HomePanduanPanduan Tanam Bawang Sendiri Yang Mudah di Rumah

Panduan Tanam Bawang Sendiri Yang Mudah di Rumah

Berikutan harga bawang yang semakin meningkat, anda kini boleh cuba tanam sendiri sebagai bekalan dapur rumah anda. Ia juga boleh dijadikan hobi yang bermanfaat.

Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos barangan dapur anda.

Untuk panduan tanaman bawang ros, pengguna sosial Media Zaid Martools berkongsi beberapa panduan sekiranya anda berhasrat untuk mencuba tamanan ini.

Bahan-Bahan Yang diperlukan

Bahan atau medium yang diperlukan untuk tanaman bawang ros adalah seperti berikut;

  1. Pasir sungai*
  2. Sabut + sekam
  3. Tahi ayam proses
  4. Benih bawang terpilih (potong sedikit hujung bawang)
  5. Polystrene yang dilubangkan
Bahan-bahan tanam bawang sendiri _01
Sumber: Zaid Martools
Bahan-bahan tanam bawang sendiri _02
Sumber: Zaid Martools
Bahan-bahan tanam bawang sendiri _03
Sumber: Zaid Martools

*Pasir sungai anda boleh dapatkan di kedai hardware berdekatan yang menjualnya.

Cara Tanam

Berikut adalah cara tanam bawang merah yang anda boleh cuba;

  1. Campur gaulkan medium 1, 2, 3 dan masukkan masukkan dalam polystrene.
  2. Letak @ tekan benih bawang suku bahagian sahaja.
  3. Letak ditempat panas sepenuhnya.
  4. Siram dua kali seminggu..jangan siram terus pada bawang..cara siraman keliling.
  5. Pembajaan seterusnya..saya cairkan baja..kemudian siram keliling bawang.

Penjagaan

Penjagaan bawang merah tidaklah susah. 

Bawang merah ini sesuai ditanam di tempat yang ada cahaya matahari penuh. Namun jika diletakkan di tempat yang redup, bawang yang dihasilkan mungkin akan lebih kecil.

Untuk tempoh kekerapan bajaan, anda boleh letak baja 3 minggu sekali.

Benih Bawang

Di mana nak dapatkan benih bawang untuk tanam sendiri ni?

Untuk tanam sendiri, benih bawang anda boleh beli sendiri di pasar berdekatan.

Pemilihan benih adalah penting dan perlu pilih yang berpotensi untuk tumbuh keluar 4 atau 5 tunas.

Daun bawang pula tak perlu di potong.

Panduan Tambahan

Bagi mengelakkan bawang tidak jadi, jangan ambil daun bawang kalau benih belum tumbuh bawang.

Sebagai cadangan, sekiranya ada tanam sendiri bawang yang bertujuan untuk tuai hasil daun atau isi nya, lebih baik dipisahkan batasnya.

Kesimpulannya , bawang merah boleh ditanam untuk dapatkan daunnya atau bebawang itu sendiri. Jika kita tuai daun, hasil bawang itu akan berkurangan. Jika ingin mendapatkan bebawang yang banyak, maka fokus pada pada daun yang banyak

Sumber: 

Anda boleh sertai group Facebook di atas kerana terdapat banyak perkongsian yang menarik bagi mereka yang berminat dengan hobi bercucuk tanam terutamanya bagi kawasan rumah bandar.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments