HomeBantuanBantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) Pulau Pinang 2024

Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) Pulau Pinang 2024

Sukacitanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuka permohonan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan bagi memohon bantuan pendaftaran ke IPT (iBita).

Bantuan iBITA ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar-pelajar yang memasuki IPT buat kali pertama. 

Berikut merupakan maklumat berkaitan permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita).

Tempoh Permohonan

Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) bagi tahun 2024 akan dibuka mulai 1 Julai 2024 sehingga 31 Julai 2024

Tempoh ini adalah untuk sesi kemasukan bagi dua kategori akademik:

  1. Sesi Akademik Peringkat Diploma bagi Lepasan SPM/Setaraf
  2. Sesi Akademik Peringkat Sarjana Muda bagi Lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma/Setaraf

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima sekiranya diluluskan adalah sebagaimana berikut;

  • RM1,000.00 bagi pelajar yang mendaftar di Universiti di Semenanjung Malaysia.
  • RM1,200.00 bagi pelajar yang mendaftar di Universiti di Sabah atau Sarawak.
  • RM300.00 bagi pelajar yang mendaftar di Politeknik Malaysia.

Syarat Kelayakan

Untuk melayakkan diri mendapatkan bantuan iBITA Pulau Pinang, pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara dalam talian (ONLINE) di laman sesawang http://ibita.penang.gov.my/.
  2. Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00 (Gaji Pokok Sahaja).
  3. Ibu/Bapa/Penjaga/Pemohon (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  4. Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa dan tahun berikutnya sahaja.
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
  6. Sekiranya terdapat permohonan rayuan, pihak Pejabat Daerah dan Tanah terlibat perlu mengemukakan permohonan kepada pihak Urus Setia (Bahagian Khidmat Pengurusan, PSUKPP) untuk pertimbangan dengan pengesyoran kepada YAB Ketua Menteri untuk kelulusan.
  7. Pemohon yang menerima surat tawaran bermula dari bulan Januari hingga Julai perlu membuat permohonan secara dalam talian (online) pada sesi JULAI tahun semasa. Pemohon yang menerima surat tawaran pada bulan Ogos hingga Disember pula perlu membuat permohonan secara dalam talian (online) pada sesi JULAI tahun berikutnya.
  8. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak.
  9. Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik Malaysia sahaja yang layak memohon. 

Cara Permohonan

Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang http://ibita.penang.gov.my

Dokumen Sokongan

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan berikut bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:

  1. Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA.
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik.
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran.
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga.
  6. Salinan Penyata Akaun Pelajar (yang jelas dan aktif. Penyata Mini tidak diterima).
  7. Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga.
  8. Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin.
  9. Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap wajib mengemukakan Akuan Bersumpah dan juga Penyata Saraan Daripada Penggajian (Borang EA) atau Borang Nyata Individu (Borang BE).
  10. Bagi pemohon yang berstatus anak yatim atau tinggal bersama Penjaga wajib mengemukakan Akuan Bersumpah/Sijil Kematian/Sijil Cerai/Sijil Anak Angkat.

Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Penghulu sahaja.

Senarai IPTA/IPTS yang Layak Memohon

Berikut adalah senarai IPTA dan IPTS yang layak memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) bagi tahun 2024:

Senarai 20 Buah IPTA:

  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  2. Universiti Malaya (UM)
  3. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  4. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  5. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  7. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  8. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  11. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  12. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  14. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  15. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  16. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  17. Universiti Sains Malaysia (USM)
  18. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  19. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  20. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Senarai 6 Buah IPTS:

  1. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  2. Universiti Terbuka Wawasan (WOU)
  3. Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST)
  4. Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT)
  5. Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)
  6. Management and Science University (MSU) Pulau Pinang

36 Buah Politeknik Malaysia

Berikut adalah 36 Buah Politeknik Malaysia Seperti Yang Diluluskan Oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)

  1. Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
  2. Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
  3. Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
  4. Politeknik Metro Betong (PMBS)
  5. Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
  6. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  7. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  8. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
  9. Politeknik Kota Bharu (PKB)
  10. Politeknik Tuanku Syed Nasir (PTSN)
  11. Politeknik Besut (PBT)
  12. Politeknik Bagan Datuk (PBD)
  13. Politeknik Port Dickson (PPD)
  14. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  15. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  16. Politeknik Seberang Perai (PSP)
  17. Politeknik Melaka (PMK)
  18. Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  19. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  20. Politeknik Merlimau (PMM)
  21. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  22. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
  23. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  24. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  25. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  26. Politeknik Balik Pulau (PBU)
  27. Politeknik Jeli (PJK)
  28. Politeknik Nilai (PNS)
  29. Politeknik Banting (PBS)
  30. Politeknik Mersing (PMJ)
  31. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  32. Politeknik Tawau (PTS)
  33. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  34. Politeknik Sandakan (PSS)
  35. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  36. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan bantuan pendaftaran IPT (iBITA) Pulau Pinang ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Surat Hebahan Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) Pulau Pinang Tahun 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments