HomeInfoRoyal Floria Putrajaya 2024: Harga Tiket dan Aktiviti Menarik 

Royal Floria Putrajaya 2024: Harga Tiket dan Aktiviti Menarik 

Royal Floria Putrajaya 2024 kembali lagi dengan keajaiban bunga-bungaan yang menakjubkan! Pada kali ini ia menyasarkan lebih sejuta pengunjung pada penganjurannya kali ke-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, penganjurannya bertepatan dengan matlamat perancangan dan pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berkonsepkan ‘intelligent garden city’ dengan menggabungkan elemen moden, pintar dan alam semula jadi yang diwarnai dengan kepelbagaian flora yang terdapat di negara ini. 

Katanya, festival itu bukan sahaja menyajikan keindahan bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam dan luar negara kepada para pengunjungnya, malah ia turut menambah seri keindahan seni bina di Putrajaya. 

Tarikh, Tempat dan Waktu

Festival Royal Floria Putrajaya 2024 akan berlangsung selama 11 hari di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai tarikh, tempat dan waktu.

  • Tarikh: 22 Ogos – 1 September 2024
  • Tempat: Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
  • Waktu: 9.00 AM – 10.00 PM
Tarikh, Tempat dan Waktu Festival Royal Floria Putrajaya 2024

Bagi memudahkan anda mencari kawasan parking, berikut adalah maklumat yang dapat membantu anda.

​​Tema

Tahun ini ia bertemakan “Raikan Bersama” atau “Celebrate Together” di mana festival ini bertepatan dengan semangat merayakan Bulan Kebangsaan.

Aktiviti Menarik

Selain daripada menikmati keindahan dan kecantikan bunga yang ada, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Royal Floria Putrajaya 2024. 

Aktiviti-aktiviti ini menawarkan peluang untuk pengunjung belajar dan berinteraksi dengan alam semula jadi sambil menikmati suasana yang santai dan mendidik.

Antara aktiviti yang boleh disertai adalah:

  • Pick & Plant Floria Putrajaya 2024
  • Garden2Table Floria Putrajaya 2024
  • Bengkel Pengurusan & Penjagaan Bonsai
  • Bengkel Mencanting Batik
  • Demo Gubahan Bunga (Floral Bouquet)
  • Bicara Tumbuhan- Tropical Lowland & Highland
  • Bengkel Doodle Art
  • Bengkel Pengurusan & Penjagaan Orkid
  • Bengkel Pengurusan & Penjagaan Indoor Plants
  • Tarian Floria Kanak-Kanak

1. Pick & Plant

  • Aktiviti terbuka untuk pengunjung berusia 6 hingga 17 tahun.
  • Peluang untuk menanam tumbuhan sendiri di Taman Hobbit.
  • Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu) dari 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan 31 Ogos 2024 (Sabtu) dari 2.00 petang hingga 6.00 petang.

2. Garden2Table

  • Demonstrasi penuaian madu kelulut dan masakan bayam crispy.
  • Tarikh: 25 Ogos dan 1 September 2024 (Ahad)
  • Masa: 9.30 pagi hingga 1.00 petang
  • Lokasi: Taman Hobbit

3. Bengkel Pengurusan & Penjagaan Bonsai

  • Tarikh: 22 Ogos 2024 (Khamis)
  • Masa: 3.00pm – 5.00pm
  • Lokasi: Pentas Utama

4. Bengkel Mencanting Batik

  • Tarikh: 26 Ogos 2024 (Isnin)
  • Masa: 10.00am – 12.00pm
  • Lokasi: Pentas Utama
  • Yuran: RM5.00 (tidak termasuk tiket masuk Floria)

5. Demo Gubahan Bunga (Floral Bouquet)

  • Tarikh: 26 Ogos 2024 (Isnin)
  • Masa: 3.00pm – 5.00pm
  • Lokasi: Pentas Utama

6. Bicara Tumbuhan: Tropical Lowland & Highland

  • Tarikh: 27 Ogos 2024 (Selasa)
  • Masa: 3.00pm – 5.00pm
  • Lokasi: Pentas Utama

7. Bengkel Doodle Art

  • Tarikh: 28 Ogos 2024 (Rabu)
  • Masa: 10.00am – 12.00pm
  • Lokasi: Pentas Utama
  • Yuran: RM5.00 (tidak termasuk tiket masuk Floria)

8. Bengkel Pengurusan & Penjagaan Orkid

  • Tarikh: 28 Ogos 2024 (Rabu)
  • Masa: 3.00pm – 5.00pm
  • Lokasi: Pentas Utama

9. Bengkel Pengurusan & Penjagaan Indoor Plants

  • Tarikh: 29 Ogos 2024 (Khamis)
  • Masa: 3.00pm – 5.00pm
  • Lokasi: Pentas Utama

10. Tarian Floria Kanak-Kanak

  • Tarikh: 23 Ogos 2024 (Jumaat)
  • Masa: 10.00am – 11.00am
  • Lokasi: Pentas Utama

Selain itu terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh disertai seperti;

  • Pelbagai persembahan nyanyian, 
  • Orkestra, 
  • Tarian, Fashion Show, 
  • Fun Run, 
  • Fun Ride, Pertandingan Latte Art, dan 
  • Pelbagai aktiviti lagi yang akan diadakan sepanjang Royal Floria Putrajaya 2024

Harga Tiket Dan Cara Pembelian

Berikut adalah harga tiket bagi Royal Putrajaya 2024;

  • Dewasa (MyKad): RM10.00
  • Kanak-Kanak 7 Tahun ke Atas (MyKad): RM5.00
  • Dewasa (Non-MyKad): RM30.00
  • Kanak-Kanak 7 Tahun Ke Atas (Non-MyKad): RM25.00
  • Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun & OKU (MyKad & Non-MyKad): Percuma

Dapatkan tiket di sini 👉🏼 https://floria.putrajaya.my

Harga Tiket Festival Bunga dan Taman Di Raja 2024

Bas Perantara Percuma Ke Royal Floral Putrajaya

Jom ke Royal Floria Putrajaya 2024 dengan menaiki Shuttle Bus secara PERCUMA! 

Tak perlu fikir susah-susah nak fikir pasal parking atau traffic jammed, naik je Shuttle Bus yang disediakan.

Tarikh dan Masa Operasi

  • Tarikh: 22 Ogos – 1 September 2024
  • Masa Operasi:
    • Isnin – Khamis: 08:00 AM – 10:30 PM
    • Jumaat – Ahad: 08:00 AM – 12:30 AM

Kekerapan Bas Perkhidmatan

  • Bas perantara akan beroperasi setiap 30 minit.

Laluan Perkhidmatan

  1. Dari Terminal Putrajaya Sentral (TPS) / MRT Putrajaya ke tapak Floria di Persisiran Tasik, Presint 2, dan sebaliknya.
  2. Laluan ini akan membawa pengunjung dari Terminal Putrajaya Sentral atau Stesen MRT Putrajaya ke tapak Floria, dan bas akan mengambil serta menghantar penumpang di tapak Floria dan kembali ke Terminal Putrajaya Sentral atau Stesen MRT Putrajaya.

Nota Tambahan

  • Masa pelepasan dan ketibaan bas perantara adalah tertakluk kepada aliran trafik semasa.
  • Tren MRT terakhir berlepas dari Putrajaya Sentral pada jam 11:30 malam.

Info dan Maklumat Lanjut

Maklumat dan info lanjut, sila layari

Sumber: Perbadanan Putrajaya dan Floria Putrajaya


Lihat Juga:
Transit Aliran Automatik (ART) Putrajaya – Jadual Laluan Percuma 

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments