PROGRAM GRADUAN CEMERLANG GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) MARA
Tahukah anda bahawa MARA menawarkan satu program khas untuk graduan cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, iaitu Graduate Excellence Programme (GrEP).
Program GrEP MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian peringkat peringkat pascasiswazah Ijazah Sarjana (Dalam Negara), Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Ijazah Sarjana (Luar Negara) di universiti terpilih luar negara.
Ia bertujuan menyokong pembangunan modal insan Bumiputera dalam bidang kritikal dan strategik yang memberi impak besar kepada keperluan tenaga kerja negara.
Berikut merupakan maklumat lanjut tentang program ini.
Pengenalan Program Graduan Cemerlang (Graduate Excellence Programme – GrEP)
Program Graduan Cemerlang (Graduate Excellence Programme – GrEP) MARA adalah program pembiayaan pendidikan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada graduan cemerlang lepasan Ijazah Pertama atau Sarjana.
Program ini membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Dalam & Luar Negara) dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara) di institusi pendidikan tinggi (IPT) terpilih.
GrEP memberi keutamaan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta bidang kritikal yang menyokong pembangunan tenaga kerja negara. Pinjaman ini boleh dikurangkan bayaran baliknya berdasarkan prestasi akademik pelajar selepas tamat pengajian, menjadikannya peluang berharga bagi pelajar Bumiputera yang ingin mencapai kecemerlangan akademik.
Tarikh Permohonan 2025
Memandangkan permohonan bagi Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2025 masih belum dibuka, anda boleh merujuk pelaksanaan program ini pada tahun sebelumnya sebagai panduan.

Oleh yang demikian, sekiranya program ini ditawarkan lagi pada tahun 2025, kita boleh menjangkakan bahawa tempoh permohonan mungkin akan dibuka dalam jangka masa yang hampir sama seperti tahun sebelumnya.
Walau bagaimanapun, pemohon disarankan untuk sentiasa menyemak pengumuman rasmi daripada MARA melalui laman web dan saluran komunikasi rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh dan syarat permohonan.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat umum dan syarat khusus Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA sebagaimana rujukan pada tahun-tahun lalu.
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan lengkap sahaja akan dipertimbangkan untuk tawaran.
Syarat Umum
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera DAN warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember tahun semasa:

- Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.
- Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.
- Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis (rujuk kelayakan menjadi penjamin di Panduan Permohonan).
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Pemohon perlu mempunyai kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian (senarai penyakit kronik rujuk di Lampiran GP1). Pengesahan tahap kesihatan (medical examination report) perlu dilakukan sekiranya pemohon menerima tawaran GrEP.
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik/disiplin. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran/PhD TIDAK akan dipertimbangkan.
Tempoh Pengajian
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA, https://educationloan.mara.gov.my
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
Pemohon perlu MEMBACA DAN MEMAHAMI GARIS PANDUAN PERMOHONAN GrEP yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh rujuk maklumat seperti berikut:
- Mengenai program, sila e-mel ke :
- [email protected] (bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Dalam Negara)).
- [email protected] (bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran/PhD (Luar Negara)).
- Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke: [email protected]
Maklumat lanjut berkaitan Graduate Excellence Programme (GrEP);
- Pautan Permohonan: https://educationloan.mara.gov.my
- Pautan Panduan Pengguna: https://online.anyflip.com/shdgj/bjet/mobile/index.html
- Garis Panduan Permohonan: https://mara.b-cdn.net/…/05/GARIS-PANDUAN-PERMOHONAN.pdf
- Soalan Lazim: https://mara.b-cdn.net/…/uploads/2024/05/SOALAN-LAZIM.pdf
Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai Program Graduan Cemerlang (Graduate Excellence Programme – GrEP) yang ditawarkan;
Graduate Excellence Programme (GrEP) ialah program Pinjaman Boleh Ubah oleh MARA untuk pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama atau Sarjana bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD di IPT dan universiti terpilih, dalam atau luar negara, dalam bidang yang menyokong keperluan tenaga kerja negara.
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang
diterima boleh dipertimbangkan pengurangan (conversion) bayaran balik
berdasarkan prestasi akademik pemohon setelah tamat pengajian tertakluk
kepada dasar yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA,
https://educationloan.mara.gov.my.
Permohonan bagi tahun 2025 masih belum dibuka. Jangkaan bulan Mei.
GrEP?
Kursus dan syarat kelayakan bagi permohonan GrEP boleh dirujuk dalam GARIS
PANDUAN PERMOHONAN GrEP semasa permohonan dibuka.
Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan sahaja akan disenarai
pendek untuk menghadiri temuduga/ujian kelayakan.
Bolehkah saya memohon GrEP sekiranya Ibu / Bapa / Penjaga / Penjamin / Pasangan dan saya dalam senarai hitam MARA?
Tidak boleh. Ibu, bapa, penjaga, penjamin, pasangan dan pemohon perlu bebas
dari senarai hitam MARA.
TIDAK DIBENARKAN. Tiada permohonan melalui surat atau borang.