IKLAN JAWATAN KOSONG – SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL MySTEP) JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JAKOA)
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi keperluan jawatan Personel Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2024.
Tawaran jawatan kosong MySTEP di bawah JAKOA ini adalah bagi jawatan JURUFOTOGRAFI.
Berikut adalah maklumat mengenai jawatan kosong MySTEP di Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA).
Apa itu MySTEP?
MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
Sektor Awam | GLCs dan Rakan Strategiknya |
1 – 12 Bulan | 6 – 12 Bulan |
Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​
Manakala Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW).
Butiran Jawatan MySTEP di JAKOA
- Jawatan – JURUFOTOGRAFI
- Jumlah kekosongan – 1
- Lokasi – Putrajaya
- Kadar upah – RM1,900.00 / Bulan
Kelayakan;
- Memiliki Diploma dalam bidang Multimedia, Komunikasi Media dan berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya; dan
- Kepujian C/6 dalam Bahasa Malaysia dan Matematik; dan
- Boleh bekerja di luar pejabat dan hari minggu.
- Mempunyai bakat, kebolehan minat dan daya kreativiti dalam bidang fotografi atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Tarikh Tutup Tempoh Permohonan
Permohonan ditutup pada 29 Mei 2024 (Rabu).
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 15 Mei 2024;
- Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
- Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
- Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
- Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.
- Boleh bertutur dalam Bahasa Masyarakat Orang Asli adalah satu kelebihan.
Senarai Tugas
- Berkemahiran menggunakan peralatan kamera dan video.
- Berkemahiran menggunakan Canva, CapCut serta perisian-perisian berkaitan.
- Membantu untuk penyuntingan video dan penghasilan grafik video.
- Bertanggungjawab untuk membuat liputan foto, merekod dan menyelaras galeri foto (arkib) bagi semua program rasmi Jabatan, melaksanakan proses editing dan lain-lain yang berkaitan.
Kemudahan:
Cuti:
- Cuti Rehat: 12 Hari/Setahun*
- Cuti Sakit: 14 Hari/Setahun*
Perlindungan Sosial:
- KWSP
- PERKESO
Elaun:
- Elaun Makan
- Elaun Harian
- Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing
- Elaun Perjalanan Kenderaan
- Layak membuat tuntutan sekiranya dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat di dalam negeri.
*Dikira secara purata (pro rate) berdasarkan tempoh kontrak.
Cara Memohon
- Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my atau melalui pautan borang -> https://drive.google.com/…/1WxS3r7fqSvlB…
- Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
- Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
- Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
- Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, (Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah), Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH, Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA. Tel: 03-8090 3600 ext 3639/3648 Emel : [email protected] |