HomeInfoBazar Ramadhan Putrajaya Presint 3: Menu dan Gerai Popular

Bazar Ramadhan Putrajaya Presint 3: Menu dan Gerai Popular

Bazar Ramadhan Putrajaya Presint 3 antara bazar yang popular di Malaysia.

Tahun ini ia kembali lagi sebagai Festival Ramadan Putrajaya 2025 (FRP2025) yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan 2025 / 1446H. 

Apa yang menarik mengenai Bazar Ramadhan Putrajaya Presint 3 adalah lokasinya yang strategik, berhampiran Laman Iftar, Anjung Syawal, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, menjadikannya destinasi lengkap untuk berbuka puasa dan membeli persiapan Aidilfitri.

Terdapat lebih 290 gerai jualan dengan lebih 1,000 jenis menu dari pelbagai jenis gerai yang menjadi pilihan anda.

Lihat Juga: Bazar Ramadhan Rahmah (BRR): Senarai Lokasi Seluruh Malaysia

Tarikh, Waktu Operasi dan Peta Lokasi

Tarikh rasmi operasi adalah 28 Februari hingga 30 Mac 2025, beroperasi setiap hari dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam.

Lokasi utama bazar ini terletak di Dataran Putrajaya, Presint 3, bersebelahan Kompleks Perbadanan Putrajaya dan berhampiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Beberapa laluan utama di sekitar kawasan ini akan ditutup bagi memberi ruang kepada bazar.

Peta Lokasi

Berikut adalah peta lokasi  Festival Ramadhan Putrajaya 2025 (FRP2025) yang turut memuatkan Bazar Ramadhan Presint 3:

Lokasi dan Komponen Festival Ramadhan Putrajaya 2025 Presint 3

Lihat Juga: Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan & Imsak 2025

Komponen Utama Festival Ramadhan Putrajaya 2025

A. Anjung Syawal

  • Anjuran Radiates Blue Sdn. Bhd.
  • 300 lot niaga.
  • Bazar Aidilfitri: Jualan persiapan raya, F&B, dan perkhidmatan.
  • Waktu operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 malam.

B. Laman Iftar

  • Padang Kompleks PPj sebagai zon berbuka puasa awam.
  • Kemudahan kerusi dan meja di sekitar kawasan.
  • Tazkirah Ramadan.
  • Centre Arch Aidilfitri.

C. Laman Oasis (Kompleks PPj)

  • 14 lot niaga.
  • Jualan F&B.
  • Berkonsepkan kafe luar dengan kemudahan kerusi dan meja.
  • Waktu operasi: 3:00 petang – 12:00 malam.

D. Bazar Ramadhan Presint 3

  • Anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj).
  • 290 lot niaga.
  • Menjual makanan dan minuman juadah berbuka puasa.
  • Waktu operasi: 3:00 petang – 8:00 malam.

E. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

  • Khemah serta kerusi & meja bulat serta ruang syahur untuk berbuka puasa awam.
  • Solat fardu & sunat Tarawih berjemaah.
  • Qiamullail & sahur (10 malam terakhir Ramadan).

Jenis Makanan dan Menu yang Dijual

Bazar Ramadhan Putrajaya Presint 3 menawarkan lebih 1,000 jenis menu yang disediakan oleh 290 buah gerai makanan. Pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis masakan seperti:

​​Berikut adalah menu utama yang dijual di Bazar Ramadhan Putrajaya Presint 3, pada tahun ini:

1. Masakan Tradisional Melayu

  • Nasi lemak, nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang
  • Nasi ayam, nasi briyani, nasi kambing
  • Laksa, mee rebus, bihun sup, sup tulang
  • Ikan bakar, ayam percik, daging bakar, gulai kawah
  • Kuih-muih tradisional seperti apam balik, tepung pelita, kuih akok, bahulu

2. Masakan Timur Tengah & Thai

  • Nasi Arab (Mandy, Kabsah, Khaomok)
  • Daging kambing bakar, shawarma, roti Arab
  • Patin tempoyak, tomyam Thai, somtam
  • Teh ais Thai, air balang khas dari Thailand

3. Masakan Barat & Fusion

  • Spaghetti, pasta, meatball, chicken chop
  • Burger bakar, cheesesteak, roti John
  • Ayam goreng crispy, ayam goreng kunyit, ayam gunting

4. Satay, Ayam Golek & Daging Bakar

  • Satay ayam, kambing, daging
  • Ayam golek madu, ayam panggang, ayam berempah
  • Daging bakar, kambing bakar, tongmo bakar

5. Pencuci Mulut & Kuih-Muih

  • Kuih-muih tradisional (tepung pelita, kuih lapis, seri muka)
  • Apam balik crispy, tauhu begedil, popia
  • Puding, bubur manis, kek dan pastri

6. Air Balang & Jus Buah

  • Air balang pelbagai perisa (mangga, tembikai, nenas, strawberry)
  • Jus tebu, air kelapa, coconut shake
  • Air buah premium (avocado, jagung ice cream, mata kucing)
  • Teh ais viral, bandung soda, air detox

7. Makanan Jalanan & Snek

  • Keropok lekor, satar, otak-otak
  • Takoyaki, churros, baby pancake
  • Long fries, popia cheese, cucur udang

Senarai Lot Kedai, Penjual dan Menu Jualan.

Berikut adalah senarai-senarai kedai Bazar Ramadhan Putrajaya, nama penjual dan menu yang dijual di Presint 3:

Senarai Gerai Popular

Antara gerai makanan paling popular di bazar ini ialah:

  1. Chef Ammar Nasi Arab Lamb Shank  (Sewa Khas) – Chef Ammar: Menyediakan Nasi Arab Lamb Shank, Nasi Arab Lamb Shoulder, dan Nasi Arab Chicken Roasted, dimasak dengan rempah khas Timur Tengah.
  2. Mee Tonggek Putrajaya (Lot 1) – Mee goreng, bihun, maggi, kuey teow, mee segera
  3. Nasi Goreng Kambing (Lot 6) – Nasi goreng kambing, nasi goreng udang galah, nasi goreng ketam, nasi goreng ayam, nasi goreng kampung
  4. Air Balang Viral Ratu Padu (Lot 11) – Jagung, kopi ais, asam boi limau, laici pudina, teh ais laici
  5. Melawati Kebab – (Lot 120) –  Kebab ayam dan daging dihidangkan bersama roti pita atau tortilla, dilengkapi dengan sayur segar dan sos kebab khas.
  6. Mee Rebus Johor by Mee Rebus Haji Wahid – (Lot 105) – Mee Rebus asli Johor dengan kuah keledek pekat, disertakan dengan taugeh segar, telur rebus, dan perahan limau kasturi.
  7. Ayam Golek & Ayam Percik
    • No Lot 261 (Ayam Golek Zaharah)- Menyediakan nasi ayam golek, ayam golek yang dipanggang sempurna.
    • Lot 281 (Ayam Golek Maduk Kinabalu): Ayam golek sekor/separuh, dipanggang dengan resepi khas untuk rasa yang lebih enak.
  8. RajaMurtabak – (Lot 44) –  Murtabak bersaiz besar dengan inti padat, dibuat menggunakan resipi khas yang menghasilkan rasa autentik.
  9. Nasi Ambeng Wong Jowo – (Lot 37)  Nasi ambeng asli Jawa, dihidangkan dengan ayam masak kicap, rendang, serunding kelapa, dan sambal istimewa.
  10. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit – (Lot 27 ) –  Ayam goreng kunyit dengan pilihan nasi goreng kunyit, udang goreng kunyit, dan sotong kunyit, dimasak menggunakan resipi khas.
  11. Roti John Fish & Chip – (Lot 111) –  Pelbagai jenis roti john termasuk roti john ayam, roti john daging, fish & chips, sesuai untuk peminat makanan barat.

Harga Makanan

Harga makanan di bazar ini mungkin berbeza dari tahun lalu berdasarkan beberapa kenaikan harga barang.. Namun begitu berikut adalah anggaran harga jenis juadah:

  • Kuih-muih tradisional: ~RM1 sebiji
  • Air balang: RM4 – RM10 segelas
  • Nasi berlauk atau mee: RM5 – RM15 sebungkus
  • Menu premium seperti ayam golek: RM25 seekor
  • Nasi Arab kambing dengan Lamb Shank: RM50 – RM70 satu set

Kemudahan dan Aksesibiliti (OKU) 

Bazar Ramadhan Putrajaya Presint 3 menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan pengunjung, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas

1. Tempat Letak Kereta OKU & Parkir Percuma

  • Tempat letak kereta khas untuk OKU disediakan berhampiran kawasan bazar.
  • Parkir percuma selepas jam 4:00 petang di kawasan Tempat Letak Kereta (TLK) berdekatan sepanjang bulan Ramadan.

2. Laluan Pejalan Kaki & Akses Mesra OKU

  • Laluan pejalan kaki yang luas dan rata untuk memudahkan pergerakan kerusi roda.
  • Bazar terletak berdekatan dengan Kompleks Perbadanan Putrajaya, yang mempunyai laluan bertutup dan teduhan untuk keselesaan pengunjung.

3. Zon Berbuka Puasa Mesra OKU

  • Laman Iftar: Kawasan padang terbuka dengan kemudahan meja dan kerusi untuk berbuka puasa secara santai.
  • Laman Oasis: Konsep kafe luar dengan tempat duduk selesa yang boleh diakses oleh pengguna kerusi roda.

4. Akses Mudah ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

  • Masjid mesra OKU dengan laluan ramp, lif, tandas khas OKU, dan tempat wuduk yang aksesibel.
  • Disediakan kerusi & meja bulat serta ruang sahur untuk berbuka puasa bagi mereka yang memerlukan.
  • Solat Tarawih, Qiamullail, dan Sahur (10 malam terakhir Ramadan) boleh dilakukan di masjid ini dengan kemudahan lengkap.

Info Lanjut

Ikuti Perbadanan Putrajaya di:

Sumber: Perbadanan Putrajaya

Jangan Lupa Bazar Zakat Fitrah Tahun ini

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments