HomeBantuanProgram Didik ANIS 2024: Iltizam Anak Istimewa Selangor

Program Didik ANIS 2024: Iltizam Anak Istimewa Selangor

Program Didik ANIS 2024 adalah sebuah inisiatif penting yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyokong pendidikan dan pembangunan anak-anak istimewa di negeri ini. 

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, program ini telah memberikan peluang dan bantuan kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa untuk menjalankan pelbagai program berasaskan khidmat masyarakat. 

Program ini  merupakan peluang emas bagi Institusi Pendidikan Anak Istimewa di Selangor untuk memperluaskan program dan perkhidmatan mereka kepada anak-anak istimewa. Dengan bantuan kewangan yang disediakan, institusi dapat menjalankan program khidmat masyarakat yang berkualiti dan berimpak tinggi. 

Jangan lepaskan peluang ini dan pastikan permohonan anda lengkap dan dihantar sebelum tarikh tutup!

Pengenalan dan Objektif Didik ANIS

Program Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017. 

Program ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang berdaftar di Selangor sahaja. Ini termasuk Pusat Early Intervention Programme (EIP), Pusat Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU), dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). 

Bantuan yang diberikan adalah secara one-off kepada pemohon yang layak.

Objektif Utama Didik ANIS:

  1. Memberi peluang kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa untuk menjalankan program yang berasaskan khidmat masyarakat.
  2. Meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang anak istimewa dengan adanya program yang melibatkan komuniti.
  3. Mengukuhkan kerjasama antara Jabatan ANIS dengan Institusi Pendidikan Anak Istimewa sebagai agensi yang berkaitan dengan anak istimewa.

Manfaat Yang Ditawarkan

Manfaat yang ditawarkan oleh Program Didik ANIS 2024 termasuk pemberian dana sebanyak RM 5,000 kepada institusi yang melaksanakan program khidmat masyarakat yang berpotensi memberikan manfaat kepada anak istimewa. 

Ini adalah peluang bagi institusi untuk menjalankan program yang dapat meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang anak istimewa serta memperkukuhkan kerjasama antara institusi dengan Jabatan ANIS.

Syarat & Kelayakan

Untuk memastikan hanya institusi yang berkelayakan mendapat manfaat daripada program ini, terdapat beberapa syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi:

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang berdaftar di Selangor sahaja (EIP, OKU, PPDK).
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Institusi yang berjaya menganjurkan program khidmat masyarakat berkaitan pembangunan anak istimewa mengikut kertas kerja yang dilampirkan akan diberikan geran peruntukan setelah program dijalankan.
  4. Institusi mestilah memilih untuk melaksanakan program skala kecil (RM5,000) dalam tempoh satu hari (minimum 9 jam).

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi memastikan permohonan dapat diproses dengan lancar, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan dan dimuat naik bersama permohonan:

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website).
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Senarai nama dan salinan sijil akademik kakitangan institusi.
  4. Salinan penyata bank akaun institusi.
  5. Salinan kertas kerja program yang akan dilaksanakan.

Tempoh Permohonan

Permohonan bagi Program Didik ANIS 2024 akan dibuka bermula dari 10 Jun 2024 (Isnin) pada jam 8.30 pagi hingga 5 Julai 2024 (Jumaat) pada jam 3.00 petang. 

Permohonan hanya terbuka untuk institusi pendidikan seperti Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) dan Pusat Intervensi (swasta/persendirian).

Poster Program Didik ANIS 2024 untuk OKU di Selangor, dengan maklumat permohonan dan manfaat program.

Cara Permohonan

Permohonan untuk Program Didik ANIS 2024 hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/didikanis. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

  1. Permohonan secara dalam talian di www.anisselangor.com/didikanis 
    • Calon perlu membuat permohonan melalui laman sesawang rasmi yang disediakan.
  2. Muatnaik dokumen sokongan yang lengkap secara dalam talian
    • Sediakan dan muatnaik semua dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.
  3. Proses kelayakan
    • Permohonan akan melalui proses kelayakan untuk memastikan semua syarat dipenuhi.
  4. Program berlangsung dan kakitangan ANIS akan memantau susun atur dan tahap keberkesanan program pada hari kejadian
    • Program akan dijalankan dan dipantau oleh kakitangan ANIS bagi memastikan susun atur dan keberkesanan program tercapai.
  5. Pembayaran terus ke akaun agensi selepas program dijalankan
    • Pembayaran akan dibuat terus ke akaun agensi yang terlibat selepas program selesai dijalankan.

Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. 

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan dan dimuatnaik dengan betul.

Cara Pembayaran Bantuan

Pembayaran bantuan bagi Program Didik ANIS dilakukan secara langsung ke akaun institusi yang terlibat. Proses pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Program berlangsung: Kakitangan ANIS akan memantau susun atur dan tahap keberkesanan program pada hari kejadian.
  2. Pembayaran dibuat: Selepas program dijalankan, pembayaran akan terus ke akaun agensi. Ini memastikan bahawa bantuan kewangan digunakan dengan betul dan berkesan untuk manfaat anak istimewa.
Cara Pembayaran Bantuan Program Didik Anis 2024

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari;

Sumber: 


Lihat Juga:
Senarai Tempat Menarik Di Selangor (Percutian Hujung Minggu)
Senarai Cuti dan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments