HomePendidikanSemakan IPG 2025: Keputusan Kemasukan (PISMP) dan (PPC) 

Semakan IPG 2025: Keputusan Kemasukan (PISMP) dan (PPC) 

Semakan IPG 2025: Keputusan Fasa 1 Tawaran Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2025.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa semakan keputusan Fasa 1 tawaran kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2025 untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh dibuat mulai 19 Jun 2025 (Rabu), jam 2:00 petang.

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmi PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut merupakan maklumat semakan yang perlu diambil perhatian oleh calon.

Tarikh dan Tempoh Semakan

Calon boleh membuat semakan bermula jam 2.00 petang, 19 Jun 2025.

Calon lepasan SPM yang berjaya menerima tawaran diminta untuk membuat pengesahan penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan selepas keputusan diumumkan. 

Sila rujuk arahan lanjut dalam laman semakan tawaran.

Cara Semakan IPG 2025

Calon boleh membuat semakan melalui laman web rasmi https://pismp.moe.gov.my

Semakan tawaran IPG 2025

Tarikh-tarikh Penting PISMP & PPC 2025

  1. ✓ 23 Februari – Iklan Permohonan Dibuka
  2. ✓ 24 Februari – 16 Mac – Permohonan Dalam Talian
  3. ✓ 19 Mac – Semakan Kelayakan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
  4. ✓ 24 – 28 Mac & 7 – 11 April – Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
  5. ✓ 24 – 30 April – Kemaskini Permohonan (Untuk calon lepasan SPM)
  6. ✓ 14 Mei – Semakan Layak Temu Duga & UKF (Untuk calon lepasan SPM)
  7. ✓ 19 – 23 Mei, 26 – 30 Mei & 3 – 4 Jun – Pelaksanaan Temu Duga & UKF (Untuk calon lepasan SPM)
  8.  19 Jun – Semakan Keputusan Tawaran (Untuk calon lepasan SPM sahaja)
  9.  28 Julai – Semakan Keputusan Tawaran (Untuk calon lepasan STPM, STAM & MATRIK)
  10.  11 Ogos – Pendaftaran Calon ke IPG

Nota: Tarikh tertakluk kepada pindaan oleh pihak KPM. Sila rujuk laman rasmi: https://pismp.moe.gov.my

Tarikh-tarikh Penting PISMP 2025

Rayuan PISMP 2025

Calon yang tidak berjaya dalam semakan keputusan tawaran PISMP atau PPC Tahun 2025 masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara dalam talian sahaja.

Cara Membuat Rayuan PISMP 2025:

  1. Layari laman sesawang rasmi: https://pismp.moe.gov.my
  2. Klik butang “e-Rayuan” yang disediakan dalam sistem
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat
  4. Hantar rayuan secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan

Perlukah Hadir ke IPGM untuk Membuat Rayuan?

Tidak perlu hadir secara fizikal. Semua proses rayuan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui sistem rasmi PISMP.

Calon disaran untuk membuat rayuan secepat mungkin selepas keputusan diumumkan. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah sah dan tepat bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Tempoh Rayuan

Calon dinasihatkan untuk membuat rayuan secepat mungkin selepas keputusan tawaran diumumkan. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap bagi memudahkan proses semakan oleh pihak IPGM.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PORGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) KE LUAR NEGARA TAHUN 2025

Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2025 terbuka kepada calon-calon yang menepati kriteria berikut:

Kelayakan Akademik Pemohon:

  • Lepasan SPM: Tahun 2022, 2023, dan 2024
  • Lepasan STPM: Tahun 2023 dan 2024
  • Lepasan STAM: Tahun 2023 dan 2024
  • Lepasan Matrikulasi: Sesi 2023/2024 dan 2024/2025

Nota: PPC hanya dibuka kepada lepasan SPM 2024 sahaja.

Syarat Umur

  • Pemohon mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025
  • Bagi calon Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), had umur ialah tidak melebihi 22 tahun pada tarikh yang sama

Kaedah Permohonan:

  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian sahaja
  • Portal rasmi permohonan: https://pismp.moe.gov.my
  • Calon perlu mengisi maklumat peribadi, memilih bidang pengajian dan menghantar permohonan sebelum tarikh tutup

Pilihan Bidang dan Panduan Permohonan

Calon hanya dibenarkan untuk memilih dua bidang pengajian sahaja semasa membuat permohonan PISMP atau PPC. 

Pemilihan bidang ini mestilah dibuat dengan teliti berdasarkan minat, kelayakan akademik dan kesesuaian diri calon dengan keperluan profesion keguruan.

Maklumat lengkap mengenai senarai bidang yang ditawarkan serta syarat kelayakan khusus bagi setiap bidang boleh dirujuk dalam dokumen Panduan Permohonan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi membantu calon membuat permohonan dengan lebih tepat dan mengelakkan kesilapan, pihak KPM menyediakan Buku Panduan Permohonan PISMP 2025 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi PISMP di alamat berikut:

Laman sesawang: https://pismp.moe.gov.my

Calon disarankan membaca dengan teliti panduan yang disediakan sebelum mengisi dan menghantar permohonan bagi memastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah semakan keputusan tawaran PISMP dan PPC Tahun 2025 boleh dibuat?

Semakan boleh dibuat mulai 19 Jun 2025 (Rabu), bermula jam 2:00 petang melalui laman rasmi PISMP.

Bagaimanakah cara membuat semakan keputusan IPG 2025?

Calon perlu melayari laman web rasmi di https://pismp.moe.gov.my dan klik pada menu “Semakan Tawaran”. Masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak keputusan.

Sekiranya saya gagal ditawarkan, adakah saya boleh membuat rayuan?

Boleh. Rayuan hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi butang e-Rayuan di laman sesawang rasmi PISMP.

Perlukah saya hadir ke IPGM atau mana-mana kampus IPG untuk membuat rayuan?

Tidak perlu. Semua proses rayuan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan.

Lihat Juga:
Isu Semasa Pendidikan 2025:  Contoh Isu Terkini Di Malaysia

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments