Majlis pelancaran tema dan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 dijadualkan berlangsung pada 27 Julai 2025 (Sabtu) di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa logo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi sambutan HKHM 2025, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.
Mengenai sambutan HKHM2025, Fahmi berkata, terdapat 14 program sisipan akan dilaksanakan antaranya Kira Detik Merdeka, Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 dan Wayang Pacak Merdeka.
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
“Malaysia Madani: Rakyat Disantuni” telah dipilih untuk tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
Berikut merupakan penjelasan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.

Penjelasan Tema
“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan & kesejahteraan sosial.
- Malaysia MADANI menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi & rohani, tadbir urus berintegriti dan perpaduan masyarakat.
- Tema “Rakyat Disantuni” pula menegaskan bahawa kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan.

Download Logo Malaysia Madani Rakyat Disantuni

Untuk mendapatkan resolusi gambar yang cantik dan bagus dalam format png, ai dan eps, anda boleh memuat turun (download) dari laman web Malaysia360 sebagaimana berikut;
Panduan asas penggunaan logo boleh dilihat pada pautan berikut;
Rasional Tema dan Logo HKHM 2025: “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”
RASIONAL TEMA
Tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” mencerminkan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara melalui pendekatan yang berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.
Konsep Malaysia MADANI menggariskan prinsip seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek:
- Kemajuan ekonomi,
- Integriti dalam pentadbiran, dan
- Perpaduan masyarakat.
Penekanan khusus kepada frasa “Rakyat Disantuni” menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat menjadi perhatian utama dalam segala dasar dan inisiatif.
RASIONAL LOGO
Logo rasmi Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.
Reka bentuknya berteraskan prinsip MADANI, yang membentuk simbol tangan sedang diangkat, melambangkan lafaz ikrar Rukun Negara dan komitmen rakyat terhadap negara.
Logo ini turut mencerminkan:
- Kepatuhan kepada nilai kenegaraan,
- Penghormatan kepada prinsip-prinsip Perlembagaan, dan
- Semangat perpaduan serta tanggungjawab sosial.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025
Lokasi Sambutan
- Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan (27 Julai): Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor
- Hari Kebangsaan (31 Ogos): Dataran Putrajaya
- Hari Malaysia (16 September): Pulau Pinang
Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah pembentukan negara dan menghargai pencapaian sejak kemerdekaan pada tahun 1957 serta penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
14 program sisipan akan dilaksanakan
Antaranya adalah;
- Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025
- Kira Detik Merdeka
- Wayang Pacak Merdeka
Inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang

Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang ialah kempen patriotik yang diperkenalkan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara melalui pengibaran Jalur Gemilang di setiap rumah, pejabat, bangunan kerajaan, premis perniagaan dan kenderaan.
Objektif utama inisiatif ini ialah:
- Menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
- Menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang secara meluas
- Menjadikan Jalur Gemilang sebagai simbol kebanggaan nasional
Melalui kempen ini, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengibarkan bendera kebangsaan di pelbagai lokasi termasuk di:
- Rumah
- Pejabat
- Bangunan kerajaan
- Kenderaan persendirian
- Premis perniagaan
Inisiatif ini telah diteruskan untuk tahun 2025 dengan pelaksanaan sebanyak 698 program merentasi pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan tanah air.
Program ini melibatkan 7 kluster utama:
- Pendidikan
- Pendidikan Tinggi
- Kesihatan
- Keselamatan
- Komuniti
- Industri (kluster baharu)
- Agensi Kerajaan (kluster baharu)
Inisiatif ini bukan sekadar simbolik, tetapi juga mencerminkan iltizam rakyat dalam menyokong gagasan Malaysia MADANI serta menghargai warisan kemerdekaan negara.
Untuk kemas kini bahan kempen dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi: www.merdeka360.my
Senarai Tema Hari Kebangsaan Yang Lepas


- 2024 – Malaysia Madani: Jiwa Merdeka
- 2023 – Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
- 2022 – Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
- 2020-2021 – Malaysia Prihatin
- 2019 – Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
- 2018 – Sayangi Malaysiaku
- 2017 – Negaraku Sehati Sejiwa
- 2015-2016 – Sehati Sejiwa
- 2014 – Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
- 2013 – Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
- 2012 – 1Malaysia. Janji Ditepati
- 2011 – 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
- 2010 – 1Malaysia Menjana Tranformasi
- 2009 – 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
- 2008 – Perpaduan Teras Kejayaan
- 2007 – Malaysiaku Gemilang
- 2000-2006 – Keranamu Malaysia
- 1999 – Bersatu Ke Alaf Baru
- 1998 – Negara Kita Tanggungjawab Kita
- 1997 – Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
- 1996 – Budaya Penentu Kecapaian
- 1995 – Jatidiri Penggerak Wawasan
- 1994 – Nilai Murni Jayakan Wawasan
- 1993 – Bersatu Menuju Wawasan
- 1992 – Wawasan Asas Kejayaan
- 1991 – Wawasan 2020
- 1990 – Berjaya
- 1988-1989 – Bersatu
- 1987 – Setia Bersatu Berusaha Maju
- 1986 – Bangsa Tegas Negara Teguh
- 1985 – Nasionalisme Teras Perpaduan
- 1984 – Amanah Asas Kejayaan
- 1983 – Bersama ke Arah Kemajuan
- 1982 – Berdisiplin Giat Maju
- 1981 – Berdisiplin Berharmoni
- 1980 – Berdisiplin Berbakti
- 1979 – Bersatu Berdisiplin
- 1978 – Kebudayaan Seni Perpaduan
- 1977 – 20 Tahun Bersatu Maju
- 1976 – Ketahanan Rakyat
- 1975 – Masyarakat Berdikari
- 1974 – Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
- 1973 – Masyarakat Kebudayaan Malaysia
- 1972 – Masyarakat Adil
- 1971 – Masyarakat Progresif
- 1970 – Muhibah dan Perpaduan
Lihat juga;