Skim Bantuan Zakat: Pendaftaran IPT (dalam Negara) Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (dalam Negara) bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (semester pertama).
Skim Bantuan Pendaftaran IPT merupakan salah satu daripada Skim Bantuan Asnaf yang disediakan di bawah peruntukan Zakat MAIJ.
Maklumat permohonan bantuan ini adalah sebagaimana berikut.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat dan kelayakan pelajar yang layak memohon bagi skim ini;
- Warganegara Malaysia beragama Islam.
- Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
- Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pendapatan perkapita tidak melebihi RM800 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.
Kategori Peringkat Pengajian
Kategori pengajian yang layak memohon bantuan ini adalah;
- Sijil (semester pertama)
- Diploma (semester pertama)
- Ijazah Sarjana Muda (semester pertama)
Kadar Bantuan
Kadar bantuan adalah berbeza mengikut kategori peringkat pengajian;
- Sijil RM300.00
- Diploma (semester pertama) RM500.00
- Ijazah Sarjana Muda (semester pertama) RM1,000.00
Cara Memohon Skim Bantuan Pendaftaran Zakat IPT MAIJ
- Permohonan Melalui Sistem eMAIJ:
- Semua permohonan hendaklah dilakukan melalui Sistem eMAIJ. Anda boleh mengakses sistem ini melalui pautan berikut: https://epayment.maij.gov.my.
- Sediakan Dokumen yang Diperlukan:
- Pastikan semua dokumen yang diperlukan telah disahkan. Dokumen-dokumen ini termasuk surat tawaran dari institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan bukti pendapatan keluarga.
- Muatnaik Dokumen:
- Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.
- Isi Borang Permohonan:
- Isi semua butiran yang diperlukan dalam borang permohonan secara lengkap dan tepat.
- Semakan oleh MAINJ Daerah:
- MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Ini termasuk menyemak lampiran dokumen yang lengkap.
- Status Permohonan:
- Anda boleh menyemak status permohonan anda melalui sistem eMAIJ selepas permohonan dihantar dan ditapis oleh MAINJ Daerah.
Nota:
- Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Untuk pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.
Untuk info lanjut juga, boleh layari laman web https://www.maij.gov.my/
Lihat Juga:
– Bantuan Pendaftaran IPT 2024 Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)