HomeKerjayaJawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kedah - Tarikh Tutup 13 Jun

Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kedah – Tarikh Tutup 13 Jun

Peluang Kerjaya di Majlis Sukan Negeri Kedah sebagai Pembantu Belia dan Sukan.

Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Mailis Sukan Negeri Kedah Darul Aman.

Maklumat kekosongan jawatan adalah sebagaimana berikut;

Maklumat Jawatan Kosong

  • Jawatan : PEMBANTU BELIA DAN SUKAN MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH (CONTRACT FOR SERVICE)
  • Klasifikasi Perkhidmatan : SOSIAL
  • Kumpulan Perkhidmatan: PELAKSANA
  • Gaji: RM 2,500.00
  • Kekosongan: 2 KEKOSONGAN
Iklan Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kedah

Tarikh tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13.06.2024 (Khamis).

Syarat dan Kelayakan

a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang dilahirkan atau menetap di Negeri Kedah Darul Aman sahaja.
  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

b) Tahap Pendidikan

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan;
  • Sijil Tinggi Persekolahan/Sijil Tinggi Agama Malaysia/Sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf sataraf dengannya atau;
  • Diploma Pengajian Sukan/Sains Sukan atau berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf sataraf dengannya dan;
  • Calon mestilah mempunyai pengetahuan berkaitan sukan/mempunyai latar belakang sukan/sains pemakanan dan suaian fizikal.

c) Mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan komputer, media sosial dan sebagainya.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan program sukan di peringkat akar
    umbi bersama semua agensi pelaksana di peringkat daerah.
  • Merancang program pembangunan atlet di peringkat akar umbi di setiap daerah dan memantau program-program pembangunan sukan serta pencarian bakat di peringkat daerah dan negeri.
  • Membantu menjalankan perkhidmatan sains sukan kepada atlet, jurulatih serta
    lain-lain agensi.
  • Membantu melaksanakan pemantauan atau perhatian latihan dan pertandingan
    kepada atlet.
  • Menyediakan laporan bulanan perkhidmatan sains sukan yang dijalankan.
  • Membantu dan melaksanakan tugas dalam semua aktiviti dan program khidmat sains sukan dan perubatan sukan di Majlis Sukan Negeri Kedah.
  • Bertanggungjawab memastikan semua peralatan sukan/aset sukan berada dalam
    keadaan baik dan terkawal.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.

Maklumat Tambahan

1. Pemohon-pemohon hendaklah berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak melebihi
40 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau
Badan-badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.

3. Setiap pemohon MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM/STAM/SPM(V) atau setaraf dan sijil pengajian yang berkaitan
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penepatan gaji.
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Menepati masa
  • Bertanggungjawab serta amanah
  • Boleh bekerja dalam berpasukan
  • Boleh bekerja lebih masa

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman.

Borang permohonan boleh di dapati melalui pejabat pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman atau rujuk pautan berikut untuk muat turun borang :

https://drive.google.com/…/1XSqcru49bphcO…/view…

Sila kemukakan permohonan kepada :

PENGARAH

MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

KOMPLEKS SUKAN MUADZAM SHAH

LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM

05400 ALOR SETAR

KEDAH DARUL AMAN

NO. TEL: 04-7027441

Info Lanjut

Sila ikuti Majlis Sukan Negeri Kedah di;


Artikel Berkaitan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments