Permohonan Tawaran Penajaan Pendidikan Pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS ke Mesir, Jordan & Maghribi Bagi Sesi 2024/2024.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka permohonan kepada warga negara atau pemastautin tetap di negeri ini bagi memohon tawaran penajaan pendidikan pengajian Tinggi Timur Tengah.
Tawaran ini dibuka bagi pengajian di Mesir Jordan dan Maghribi di mana ia haruslah menepati syarat kelayakan umum dan khusus yang dinyatakan.
Pemohon yang berkelayakan bolehlah memohon tawaran penajaan pendidikan pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS ke Mesir, Jordan & Maghrib ini sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang dinyatakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan ditutup pada 30 Jun 2024 (Ahad).
Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan sebagaimana berikut;
Syarat Umum
- Islam dan Warganegara Malaysia
- Pemohon, ibu dan bapa lahir dan bermastautin di Negeri Sembilan hingga kini, atau
- Pemohon, ibu atau bapa lahir di Negeri Sembilan dan telah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 6 tahun semasa, atau
- Pemohon, ibu dan bapa lahir di luar Negeri Sembilan dan telah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang daripada 6 tahun sehingga tahun semasa
- Keutamaan kepada ibu dan bapa atau penjaga pemohon, pembayar zakat pendapatan dan harta di Negeri Sembilan bagi yang berkemampuan
- Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti-universiti di Timur Tengah hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui permohonan atas talian di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia https://dohe.mohe.gov.my/timurtengahÂ
Syarat Khusus
1) TAKHASUS QIRAAT | UNIVERSITI WISE JORDAN
-> SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Lulus semua subjek sekurang- kurangnya :
- Bahasa Arab (A-)
- Subjek yang berkaitan (A-)
- Pengajian Islam (AGAMA/DINI/TAHFIZ/SYAHADAH ULYA)
2) ULUM ISLAMIAH | UNIVERSITI AL AZHAR MESIR
-> SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Lulus semua subjek sekurang kurangnya :
- Syariah Islamiah (A-)
- Quran Sunnah (A-)
- Bahasa Melayu (B+)
- Bahasa Arab Tinggi (B+)
- Bahasa Inggeris (B)
- Matematik (B)
-> SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
- Lulus STAM dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik)
- Calon yang memenuhi syarat keputusan SPM seperti yang ditetapkan sahaja layak untuk dipertimbangkan penajaan
3) PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN, SYARIAH ISLAMIAH, B. ARAB) | UNIVERSITI AL AZHAR MESIR
-> SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
- Lulus STAM dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid
Jiddan (Amat Baik)
4) TAKHASUS QIRAAT MAAHAD SHOUBRA |AL AZHAR MESIR
- Lulus Diploma Tahfiz Al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi peperiksaan tahun 2023/2024 sekurang kurangnya pangkat Jayyid Jiddan (Amat Baik)
- Memiliki SPM dengan kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sekurang kurangnya B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah/Syariah Islamiah/Quran Sunnah/Usuluddin/Al Syariah
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;
https://sppt.jheains.my/ atau boleh scan kod QR melalui portal di bawah;
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai tawaran penajaan pendidikan pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS ini, sila hubungi;
- 06 – 765 1402 MAINS (Bahagian Agihan)
- 06 – 767 2831 / 2817 (JHEINS)
Layari juga https://jheains.ns.gov.my/