HomeAgama13 Amalan Sunnah Hari Raya Aidiladha Yang Dianjurkan

13 Amalan Sunnah Hari Raya Aidiladha Yang Dianjurkan

Umat Islam di Malaysia khususnya akan menyambut 10 Zulhijjah 1446H bersamaan 7 Jun 2025M sebagai Hari Raya Aidiladha. Jom kita laksanakan 10 amalan sunnah pada malam hari raya dan pagi Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha merupakan hari yang memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS, sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah SWT.

Ia juga menandakan kemuncak ibadah haji di Mekah, di mana umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah korban sebagai simbol kepatuhan dan pengorbanan.

Bagi menyambutnya dengan penuh keberkatan, umat Islam dianjurkan untuk mengamalkan amalan sunnah Aidiladha sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. 

Sunnah-sunnah ini bukan sahaja mencerminkan kesyukuran dan pengabdian kepada Allah, malah mengandungi hikmah mendalam dalam memperkukuhkan ukhuwah sesama Muslim, meningkatkan ketaqwaan, serta menyebarkan nilai kebaikan, pengorbanan, dan kasih sayang dalam masyarakat.

Lihat Juga; Waktu Solat Raya Aidiladha 2025 Setiap Negeri di Malaysia

11 Amalan Sunnah Hari Raya Aidiladha (Infografik Jabatan Mufti Negeri Pahang)

11 Amalan Sunnah Hari Raya Aidiladha (Infografik Jabatan Mufti Negeri Pahang)
Infografik: Jabatan Mufti Negeri Pahang

Sebagai panduan Hari Raya Aidiladha 2025, anda boleh merujuk infografik Jabatan Mufti Negeri Pahang yang menyenaraikan 11 amalan sunnah Hari Raya Aidiladha yang dianjurkan iaitu:

  1. Menghidupkan malam Hari Raya dengan ibadah – Berzikir, berdoa, solat sunat, membaca al-Quran sepanjang malam sebelum Aidiladha.
  2. Mandi sunat Hari Raya – Dilakukan selepas pertengahan malam hingga sebelum Maghrib, afdhal selepas terbit fajar.
  3. Memakai wangian dan pakaian terbaik – Tidak semestinya pakaian baharu, tetapi bersih, elok, dan afdhal jika berwarna putih.
  4. Pergi awal ke masjid pada pagi Hari Raya – Disunnahkan hadir awal untuk mendekati imam dan menunggu solat, kecuali bagi imam yang dianjurkan hadir pada waktu solat.
  5. Berjalan kaki ke masjid dan pulang melalui jalan lain – Dianjurkan mengambil laluan yang berbeza pergi dan balik untuk menambah ganjaran pahala.
  6. Makan selepas selesai solat sunat Aidiladha – Berbeza dengan Aidilfitri yang disunnahkan makan sebelum solat, Aidiladha disunnahkan makan selepas solat.
  7. Imam menyegerakan keluar untuk solat sunat Aidiladha – Disunnahkan untuk imam mendahului umat berbanding Aidilfitri yang dilewatkan.
  8. Melakukan takbir mursal dan takbir muqayyad – Takbir bermula dari malam raya hingga hari Tasyrik (13 Zulhijjah), dilakukan selepas solat fardu.
  9. Bertakbir apabila melihat haiwan korban atau mendengar suaranya – Sebagai tanda kesyukuran atas rezeki dan syiar pengorbanan.
  10. Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha – Dua rakaat, dengan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua, diselang dengan bacaan tasbih.
  11. Mengucapkan tahniah dan ucapan sesama Muslim – Contoh ucapan seperti “Taqabbalallahu minna wa minkum” sebagai tanda doa dan persaudaraan.

Amalan sunnah ini bertujuan untuk memperoleh keberkatan, memperkuat ukhuwah, serta menjadikan Aidilfitri lebih bermakna dalam kehidupan umat Islam.

Lihat Juga: Selamat Hari Raya Aidiladha 2025: Contoh Ucapan & Pantun

1. Menghidupkan malam Hari Raya dengan ibadah

Menghidupkan malam Aidiladha dengan solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, dan berdoa adalah antara amalan yang sangat dianjurkan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ibadah, hatinya tidak akan mati pada hari semua hati mati.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Fadilat:

  • Mendapat keampunan dan keberkatan.
  • Menyucikan hati dan meningkatkan ketakwaan.

2. Mandi sunat Hari Raya

Mandi sunat Aidiladha dilakukan selepas pertengahan malam sehingga sebelum Maghrib pada hari raya, dan waktu paling afdhal adalah selepas terbit fajar.

Dalil daripada pandangan ulama:
“Mandi hari raya disyariatkan kepada semua, sama ada yang hadir solat raya atau tidak, merdeka atau hamba, baligh atau kanak-kanak, kerana mandi ini bertujuan untuk berhias pada hari tersebut.” (Al-Allamah Al-Bajuri)

Fadilat:

  • Membersihkan diri untuk tampil kemas di pagi Aidiladha.
  • Menyempurnakan sunnah Rasulullah SAW.

3. Memakai wangian dan pakaian terbaik

Disunatkan memakai wangian terbaik dan pakaian paling elok pada pagi Aidiladha, tidak semestinya pakaian baru tetapi bersih dan kemas. Warna putih paling afdhal kecuali jika ada pakaian lain yang lebih baik.

Dalil:
“Rasulullah SAW memerintahkan kami pada dua hari raya agar memakai pakaian terbaik yang kami miliki dan memakai wangian terbaik yang kami ada.” (Riwayat Al-Hakim)

Fadilat:

  • Menyemarakkan syiar Islam dengan berpakaian kemas.
  • Menzahirkan kegembiraan menyambut Aidiladha.

4. Pergi awal ke masjid pada pagi Hari Raya

Disunatkan hadir awal ke masjid selepas solat Subuh untuk mendekati imam dan menunggu solat. Bagi imam pula, sunnahnya hadir tepat pada waktu solat.

Dalil:
“Disunatkan bagi orang yang ingin menunaikan solat hari raya untuk pergi awal, bermula dari waktu Subuh.” (Al-Allamah Ba’isyen)

Fadilat:

  • Mendapat pahala menunggu solat.
  • Berpeluang duduk dekat dengan imam dan menyertai takbir bersama jemaah.

5. Berjalan kaki ke masjid dan pulang melalui jalan lain

Disunatkan pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan pulang menggunakan laluan yang berbeza. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW pada hari raya.

Dalil:
“Nabi SAW apabila keluar pada hari raya, Baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (Riwayat Al-Bukhari)

Fadilat:

  • Menambah peluang pahala dalam perjalanan.
  • Menzahirkan syiar Islam di pelbagai tempat.

6. Makan selepas selesai solat sunat Aidiladha

Berbeza dengan Aidilfitri, disunatkan untuk tidak makan sebelum solat Aidiladha. Sebaiknya makan selepas selesai menunaikan solat raya.

Dalil:
“Rasulullah SAW tidak keluar pada hari raya Aidilfitri sehingga Baginda makan terlebih dahulu, dan tidak makan pada hari Aidiladha sehingga selesai solat.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Fadilat:

  • Mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
  • Memuliakan hari raya dengan mendahulukan ibadah.

7. Imam menyegerakan keluar untuk solat sunat Aidiladha

Disunatkan bagi imam untuk menyegerakan solat sunat Aidiladha, berbeza dengan Aidilfitri yang dilewatkan.

Dalil:
“Disunatkan keluar awal pada Hari Raya Aidiladha dan dilewatkan pada Hari Raya Aidilfitri, berdasarkan hadis yang mengandungi perintah bagi kedua-duanya.” (Imam Ibn Hajar)

Fadilat:

  • Mempercepatkan pelaksanaan ibadah utama hari raya.
  • Memberi ruang kepada penyembelihan korban selepas solat.

8. Melakukan takbir mursal dan takbir muqayyad

Takbir mursal ialah takbir yang tidak terikat waktu solat, manakala takbir muqayyad dilakukan selepas solat fardu pada Aidiladha.

Dalil:
“Disunnahkan untuk mendahulukan takbir atas zikir-zikir lain kerana ia adalah syiar waktu tersebut dan tidak berulang.” (Al-Allamah Sulaiman Bin Umar Al-Jamal)

Fadilat:

  • Menzahirkan syiar Islam.
  • Menyemarakkan suasana Aidiladha di kalangan umat Islam.

9. Bertakbir apabila melihat haiwan korban atau mendengar suaranya

Disunatkan bertakbir apabila melihat haiwan korban atau mendengar suaranya sepanjang 10 hari awal Zulhijjah.

Dalil:
“Disunatkan bertakbir ketika melihat haiwan korban iaitu ketika melihat sebahagian daripadanya seperti unta dan kambing, pada hari-hari yang dimaklumi iaitu 10 hari awal Zulhijjah.” (Imam Ibn Hajar Al-Haytami)

Fadilat:

  • Mensyukuri nikmat rezeki daripada Allah.
  • Mengingati syiar pengorbanan yang diajarkan Nabi Ibrahim AS.

10. Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha

Solat sunat Aidiladha dilakukan dua rakaat dengan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua, diselang dengan bacaan tasbih.

Dalil:
“Waktu kedua solat raya bermula dari terbit matahari sehingga tergelincir matahari, dan afdhalnya selepas matahari meninggi sedikit.” (Hasyiah Al-Bajuri)

Fadilat:

  • Menyempurnakan sunnah Rasulullah SAW.
  • Memperoleh ganjaran pahala sebagai tanda syukur dan ketaatan.

11. Mengucapkan tahniah dan ucapan sesama Muslim

Disunatkan mengucapkan tahniah dan doa seperti “Taqabbalallahu minna wa minkum” sesama Muslim pada hari raya.

Dalil:
“Disunatkan untuk mengucapkan tahniah sempena Hari Raya dan seumpamanya seperti permulaan tahun atau bulan, menurut pandangan muktamad.” (Al-Allamah Al-Bajuri)

Fadilat:

  • Mengukuhkan ukhuwah Islamiah.
  • Menyebarkan kegembiraan dan doa kebaikan dalam masyarakat.

Lihat Juga:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments