertuan Agong

Institusi Yang di-Pertuan Agong merupakan institusi beraja yang unik dan simbolik dalam sistem pemerintahan Malaysia. Kedudukan ini diwujudkan dengan termeterainya Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957, yang menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia. 

Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja, yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu, dan pemilihan ini diadakan setiap lima tahun. Proses pemilihan dilakukan secara giliran di kalangan sembilan negeri yang mempunyai Raja, mengikut urutan tertentu yang telah ditetapkan.

Pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Pada 24 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17, setelah tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya. 

Sultan Ibrahim dipilih secara sebulat suara oleh Majlis Raja-Raja, berdasarkan giliran dan juga sumbangan baginda kepada negara dan rakyat Johor.

Upacara Pemilihan dan Pertabalan

Pada 31 Januari 2024, Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. 

Upacara ini menandakan permulaan rasmi pemerintahan baginda sebagai Ketua Negara Malaysia. 

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2024 di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Majlis pertabalan ini akan dihadiri oleh para pembesar negara, ahli-ahli Parlimen, dan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara, menjadikan ia satu acara bersejarah yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Latar Belakang Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dilahirkan pada 22 November 1958 dan merupakan Sultan Johor. Baginda adalah anak kepada Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. 

Sultan Ibrahim menaiki takhta negeri Johor pada 23 Januari 2010 setelah kemangkatan ayahandanya. Sejak itu, baginda telah menunjukkan kepimpinan yang tegas dan berwibawa dalam memajukan negeri Johor, khususnya dalam bidang ekonomi, pembangunan infrastruktur, dan kesejahteraan rakyat.

Berikut merupakan biodata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Biodata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sumber: BERNAMA

Keputeran

  • Nama Penuh: Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
  • Tarikh Lahir: 22 November 1958
  • Tempat Lahir: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor

Pelantikan dan Pemasyhuran

  • Dilantik Tunku Mahkota Johor: 3 Julai 1981
  • Pemangku Raja Johor: 25 April 1984 – 25 April 1989
  • Pemasyhuran Sultan Johor:
    • Dimasyhurkan pada 23 Januari 2010
    • Dimahkotakan secara rasmi pada 23 Mac 2015

Pendidikan

  • 1968-1970: Trinity Grammar School, Sydney, Australia
  • 1971-1975: Maktab Sultan Abu Bakar
  • Lanjutan: Menamatkan kursus Southeast Asian Strategic Studies dan International Law of the Seas di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS)

Latihan dan Pengalaman

  • Kursus Taktikal Pegawai Muda PULADA, Kota Tinggi, Johor: Dilantik sebagai komander platun
  • Kursus Pegawai Muda, Fort Benning di Georgia, AS
  • Kursus Beret Hijau dan Pathfinder Pasukan Khas Amerika:
    • Menyempurnakan 19 terjunan payung terjun, lapisan daripada dilaksanakan pada waktu malam
    • Mendapat Beret Hijau dan sayap berprestij
    • Anggota SEAL (laut, udara, darat) AS
  • Penghormatan: Ahli kehormat beret merah KOPASSUS Indonesia selepas berjaya melaksanakan beberapa terjunan payung terjun di Bandung, Indonesia
  • Penerbangan: Menjalani latihan juruterbang helikopter dengan TUDM dan menerima sayap daripada ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada perbarisan tamat latihan, 26 April 1982
  • Perkhidmatan: Menjalani kursus sebagai Pegawai TLDM di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak

Proses dan Acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Mei lalu mengumumkan jadual acara utama sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. 

Berikut adalah jadual acara utama sempena Istiadat Pertabalan:

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

  • Tarikh: Khamis, 18 Julai 2024
  • Masa: 5.30 petang
  • Lokasi: Masjid Negara, Kuala Lumpur

Khutbah Khas dan Solat Jumaat

  • Tarikh: Jumaat, 19 Julai 2024
  • Masa: 1.15 tengah hari
  • Lokasi: Masjid Negara, Kuala Lumpur

Istiadat Pertabalan

  • Tarikh: Sabtu, 20 Julai 2024
  • Masa: 10 pagi
  • Lokasi: Istana Negara, Kuala Lumpur

Majlis Santapan Diraja

  • Tarikh: Sabtu, 20 Julai 2024
  • Masa: 8.30 malam
  • Lokasi: Istana Negara, Kuala Lumpur

Lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak

  • Tarikh: Selasa, 23 Julai 2024
  • Masa: 9.30 pagi
  • Lokasi: Hospital Orang Asli Gombak

Pameran Raja Kita

  • Tarikh: Khamis, 25 Julai 2024
  • Masa: 11 pagi
  • Lokasi: Muzium Negara

Majlis Jamuan Teh Diraja

  • Tarikh: Sabtu, 27 Julai 2024
  • Masa: 3 petang
  • Lokasi: Istana Negara

Keunikan Istiadat Pertabalan

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia memiliki ciri-ciri unik yang membezakannya dari istiadat pemakhotaan di negara lain. 

Salah satu keunikan adalah penggunaan singgahsana yang digunakan oleh Almarhum Sultan Iskandar dan beberapa Agong lain, yang membawa nilai sentimental dan sejarah. 

Selain itu, alat kebesaran seperti Pending Diraja yang sama digunakan oleh Almarhum Sultan Iskandar juga menambah keistimewaan istiadat ini. 

Warna ‘Tiffany Blue’ dan kuning diraja turut digunakan pada kad jemputan dan buku atur cara, memaparkan citarasa peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong​. (Harian Metro)

Sultan Ibrahim juga dikenal sebagai raja dengan latar belakang ketenteraan yang cemerlang, termasuk latihan dengan American Special Forces dan KOPASSUS di Indonesia.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani, Berita Harian, Malaysia Gazzete


Lihat Juga:
Senarai Yang Di-Pertuan Agong Pertama Sehingga Kini (2024)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments