HomeKerjayaPISMP 2025: Permohonan IPG https://pismp.moe.gov.my/

PISMP 2025: Permohonan IPG https://pismp.moe.gov.my/

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI LATIHAN PRA PERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) KE LUAR NEGARA TAHUN 2025.

Sukacitanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan  bagi pengambilan calon guru tajaan bagi latihan Pra Perkhidmatan PISMP dan PPC bai tahun 2025.

Calon-calon PISMP yang lulus dalam program ini berpeluang luas untuk ditempatkan sebagai guru di sekolah rendah bagi memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk guru berijazah.

Program ini menawarkan pelbagai bidang pengkhususan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik,  Sejarah dan lain-lain bagi melatih bakal guru sekolah rendah. Setiap bidang pengkhususan ini direka untuk memenuhi keperluan pendidikan di sekolah rendah dan melahirkan guru yang kompeten dalam bidang masing-masing.

Lihat Juga:
Halatuju Lepas SPM: Apa Pilihan Yang Terbaik?
Permohonan UPUOnline: Kemasukan ke IPTA Sesi 2025/2026

Pengenalan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melatih bakal guru sekolah rendah. 

Program ini bermula dengan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan. Setelah lulus PPISMP, pelajar akan meneruskan pengajian PISMP selama 4 tahun (12 semester) di IPG yang ditentukan. 

Ia ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Penganugerahan Ijazah

Seseorang pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan jumlah kredit 133 kredit dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan oleh Senat IPG.

Kelebihan Program

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) menawarkan pelbagai kelebihan kepada individu yang ingin menceburi bidang pendidikan:

  • Latihan Komprehensif – Gabungan teori dan latihan praktikal untuk melahirkan guru yang berkemahiran tinggi.
  • Peluang Kerjaya Terjamin – Graduan berpeluang luas untuk ditempatkan sebagai guru sekolah rendah di bawah KPM.
  • Pelbagai Bidang Pengkhususan – Menawarkan pilihan bidang seperti Bahasa Melayu, TESL, Matematik, Sains, dan Pendidikan Seni Visual mengikut minat calon.
  • Tempoh Pengajian Berstruktur – Merangkumi 1 tahun Program Persediaan PISMP (PPISMP) + 4 tahun PISMP, memastikan persediaan rapi sebelum ke alam perguruan.

Lihat Juga: Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2025: Syarat Permohonan

Tempoh Permohonan 

Permohonan PISMP bagi tahun 2025 dibuka mulai 24 Februari hingga 16 Mac 2025.

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PORGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) KE LUAR NEGARA TAHUN 2025

Kategori Kelayakan AkademiK Pemohon

Dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan berdaya saing, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan kategori kelayakan akademik bagi pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). 

Langkah ini bertujuan memastikan pemilihan calon guru yang sesuai dengan keperluan sistem pendidikan negara.

Tujuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan kategori kelayakan akademik bagi pemohon PISMP 2025 untuk memastikan hanya calon yang berkelayakan dan sesuai dipilih menjadi guru sekolah rendah.

Terdapat 4 kategori utama, berdasarkan latar belakang pendidikan pemohon:

A. LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

  • Untuk pelajar yang tamat SPM tahun 2022, 2023, atau 2024.
  • Syarat utama:
    • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya gred Cemerlang dalam 5 mata pelajaran.
    • Gred Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Sejarah.
    • Aktif dalam kokurikulum.
  • Tempoh Pengajian:
    • 5 tahun → 1 tahun (Program Persediaan PISMP) + 4 tahun (PISMP).

B. LEPASAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

  • Untuk calon yang memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023 atau 2024.
  • Syarat utama:
    • Lulus STAM dengan gred sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan.
    • Gred Kepujian dalam Bahasa Melayu di SPM.
    • Aktif dalam kokurikulum.
  • Tempoh Pengajian:
    • 4 tahun (Terus ke PISMP, tanpa Program Persediaan).

C. LEPASAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

  • Untuk calon yang memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 atau 2024.
  • Syarat utama:
    • PNGK sekurang-kurangnya 3.5.
    • Gred Kepujian dalam Bahasa Melayu di SPM.
    • Aktif dalam kokurikulum.
  • Tempoh Pengajian:
    • 4 tahun (Terus ke PISMP, tanpa Program Persediaan).

D. LEPASAN PROGRAM MATRIKULASI

  • Untuk calon yang tamat Program Matrikulasi sesi 2023/2024 atau 2024/2025.
  • Syarat utama:
    • PNGK sekurang-kurangnya 3.5.
    • Gred Kepujian dalam Bahasa Melayu di SPM.
    • Aktif dalam kokurikulum.
  • Tempoh Pengajian:
    • 4 tahun (Terus ke PISMP, tanpa Program Persediaan)

Kesimpulannya;

  • Lepasan SPM → Perlu Program Persediaan PISMP (1 tahun) sebelum ke PISMP (4 tahun).
  • Lepasan STAM, STPM & Matrikulasi → Terus masuk PISMP (4 tahun) jika memenuhi syarat PNGK & gred tertentu.

Laluan Kemasukan

Kategori laluan kemasukan ke dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025 berdasarkan latar belakang akademik calon:

1. LALUAN PERDANA (Lepasan SPM)

  • Laluan utama untuk calon lepasan SPM tahun 2022, 2023, dan 2024 yang memenuhi syarat kelayakan.
  • Calon yang berjaya perlu mengikuti Program Persediaan PISMP (PPISMP) selama 1 tahun sebelum menyambung PISMP selama 4 tahun.
  • Bidang pengkhususan ditawarkan mengikut jenis sekolah (SK, SJKC, SJKT, SKPK).

2. LALUAN KHAS

  • Laluan ini ditawarkan kepada kumpulan tertentu dengan syarat khas, termasuk:
    • Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) – OKU yang berdaftar dengan JKM.
    • Murid Orang Asli & Peribumi Penan – Fokus kepada bidang pendidikan khas etnik.
    • Atlet Sekolah Sukan & Murid Sekolah Seni – Bidang Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik & Seni Visual.
    • Murid Cemerlang dalam Bahasa Kadazandusun – Khas untuk pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran ini di SPM.
    • Lulusan SPM dengan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) – Mempunyai hafazan minimum 15 juzuk.

3. LALUAN TAMBAHAN (Lepasan STAM, STPM & Matrikulasi)

  • Laluan bagi calon dengan kelayakan lebih tinggi selain SPM:
    • Lepasan STAM – Perlu memperoleh sekurang-kurangnya gred Jayyid Jiddan.
    • Lepasan STPM – PNGK minimum 3.5 diperlukan.
    • Lepasan Matrikulasi – PNGK minimum 3.5 diperlukan.
  • Bidang pengkhususan bergantung pada laluan akademik masing-masing.

Calon Tidak Layak Memohon

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi pendidikan dalam dan luar negara.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Permohonan PISMP 2025

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 24 Februari 2025.
  2. Lepasan SPM Tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan SPM diumumkan. Sila rujuk tarikh-tarikh penting yang disediakan.
  3. Lepasan STPM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Semester 3 diumumkan.
  4. Lepasan STAM tahun 2024 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan akhir pengajian diumumkan.
  5. Lepasan Program Matrikulasi sesi 2024/2025 layak memohon dan boleh mengemaskini bidang permohonan selepas keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) diumumkan.
  6. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.
  7. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.
  8. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan permohonan.
  9. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Semakan Kelayakan e-UKCG PISMP & PPC 2025

Calon yang telah memohon kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) bagi tahun 2025 boleh menyemak kelayakan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) bermula 19 Mac 2025 (Rabu) selepas jam 2 petang.

Semakan ini penting bagi mengetahui status kelayakan calon untuk ke peringkat seterusnya dalam proses pemilihan program tersebut.

Semakan boleh dilakukan melalui pautan rasmi: https://pismp.moe.gov.my/.

Calon disarankan untuk membuat semakan segera dan mengambil maklum sebarang arahan selanjutnya agar dapat membuat persediaan yang diperlukan.

Tarikh-tarikh Penting PISMP 2025

  1. Iklan Dikeluarkan – 24 Februari – 16 Mac 2025
  2. Permohonan Dalam Talian Dibuka – 24 Februari – 16 Mac 2025
  3. Semakan Calon Layak Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) – 18 – 21 Mac 2025
  4. Pelaksanaan Ujian e-UKCG Secara Dalam Talian – 24 – 28 Mac 2025 & 7 – 11 April 2025
  5. Kemaskini Bidang Permohonan PISMP – 5 – 7 Mei 2025
  6. Semakan Keputusan e-UKCG dan Calon Layak Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) serta Temu Duga – 14 Mei 2025
  7. Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temu Duga – 19 – 23 Mei 2025, 26 – 30 Mei 2025, 3 – 4 Jun 2025
  8. Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan SPM) – 19 Jun 2025
  9. Semakan Keputusan Calon Berjaya (Lepasan STPM, STAM & Matrikulasi) – 28 Julai 2025
  10. Pendaftaran Pelajar Baharu di IPG – 11 Ogos 2025

* Nota: Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Tarikh-tarikh Penting PISMP 2025

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025, pemohon boleh menghubungi pihak berkenaan melalui maklumat berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon:

  • 03-8312 6733
  • 03-8312 6760
  • 03-8312 6723
  • 03-8312 6720
  • 03-8312 6768
  • 03-8312 6693

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (8:00 pagi – 5:00 petang)

Laman Web Rasmi PISMP: https://pismp.moe.gov.my

>> SOALAN LAZIM (FAQ)

Buku Panduan Permohonan


Lihat Juga:
Kelebihan Tingkatan 6 Untuk Sambung Belajar Selepas SPM
Permohonan UPUOnline: Kemasukan ke IPTA Sesi 2025/2026

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments