HomeInfoBaucar Buku RM100: Cara Penebusan Melalui Portal DELIMa

Baucar Buku RM100: Cara Penebusan Melalui Portal DELIMa

Pada 30 Mei 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketika berucap semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di WTCKL, beliau meminta Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mengemukakan kaedah dan merangka senarai buku yang boleh dibeli menggunakan baucar tersebut.

Mengenai Baucar Buku RM100

Pengumuman pemberian baucar buku bernilai RM100 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan langkah penting dalam mempromosikan pembacaan dan pendidikan di kalangan pelajar Malaysia.

Ia juga langkah yang holistik dan strategik dalam menggalakkan pembacaan, meringankan beban kewangan keluarga, menyokong industri buku tempatan, meningkatkan kualiti pendidikan, membudayakan ilmu dan kebijaksanaan, meningkatkan minat membaca dalam kalangan generasi muda, dan memupuk generasi berilmu dan berwawasan.

Tarikh Penebusan

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang.

Syarat Kelayakan

Pemberian baucar buku bernilai RM100 melibatkan  pelajar Tahap Dua sekolah rendah (dari tahun 4 hingga tahun 6), sekolah menengah hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). 

Cara Penebusan 

1. Pelajar Sekolah KPM

Bagi pelajar-pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penebusan baucar buku bernilai RM100 boleh dibuat menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1) Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa (https://d2.delima.edu.my/login) menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.

DELIMa Perbadanan Kota Buku

2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

Daftar Akaun Kota Buku

3) Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.

4) Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pillhan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).

5) Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. 

6) Proses selesai.

Kenyataan Media KPM Baucar Buku RM100
Siaran Media KPM pada 31 Mei 2024

2) Pelajar IPT

Pemberian baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilaksanakan secara berfasa dengan tumpuan dikhususkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata baucar terbabit akan memanfaatkan seramai 1.2 juta penuntut semua institusi pengajian tinggi tempatan termasuk politeknik.

“(Agihan baucar) akan di buat secara berperingkat tetapi khusus dalam tempoh dua ke tiga hari ini sempena pesta buku antarabangsa yang diadakan.

“Yang lain itu boleh dilaksanakan (secara dalaman) di peringkat universiti, politeknik dan sebagainya,” katanya.

Baucar BUKU IPT
Kredit: Jabatan Komunikasi Komuniti

Apakah Itu DELIMa?

DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru.

DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet.

Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah.

Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.

Bagaimana Cara Mengakses DELIMa?

Akses pelantara DELIMa dengan beberapa langkah mudah berikut:

  • 1. Pastikan peranti mempunyai capaian internet
  • 2. Layari http://d2.delima.edu.my
  • 3. Log masuk dengan menggunakan ID yang dibekalkan oleh pihak sekolah

Kelebihan Menggunakan DELIMa

  • Memberi akses kepada pelbagai sumber bahan, contohnya Buku Teks Digital dan aplikasi pembelajaran.
  • ID boleh digunakan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.
  • Dapat berkongsi dan memuat turun pelbagai jenis bahan PdP.
  • Akses yang sangat mudah: di mana-mana, bila-bila masa!

Kandungan dalam DELIMa

Antara aplikasi/sumber yang ada dalam DELIMa termasuklah:

1. Aplikasi AI (Kecerdasan Buatan)

  • ChatGPT
  • Gemini by Google
  • MS Copilot

2. Program bersama Rakan DELIMa

  • UNICEF
  • Google
  • Microsoft
  • Apple
  • Maxis
  • Shell
  • Intel
Poster DELIMa KPM

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah Baucar Buku RM100?

Baucar Buku RM100 ialah inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2024, bertujuan mempromosikan pembacaan dan pendidikan di kalangan pelajar Malaysia.

2. Bila pemberian baucar buku akan dimulakan?

a) Pelajar KPM – bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang.
b) Pelajar KPT – dilaksanakan secara berfasa

3. Siapa yang layak menerima baucar ini?

Pelajar Tahap Dua sekolah rendah (tahun 4 hingga tahun 6), sekolah menengah, dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) layak menerima baucar buku ini.

4. Bagaimana cara pelajar sekolah KPM menebus baucar buku?

Pelajar sekolah KPM boleh menebus baucar buku menerusi aplikasi DELIMa dengan langkah berikut:
a) Log masuk ke aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login.
b) Daftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipaparkan di akaun masing-masing.
c) Pilih judul buku yang disukai, terutamanya dari JUDUL CADANGAN MADANI.
d) Daftar keluar (check-out) dan pilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
e) Buku yang dibeli akan dihantar ke alamat yang didaftarkan.

5. Apa itu DELIMa?

DELIMa adalah pelantar pembelajaran dalam talian yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru. Ia boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan peranti yang mempunyai capaian Internet.

6. Bagaimana cara mengakses DELIMa?

Ikuti langkah berikut untuk mengakses DELIMa:
a) Pastikan peranti mempunyai capaian internet.
b) Layari http://d2.delima.edu.my.
c) Log masuk menggunakan ID yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments