HomeInfoSukan SEA 2027: Malaysia Sebagai Tuan Rumah Anjuran 4 Negeri

Sukan SEA 2027: Malaysia Sebagai Tuan Rumah Anjuran 4 Negeri

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, setelah kali terakhir menjadi tuan rumah pada tahun 2017. 

Keputusan ini diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setelah Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan tawaran Persekutuan Sukan SEA (SEAGF). 

Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur. 

Ini akan menjadi kali ketujuh Malaysia menjadi tuan rumah temasya tersebut, selepas 1965, 1971, 1977, 1989, 2001, dan 2017. 

Pengenalan Sukan SEA

Sukan Asia Tenggara, atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA, merupakan acara pelbagai sukan dwitahunan yang melibatkan 11 negara dari rantau Asia Tenggara. 

Ia dikelola oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dengan pengawasan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia (OCA), Sukan SEA adalah platform penting untuk mempererat hubungan serantau melalui semangat kesukanan.

Sejarah dan Asal Usul Sukan SEA

Sukan Asia Tenggara (SEA Games) bermula dari sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau SEAP Games. 

Pada 22 Mei 1958, delegasi dari negara-negara di Semenanjung Asia Tenggara yang menghadiri Sukan Asia di Tokyo, Jepun, telah bersidang dan mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah organisasi sukan serantau. 

Luang Sukhum Nayapradit, naib presiden Jawatankuasa Olimpik Thailand, merupakan individu yang mencetuskan idea tersebut. Beliau melihat bahawa sebuah acara sukan serantau boleh memupuk kerjasama, pemahaman, dan hubungan yang lebih erat antara negara-negara di Asia Tenggara.

Enam negara pengasas SEAP Games adalah Burma (kini Myanmar), Kemboja, Laos, Malaya (kini Malaysia), Thailand, dan Republik Vietnam (Vietnam Selatan). 

Negara-negara ini bersetuju untuk mengadakan Sukan SEAP secara dwitahunan, dengan edisi pertama berlangsung di Bangkok, Thailand, dari 12 hingga 17 Disember 1959. Sebanyak 527 atlet dan pegawai dari enam negara tersebut telah mengambil bahagian dalam 12 acara sukan.

Sejarah Penganjuran Malaysia Dalam Sukan Sea

Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan membanggakan dalam Sukan SEA, terutama ketika menjadi tuan rumah

Kita pernah menjadi tuan rumah sebanyak kali ketujuh dalam  temasya iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001, dan 2017. 

Penganjuran Sukan SEA 2027 di Malaysia

Siaran Media KBS Malaysia Sedia jadi tuan rumah sukan sea 2027

Malaysia telah mengambil keputusan penting untuk sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2027. Keputusan ini dibuat oleh kerajaan Malaysia selepas menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Keputusan ini bukan sahaja mencerminkan keyakinan SEAGF terhadap kemampuan Malaysia dalam menganjurkan acara sukan besar, tetapi juga menunjukkan komitmen negara dalam terus memajukan sukan di peringkat serantau.

Penganjuran Sukan SEA 2027 akan menjadi lebih unik dan bersejarah dengan kerjasama antara empat negeri utama, iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang. Ini menandakan kali pertama Sukan SEA dianjurkan secara serentak di beberapa negeri, yang menunjukkan perpaduan dan kerjasama erat antara negeri-negeri di Malaysia.

Setiap negeri akan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan kejayaan acara ini.

Sarawak Sebagai Tuan Rumah Upacara Pembukaan

Sarawak akan diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi upacara pembukaan, yang akan berlangsung di Kuching. Ini adalah pengiktirafan terhadap kemampuan Sarawak dalam menganjurkan acara sukan besar, seperti yang ditunjukkan dalam penganjuran Sukma 2024. 

Sementara itu, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi upacara penutupan, menandakan berakhirnya temasya sukan terbesar di Asia Tenggara ini.

Senarai Acara Sukan Yang Dipertandingkan dan Pembahagian Lokasi

Sebanyak 46 acara sukan akan dipertandingkan sepanjang Sukan SEA 2027, dengan setiap negeri memainkan peranan penting dalam penganjuran. 

Pembahagian lokasi bagi acara sukan adalah seperti berikut:

  • Sarawak: 20 acara sukan akan diadakan sepenuhnya di negeri ini, menonjolkan komitmen dan kesiapsiagaan Sarawak dalam penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.
  • Kuala Lumpur: Sebagai ibu negara, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi 9 acara sukan.
  • Pulau Pinang: Sebanyak 8 acara sukan akan berlangsung di negeri ini, menampilkan keindahan dan keunikan Pulau Mutiara sebagai destinasi sukan.
  • Sabah: Negeri di bawah bayu ini akan menjadi lokasi bagi 9 acara sukan, memberi peluang kepada atlet dan pengunjung untuk menikmati suasana indah Sabah.

Pencapaian Malaysia Sebagai Tuan Rumah Dalam Sukan SEA

Ketika menjadi tuan rumah, Malaysia telah menunjukkan prestasi yang luar biasa, termasuk dua kali muncul sebagai juara keseluruhan. 

Berikut adalah rekod Malaysia pungutan pingat Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA.

1965

  • Kedudukan: 2
  • Emas: 33
  • Perak: 27
  • Gangsa: 37
  • Jumlah Pingat: 97

1971

  • Kedudukan: 3
  • Emas: 41
  • Perak: 43
  • Gangsa: 55
  • Jumlah Pingat: 139

1977 

  • Kedudukan: 2
  • Emas: 21
  • Perak: 17
  • Gangsa: 21
  • Jumlah Pingat: 59

1989 Kuala Lumpur:

  • Kedudukan: 2
  • Emas: 67
  • Perak: 58
  • Gangsa: 75
  • Jumlah Pingat: 200

2001 Kuala Lumpur:

  • Kedudukan: 1
  • Emas: 111
  • Perak: 98
  • Gangsa: 86
  • Jumlah Pingat: 295

2017 Kuala Lumpur:

  • Kedudukan: 1
  • Emas: 145
  • Perak: 92
  • Gangsa: 86
  • Jumlah Pingat: 323

Tokoh-Tokoh Cemerlang Malaysia di Sukan SEA

Malaysia mempunyai ramai atlet yang telah mencipta nama dalam Sukan SEA, dengan pencapaian yang mengagumkan dalam pelbagai sukan.  

Berikut adalah maklumat ringkas beberapa atlet Malaysia yang paling berjaya dalam sejarah Sukan SEA:

1. Shalin Zulkifli (Boling)

Shalin Zulkifli adalah salah satu nama besar dalam sukan boling Malaysia. Beliau telah beraksi dalam Sukan SEA dari tahun 1993 hingga 2019, dan berjaya mengumpul 20 pingat emas, 8 perak, dan 5 gangsa. Shalin adalah simbol keunggulan dalam sukan boling di Malaysia, dengan pencapaian luar biasa yang menjadikannya seorang atlet yang dihormati di peringkat serantau dan antarabangsa.

  • Sukan: Boling
  • Jumlah Pingat: 33 (Emas: 20, Perak: 8, Gangsa: 5)
  • Tahun Aktif: 1993–2019

2. Nurul Huda Abdullah (Renang)

Nurul Huda Abdullah adalah legenda dalam sukan renang Malaysia dan Asia Tenggara. Beliau memulakan kariernya pada tahun 1983 dan terus mengumpul sebanyak 22 pingat emas, 4 perak, dan 1 gangsa sehingga tahun 1989. 

Kejayaan beliau telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu kuasa besar dalam sukan renang di rantau ini.

  • Sukan: Renang
  • Jumlah Pingat: 27 (Emas: 22, Perak: 4, Gangsa: 1)
  • Tahun Aktif: 1983–1989

3. Leong Mun Yee (Terjun)

Leong Mun Yee adalah salah satu atlet terjun paling berjaya di Malaysia. Beliau telah mengumpul sebanyak 17 pingat emas, 5 perak, dan 5 gangsa sepanjang tempoh kariernya dari 1999 hingga 2017. 

Beliau adalah ikon dalam sukan terjun, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat serantau.

  • Sukan: Terjun
  • Jumlah Pingat: 27 (Emas: 17, Perak: 5, Gangsa: 5)
  • Tahun Aktif: 1999–2017

4. Daniel Bego (Renang)

Daniel Bego telah mengharumkan nama Malaysia dalam sukan renang, dengan 11 pingat emas, 6 perak, dan 4 gangsa dalam Sukan SEA dari 2003 hingga 2013. 

Beliau adalah salah satu perenang terbaik yang pernah dihasilkan oleh Malaysia.

  • Sukan: Renang
  • Jumlah Pingat: 21 (Emas: 11, Perak: 6, Gangsa: 4)
  • Tahun Aktif: 2003–2013

5. Rosalind Singha Ang (Badminton)

Rosalind Singha Ang adalah seorang lagi legenda dalam sukan badminton Malaysia. Dari 1965 hingga 1977, beliau berjaya mengumpul 10 pingat emas dan 10 perak. 

Rosalind adalah inspirasi kepada generasi baru pemain badminton di Malaysia.

  • Sukan: Badminton
  • Jumlah Pingat: 20 (Emas: 10, Perak: 10, Gangsa: 0)
  • Tahun Aktif: 1965–1977

Sumber: Wikipedia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, Bernama


Lihat Juga:
Pesta Bola Merdeka 2024: Jadual, Harga Tiket & Senarai Pemain 

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments