HomeKerjayaJawatan Kosong UniPSAS: Pensyarah DM51 Pelbagai Bidang

Jawatan Kosong UniPSAS: Pensyarah DM51 Pelbagai Bidang

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) sedang membuka peluang keemasan kepada warganegara Malaysia, khususnya rakyat Negeri Pahang Darul Makmur, untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pensyarah Gred DM51 dalam pelbagai bidang.

UniPSAS komited untuk menyediakan persekitaran akademik yang cemerlang dengan mencari individu yang berkelayakan dan berdedikasi untuk menyertai pasukan akademik mereka.

Berikut merupakan maklumat jawatan kosong penysarah di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Kekosongan Jawatan di Fakulti Pengajian Islam

1. Doktor Falsafah Bidang Bahasa Arab

  • Gred: DM51
  • Bilangan Kekosongan: 1

2. Doktor Falsafah Bidang Usuluddin

  • Gred: DM45/DM51
  • Bilangan Kekosongan: 1

3. Ijazah Sarjana Bidang Dakwah

  • Gred: DM45
  • Bilangan Kekosongan: 1

4. Doktor Falsafah Bidang Kaunseling Islam

  • Gred: DM51
  • Bilangan Kekosongan: 1

5. Doktor Falsafah Bidang Quran/Tahfiz/Qiraat

  • Gred: DM51
  • Bilangan Kekosongan: 1

6. Sarjana Bidang Quran/Tahfiz/Qiraat

  • Gred: DM45
  • Bilangan Kekosongan: 1

Kekosongan Jawatan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang

1. Doktor Falsafah Bidang Syariah dan Undang-Undang

  • Gred: DM45/DM51
  • Bilangan Kekosongan: 1

Kekosongan Jawatan di Fakulti Pengurusan dan Informatik

1. Doktor Falsafah Bidang Pentadbiran Perniagaan

  • Gred: DM51
  • Bilangan Kekosongan: 1

2. Doktor Falsafah Bidang Kewangan Islam

  • Gred: DM51
  • Bilangan Kekosongan: 1

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, anda boleh mengemukakan permohonan melalui Borang Rasmi Permohonan Jawatan UniPSAS yang boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi UniPSAS https://unipsas.edu.my/peluang-kerjaya/.

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia: Calon hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Kelayakan Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Tarikh Tutup Permohonan: Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Julai 2024 (Isnin) sebelum 5.00 petang. Hanya calon yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tidak menerima apa-apa panggilan dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  4. Dokumen Sokongan: Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dokumen seperti berikut:
    • Salinan kad pengenalan yang diakui sah
    • Salinan sijil berkaitan yang diakui sah
    • Curriculum Vitae terkini
  5. Alamat Penghantaran: Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
    • Naib Canselor, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), KM8 Jalan Gambang, 25150 KUANTAN (u.p: Jabatan Sumber Manusia)
    • Tel: 09-553 5555
    • Faks: 09-536 4421
    • E-mel: [email protected]
    • Laman web: https://www.unipsas.edu.my

Maklumat Berkaitan

Poster Iklan Jawatan Kosong UniPSAS yang menawarkan kekosongan jawatan Pensyarah dalam pelbagai bidang di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).

Sumber: https://unipsas.edu.my/

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments