HomeKerjayaTemuduga Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 25 Mei

Temuduga Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 25 Mei

Temuduga terbuka  di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai Pembantu Trafik, Pramugara, dan Pramugari Tren.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang membuka peluang pekerjaan menarik bagi individu yang berminat dalam bidang perkhidmatan pelanggan. 

Berikut adalah maklumat mengenai temuduga terbuka yang akan diadakan:

Tarikh, Masa dan Tempat Temuduga

  • Tarikh: 25 Mei 2024 (Sabtu)  
  • Masa Pendaftaran: 8.00 pagi – 11.00 pagi  
  • Tempat Temuduga: Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad, Jalan Sultan Hishamuddin, 50621 Kuala Lumpur

Dokumen yang Perlu Dibawa

  • Resume yang terkini
  • Kad Pengenalan & Sijil Akademik (Asal)
  • 1 Salinan Kad Pengenalan & Sijil Akademik
  • 2 keping gambar berukuran pasport

 Nota Penting

  • Etika berpakaian sewaktu temuduga: Pakaian pejabat/formal
  • Pemakaian T-shirt, jeans, kasut sukan & selipar adalah tidak dibenarkan

 Maklumat Temuduga di KTMB bagi Jawatan;

  1. Pembantu Trafik (Lelaki Sahaja)
  2. Pramugara & Pramugari Tren

 Spesifikasi Tugas

  • Memastikan penumpang membuat perjalanan yang selesa dan tiba ke destinasi dengan selamat mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Menyantuni penumpang dengan penuh senyuman sepanjang masa.
  • Bersedia membantu penumpang pada bila-bila masa sepanjang perjalanan.
  • Memeriksa tiket dan memastikan tarikh dan masa perjalanan adalah betul.
  • Sentiasa mempunyai maklumat semasa, info tren terkini dan kesediaan menjawab sebarang pertanyaan berhubung dengan jadual tren, tiket serta menerima maklum balas dari penumpang tetamu bagi tujuan memperbaiki mutu perkhidmatan dan menyerahkan laporan kepada pegawai penyelia.
  • Sentiasa memastikan keselamatan penumpang sepanjang masa.
  • Membuat pengumuman dari semasa ke semasa jika berlaku kecemasan.

 Syarat Kelayakan

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Berumur dari 18 tahun hingga 28 tahun (mengikut tahun kelahiran).
  • Bagi calon dalaman, telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun serta umur tidak melebihi 32 tahun.
  • Bagi jawatan Pramugara & Pramugari Tren – Tinggi tidak kurang daripada 169cm (lelaki) dan 157cm (perempuan) tanpa memakai kasut. Mempunyai berat badan yang ideal dengan BMI perempuan di antara 18.5 – 23 dan BMI lelaki di antara 19 – 24.
  • Sihat tubuh badan – tidak cacat anggota, tidak buta warna dan tidak berkaca mata.
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai personaliti yang menarik.
  • Bersikap proaktif dan positif serta mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perkhidmatan pelanggan.
  • Tiada rekod jenayah dan bebas daripada pengaruh dadah.
  • Sedia berkhidmat di mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad.
  • Bekas cabin crew/flight attendant juga digalakkan untuk memohon.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri temuduga terbuka ini pada 25 Mei 2024. Pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan dan berpakaian secara profesional. Semoga berjaya!

Info dan Maklumat Lanjut

Layari https://www.ktmb.com.my/ 

Atau email [email protected] 

Iklan Temuduga Terbuka

Iklan Jawatan Kosong KTMB - Temuduga terbuka 25 Mei
Spesifikasi tugas Jawatan Kosong KTMB 25 Mei
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments