HomeKewanganPinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 2 / 2024

Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ Sesi 2 / 2024

Permohonan pinjaman dalam negara, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kini dibuka untuk Sesi 2 / 2024. 

Permohonan pinjaman pelajaran ini khusus untuk pelajar DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA dan terbuka kepada pelajar IPTA DAN Kolej YPJ SAHAJA.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai tawaran pinjaman.

Tempoh Permohonan

1 Julai 2024 hingga 21 Julai 2024

Syarat Am Permohonan

Berikut merupakan syarat am bagi pinjaman pelajaran pejaran dalam negara YPJ sesi 2/2024;

  1. Lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  5. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
  6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
  7. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
  8. PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Jenis IPT & Taraf Pengajian yang Ditaja

YPJ hanya menaja pelajar yang menuntut di IPTA untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Semua IPTA di Malaysia layak untuk memohon pinjaman ini.

Panduan Permohonan

Permohonan perlu diisi secara dalam talian bermula 1 Julai 2024 pada jam 10 pagi di laman web YPJ atau melalui pautan https://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ 

Permohonan ini terbuka kepada pelajar DIPLOMA dan IJAZAH SEPENUH MASA yang sedang menuntut di IPTA dan Kolej YPJ sahaja. Semua permohonan perlu dilakukan secara dalam talian dan tiada borang fizikal yang disediakan di kaunter YPJ.

QR Code: Imbas kod QR dalam poster untuk terus ke halaman permohonan.

Iklan Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Pelajaran Johor Sesi 2 : 2024

Dokumen Wajib

Untuk memastikan permohonan anda lengkap dan diproses dengan lancar, berikut adalah senarai dokumen wajib yang perlu disertakan:

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
  5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  6. Salinan Surat Tawaran IPT
  7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  8. Salinan Sijil SPM
  9. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  10. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  11. Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini

Penting: Jika ibu bapa atau penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) atau tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), pemohon wajib melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.

Cara Menghantar Dokumen Permohonan dan Sokongan

A) Kaedah Serahan Tangan di Kaunter YPJ:

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “Dokumen Wajib”.
  2. Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

B) Kaedah Pos:

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “Dokumen Wajib”.
  2. Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam di bahagian belakang dengan kemas.
  3. Tuliskan jenis permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang dipohon, sama ada “Pinjaman Pelajaran” atau “Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)”.
  4. Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut boleh dipos menggunakan kaedah pos yang mempunyai “tracking number”.
  5. Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.

Info dan Maklumat Lanjut

Ikuti Yayasan Pelajaran Johor untuk maklumat lanjut:


Lihat Juga:
Biasiswa Khazanah Watan (Khazanah Watan Scholarship)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments