HomeInfoKursus Perdana Haji 2024: Tarikh dan Lokasi Setiap Negeri 

Kursus Perdana Haji 2024: Tarikh dan Lokasi Setiap Negeri 

Kursus Perdana Haji Musim 1445H / 2024M anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 20 April Mei hingga 5 Mei.

Kursus ini merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus haji yang dikendalikan oleh TH di seluruh Malaysia.

Objektif utama Kursus Perdana Haji dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji adalah bagi melahirkan jemaah haji yang berpengetahuan dan berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji kelak.

Oleh yang demikian, bakal haji terpilih tahun ini disarankan hadir ke Kursus Perdana Haji yang akan diadakan di negeri masing-masing.

Kursus Perdana Haji (KPH) 2024

Kursus Perdana Haji (KPH) merupakan kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus selama dua (2) hari satu (1) malam ini diadakan dalam bulan Syawal di setiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah dalam negeri tersebut.

Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti tawaf, sa’ie, bermabit dan melontar pada waktu malam. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

Tarikh dan Lokasi Setiap Negeri

Tarikh dan lokasi Kursus Perdana Haji adalah berbeza mengikut negeri masing-masing sebagaimana berikut;

Wilayah Persekutuan

  • Tarikh:  20/4/2024 – 21/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Atur Cara KPH Wilayah Persekutuan

Pahang 

  • Tarikh:  20/4/2024 – 21/4/2024
  • Masa: 5:00 Petang – 8:00 Pagi
  • Lokasi: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan

Kedah

  • Tarikh:  26/4/2024 – 27/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 12:00 Tengahari
  • Lokasi: Dewan Wawasan Kubang Pasu, Jitra

Johor

  • Tarikh:  26/4/2024 – 27/4/2024
  • Masa: 2:30 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi:  Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru

Terengganu

  • Tarikh:  26/4/2024 – 27/4/2024
  • Masa: 2:30 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu

Kelantan

  • Tarikh:  26/4/2024 – 27/4/2024
  • Masa: 5:00 Petang – 8:00 Pagi
  • Lokasi: Dewan Utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok

Perak

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh

Selangor

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam

Melaka

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 11:30 Pagi
  • Lokasi: ​​Masjid al-Alami MITC, Ayer Keroh

Negeri Sembilan

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 11:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid Hussain Seremban 2

Perlis

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 3:30 Petang – 8:30 Pagi
  • Lokasi: Dewan Ibnu Khaldun Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Kangar

Pulau Pinang

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM)

Sabah (Zon Pantai Timur)

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 2:00 Petang – 12:00 Tengahari
  • Lokasi: Masjid Al-Kauthar, Tawau

Sarawak (Zon Selatan) 

  • Tarikh:  27/4/2024 – 28/4/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Sabah (Zon Pantai Barat)

  • Tarikh:  4/5/2024 – 5/5/2024
  • Masa: 2:00 Petang – 12:00 Tengahari
  • Lokasi: Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu

Sarawak (Zon Utara)

  • Tarikh:  4/5/2024 – 5/5/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid At-Taqwa, Miri

Sarawak (Zon Tengah)

  • Tarikh:  4/5/2024 – 5/5/2024
  • Masa: 3:00 Petang – 9:30 Pagi
  • Lokasi: Masjid Al Muhajirin, Kg Usaha Jaya, Sibu

Jadual ini juga boleh dirujuk melalui pautan berikut;

JADUAL KURSUS PERDANA HAJI (KPH) MUSIM HAJI 1445H/2024M

Apa Yang Perlu di Bawa Ketika Kursus?

Bakal Haji diwajibkan menghadiri kursus Haji perdana selama 1 ½ hari dengan memberi penekanan amali ibadat, seperti tawaf, sa’ie, wuquf, bermalam (mabit) dan melontar.

Sehubungan, bakal Haji disarankan untuk membawa kelengkapan peribadi dan kelengkapan solat bagi tujuan tersebut. Sebagai tambahan, untuk bakal Haji lelaki perlu membawa kain ihram untuk amali. Selain itu, perlu membawa 7 biji anak batu bagi tujuan amali melontar.

Maklumat Am Tindakan Peserta Kursus Perdana Haji

Tarikh Wukuf 2024

Tarikh wukuf pada tahun ini adalah pada 15 Jun 2024 (Sabtu) bersamaan 9 Zulhijjah 1445H.

Wukuf merupakan kemuncak bagi ibadat haji. Jemaah Haji perlu berwukuf di Arafah dalam keadaan berihram walau sekejap dalam waktu antara tergelincir matahari pada 9 Zulhijah (hari Arafah) sehingga terbit fajar hari nahar (10 Zulhijah).

Wukuf di Arafah termasuk salah satu rukun haji. Jemaah yang tidak mengerjakan wukuf di Arafah bererti tidak mengerjakan haji.

Tarikh Penerbangan Haji (KT)

Fasa 1 iaitu tarikh penerbangan pergi KT pertama dijadualkan pada 9 Mei 2024 bersamaan 1 Zulkaedah 1445 (Khamis).

Manakala penerbangan pergi KT terakhir pula dijadulakan pada 9 Jun 2024 bersamaan 3 Zulhijjah 1445 (Ahad).

Manakala bagi fasa kedua iaitu penerbangan pulang ke Tanah Air adalah sebagaimana berikut;

PENERBANGAN BALIK KT PERTAMA18 Zulhijjah 1445H24 Jun 2024Isnin
PENERBANGAN BALIK KT TERAKHIR15 Muharram 1446H21 Julai 2024Ahad
Infomasi Haji 1445 2024 Masihi

Para jemaah boleh membuat semakan tarikh atau surat penerbangan haji masing-masing menerusi laman portal https://www.thijari.com.my/

Info Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan pengurusan Haji bagi tahun 2024, jemaah boleh rujuk panduan dan informasi melalui pautan berikut;

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pengurusan-haji

Jemaah juga boleh merujuk flatform sosial media Tabung Haji untuk info dan maklumat terkini:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments