HomeZakat FitrahZakat Fitrah Pahang 2025: Kadar & Cara Bayaran Online

Zakat Fitrah Pahang 2025: Kadar & Cara Bayaran Online

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengumumkan kadar Zakat Fitrah negeri Pahang bagi tahun 2025M / 1446 H.

Kadar zakat fitrah di negeri Pahang ini diumumkan setelah mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku Ketua Agama Islam bagi Negeri Pahang.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Ahmad Hairi Haji Hussain berkata Kadar yang ditetapkan pada tahun ini adalah RM7.00, RM14.00, dan RM21.00, mengikut jenis beras yang digunakan oleh pembayar.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 2025 / 1446H

Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi tahun 2025 : 1446H

Negeri Pahang menetapkan tiga kadar Zakat Fitrah berdasarkan jenis beras yang digunakan sebagaimana berikut;

>> RM7.00 / Seorang

  • Beras Putih Tempatan 5%
  • Beras Hancur
  • Beras Putih Import
  • Atau lain-lain yang setara dengannya

>>  RM14.00 / Seorang

  • Beras Rebus
  • Beras Super Wangi
  • Beras Pulut
  • Beras Carlose
  • Atau lain-lain yang setara dengannya

>> RM21.00 / Seorang

  • Beras Perang
  • Beras Basmathi
  • Beras Ponnies
  • Atau lain-lain yang setara dengannya

Kadar minimum yang perlu dibayar umat Islam di negeri ini RM7 iaitu bagi yang menggunakan beras putih tempatan.

Bagi yang menggunakan beras pulut atau seumpama dan setara, kadarnya RM14 dan RM21 bagi pengguna beras basmati atau seumpama dan setaranya. 

Cara Bayaran Zakat Fitrah Pahang bagi tahun 2025

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyediakan beberapa kaedah pembayaran zakat fitrah bagi tahun 2025 untuk kemudahan umat Islam di negeri ini.

  1. Melalui Amil Bertauliah
  2. Pembayaran Secara Dalam Talian
  3. Kod QR Bank Muamalat
  4. Bayaran di Kaunter MUIP

Bayaran Zakat Fitrah Pahang Secara Online

Bagi mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online, boleh klik pada pautan di bawah;

https://ezakat.muip.gov.my/appZv1

Cara pembayaran adalah sebagaimana berikut:

  1. Layari laman web di atas.
  2. Klik pada “Bayaran Zakat Fitrah”
  3. Lengkapkan maklumat pembayar seperti nombor mykad, nama penuh, alamat surat menyuarat, no telefon dan email.
  4. Lengkapkan maklumat pembayaran iaitu Butiran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2023 negeri pahang sama ada bagi diri sendiri serta tanggungan serta memiih bilangan tanggungan.
  5. Klik Klik butang ‘Seterusnya Untuk Bayar’ untuk proses seterusnya

Bayaran Melalui Amil Yang Di Lantik

Umat Islam di negeri Pahang boleh membayar Zakat Fitrah melalui amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang berdasarkan Seksyen 84 dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991. 

Pada tahun 2025, seramai 917 orang amil zakat fitrah telah ditauliahkan untuk melaksanakan urusan kutipan zakat fitrah di dalam Negeri Pahang 

Resit Zakat Fitrah

Warna resit zakat fitrah di Pahang bagi tahun 2025 ditentukan berdasarkan jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat. 

  • Resit kuning (RM7) diberikan kepada mereka yang menggunakan beras putih tempatan, beras hancur, atau beras putih import. Ini merupakan kadar minimum yang ditetapkan.
  • Resit merah jambu (RM14) adalah bagi individu yang menggunakan beras rebus, beras super wangi, beras pulut, atau beras Carlose.
  • Resit  biru (RM21) bagi mereka yang mengamalkan pemakanan beras perang, beras Basmathi, atau beras Ponnies.
Resit Zakat Fitrah Negeri Pahang 2025

Kod QR Bank Muamalat

MUIP turut menyediakan kaedah pembayaran melalui kod QR (Malaysia National QR)

Langkah-langkah Pembayaran:

  1. Lancarkan aplikasi perbankan internet atau e-dompet anda, klik ikon QR
  2. Imbas kod QR
  3. Masukkan jumlah dan lengkapkan transaksi

Tuntutan resit rasmi boleh dilakukan di MUIP dengan mengemukakan resit transaksi perbankan anda.

Kod QR Bank Muamalat

Melalui Kaunter Zakat

Selain itu juga, umat Islam di negeri ini boleh membayar melalui kaunter-kaunter terdekat yang dibuka.

Kesalahan Memungut Zakat Tanpa Lantikan MUIP

Memungut zakat fitrah tanpa tauliah daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) adalah satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang negeri Pahang. Hanya 917 amil yang telah ditauliahkan oleh MUIP yang dibenarkan mengutip zakat fitrah bagi tahun 2025.

Peruntukan Undang-Undang

Individu yang mengutip zakat tanpa tauliah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013, yang memperuntukkan hukuman:

  • Denda tidak melebihi RM3,000
  • Penjara tidak lebih dua tahun
  • Atau kedua-duanya sekali

Kewajipan Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ke atas lelaki dan perempuan muslim, tua dan muda untuk dirinya, keluarga dan orang lain yang menjadi tanggungannya berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh syara’. Antara syaratnya ialah:

  1. Individu merupakan seorang muslim.
  2. Hidup sehingga terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

** Bayi yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan tidak wajib zakat fitrah.

  1. III. Memiliki harta lebih untuk dirinya sendiri dan keluarganya pada hari raya dan malamnya.

Kewajipan berzakat telah dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud: “dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat.”

Serta dalil daripada surah Ibrahim ayat 31 yang bermaksud: “hendaklah mereka mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka”. 

Berdasarkan dalil tersebut dapat disimpulkan bahawa mengeluarkan zakat sama ada zakat harta atau zakat fitrah adalah kewajipan yang telah ditetapkan kepada seluruh umat Islam dan kita dilarang untuk mengingkarinya apabila mencukupi syarat wajib.

5 Jenis Waktu Mengeluarkan Zakat

Adapun waktu mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:

  1. Harus: iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Wajib: iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  3. Afdhal: iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.
  4. Makruh: iaitu selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga terbenam matahari.
  5. Haram: iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

8 Golongan Asnaf

Penerima Zakat telah ditetapkan kepada 8 golongan asnaf (fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil).

Namun ulama mengutamakan penerima zakat fitrah adalah asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf.

Hikmah mengapa Allah mensyariatkan zakat adalah supaya hamba-hambaNya dapat menyucikan harta daripada hak orang lain dan diri daripada sifat bakhil dan menjadi hambaNya yang bersyukur terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka serta dapat berkongsi kegembiraan bersama golongan fakir miskin.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang melalui Facebook;

https://www.facebook.com/muipinfo

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Terengganu
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor

Soalan Lazim (FAQ) – Zakat Fitrah Pahang 2025

1. Berapakah kadar zakat fitrah di Pahang bagi tahun 2025?

RM7 – Beras putih tempatan, beras hancur, beras putih import.
RM14 – Beras rebus, beras super wangi, beras pulut, beras Carlose.
RM21 – Beras perang, beras Basmathi, beras Ponnies.

2. Bagaimana cara membayar zakat fitrah di Pahang?

1) Melalui amil bertauliah – Seramai 917 amil telah ditauliahkan oleh MUIP.
2) Secara dalam talian – Melalui ezakat.muip.gov.my.
3) Kod QR Bank Muamalat – Imbas dan bayar melalui perbankan internet atau e-wallet.
4) Di kaunter MUIP – Hadir ke pejabat MUIP untuk pembayaran manual.

3. Apakah warna resit zakat fitrah berdasarkan kadar bayaran?

🟡 RM7Kuning
🩷 RM14Merah Jambu (Pink)
🔵 RM21Biru

4. Adakah kutipan zakat fitrah tanpa lantikan MUIP dibenarkan?

Tidak dibenarkan. Hanya amil bertauliah MUIP boleh mengutip zakat fitrah.
Kesalahan memungut zakat tanpa tauliah:
📌 Denda maksimum RM3,000 atau Penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali (Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013).

5. Bilakah tarikh akhir pembayaran zakat fitrah?

Sebelum solat sunat Aidilfitri. Sebaiknya dilakukan lebih awal bagi memastikan agihan kepada golongan asnaf berjalan lancar.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments