Bilakah tarikh untuk melihat anak bulan Zulhijjah pada tahun 2024?
Untuk makluman masyarakat Islam di Malaysia, pengumuman rasmi sambutan hari Raya Aidiladha akan dibuat oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Bagi menentukan tarikh sebenar Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji/Korban, kita perlu mengetahui tarikh 1 Zulhijjah terlebih dahulu. Ini kerana dalam syariat Islam, tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada setiap 10 Zulhijjah.
Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijah 2024 (1 Zulhijah 1445H)
Pada tahun ini, tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh 1 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, di 29 lokasi di seluruh negara.
Pengumuman dan Tarikh Hari Raya Haji
Setelah melihat anak bulan Zulhijjah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijjah dan tarikh 10 Zulhijjah (Aidiladha) yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.
Berdasarkan pengumum Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman, Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 JUN 2024 (ISNIN).
Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada 8 Jun 2024 (Sabtu).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.
Kaedah Penentuan Tarikh Hari Raya Aidiladha 2024 / 1445H
Malaysia menggunakan kaedah Rukyah (melihat anak bulan) dan Hisab (pengiraan)dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.
- Rukyah (Melihat Anak Bulan) Rukyah adalah kaedah tradisional yang melibatkan pemerhatian fizikal terhadap anak bulan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Proses ini biasanya dilakukan pada petang hari ke-29 setiap bulan Hijrah. Jika anak bulan kelihatan, maka hari berikutnya akan dikira sebagai permulaan bulan baharu. Jika tidak, bulan semasa akan digenapkan kepada 30 hari.
- Hisab (Pengiraan) Hisab adalah kaedah saintifik yang melibatkan pengiraan astronomi untuk menentukan kedudukan anak bulan. Kaedah ini mengambil kira pelbagai faktor seperti kedudukan matahari dan bulan, serta ketinggian anak bulan di ufuk. Kaedah hisab sering digunakan bersama-sama dengan rukyah untuk memastikan ketepatan penentuan tarikh.
Kaedah-kaedah ini adalah selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak dan astronomi yang telah dipersetujui oleh semua negeri.
Aktiviti dan Tempat Cerapan / Lihat Anak Bulan
Aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Data rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM.
Aktiviti cerapan rasmi anak bulan Zulhijjah di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan pada petang Jumaat, 7 Jun 2024, bersamaan 29 Zulkaedah 1445 Hijrah, di 29 lokasi di seluruh negara.
Johor:
- Pontian Kecil
Melaka:
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri Sembilan:
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson
Selangor:
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Perak:
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Pulau Pinang:
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Kedah:
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar, Alor Setar
Terengganu:
- Bukit Besar, Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Kelantan:
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC dan Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu
Sarawak:
- Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching
- Tanjung Batu, Bintulu
Sabah:
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Pahang:
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Cameron Highlands
- Gunung Berincang, Cameron Highlands
- Menara Kuantan 188, Kuantan
Labuan:
- Tingkat 13 dan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Kuala Lumpur:
- Menara Kuala Lumpur
Putrajaya:
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Perlis:
- Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis