HomeBiasiswaPIDN JPA 2025: Program Ijazah Dalam Negara -  Syarat & Biasiswa

PIDN JPA 2025: Program Ijazah Dalam Negara –  Syarat & Biasiswa

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, dan Government-Linked Universities (GLU) untuk memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2025.

Penajaan PIDN ini ditawarkan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana jumlah bayaran balik bergantung kepada status pekerjaan pemohon selepas tamat pengajian.

Pengenalan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

​Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah inisiatif penajaan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang ditujukan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi dalam negara. 

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan akses pendidikan tinggi kepada pelajar serta menyokong agenda pembangunan modal insan negara. ​

4 Bentuk Penajaan PIDN JPA 2025

Penajaan diberikan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana jumlah bayaran balik pinjaman bergantung kepada status pekerjaan graduan selepas tamat pengajian. 

Perjanjian pinjaman di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2025 dikuatkuasakan mengikut empat kategori Pinjaman Boleh Ubah (PBU) seperti berikut:

  1. Biasiswa Penuh – Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  2. Bayaran Balik 25% – Pelajar hanya perlu membayar semula 25% daripada jumlah pinjaman sekiranya berkhidmat dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  3. Bayaran Balik 50% – Pelajar perlu membayar semula 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  4. Bayaran Penuh – Pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman sekiranya tidak memenuhi mana-mana syarat di atas.

Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2025 mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:

Syarat Umum PIDN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bebas daripada penyakit kronik atau berjangkit serta berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat.
  3. Ibu, bapa, dan pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau dalam tindakan undang-undang JPA.
  4. Tidak pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan akibat pelanggaran syarat perjanjian JPA sebelum ini.
  5. Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan daripada mana-mana agensi lain untuk peringkat pengajian yang sama.
  6. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus

Selain memenuhi syarat umum, calon juga perlu memenuhi syarat khusus berikut:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
  2. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya pelajar selain pegawai kadet yang layak memohon.
  3. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.
  4. Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon.

Syarat Akademik

Calon perlu memenuhi kriteria akademik berikut:

> A. Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian Ijazah Pertama:

  • PNGK sekurang-kurangnya 3.30 (bidang selain Kejuruteraan);
  • PNGK sekurang-kurangnya 3.00 (bidang Kejuruteraan); dan
  • Mempunyai baki sekurang-kurangnya 12 bulan pengajian, tidak termasuk semester semasa.

> B. Bagi pelajar lepasan Diploma yang belum mempunyai keputusan semester pertama di peringkat Ijazah Pertama, pelajar boleh memohon menggunakan keputusan akhir Diploma dengan pencapaian sekurang-kurangnya PNGK 3.30.

Peringkat Pengajian dan Institusi Pengajian PIDN 2025

Pengajian yang ditaja adalah pengajian di peringkat Ijazah Pertama di dalam negara iaitu Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang tersenarai seperti berikut

1. Universiti Awam (UA)

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  2. Universiti Malaya (UM)
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  9. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  11. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  14. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  15. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  16. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  17. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  18. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  19. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

2. Politeknik Premier

  1. Politeknik Ungku Omar
  2. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  3. Politeknik Ibrahim Sultan

3. Government-Linked Universities (GLU)

  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  2. Universiti Multimedia (MMU)
  3. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
  4. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  5. Malaysia-Japan International Institute of Technology (UTM-MJIIT)

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan dan Yang Tidak Ditaja

Program Pengajian yang Ditawarkan

  • Program pengajian yang dibuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian yang terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Selain itu, program pengajian yang ditaja hendaklah telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau diiktiraf oleh badan profesional yang berkaitan.

Bidang Pengajian yang Tidak Ditaja

Bidang pengajian berikut tidak termasuk dalam penajaan PIDN JPA 2025:

  1. Bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi – Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang ini boleh memohon melalui Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (Ijazah Pertama).
  2. Bidang Pendidikan
  3. Bidang yang memerlukan lesen khas, seperti Lesen penerbangan atau Lesen profesional tertentu
  4. Program berbentuk francais antara Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  5. Program berkembar / ijazah dual / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan oleh JPA
  6. Program Kejururawatan, Separa Perubatan dan Program Pra Perkhidmatan 
  7. Program berkaitan sijil atau kursus profesional
  8. Program pengajian separuh masa, jarak jauh, atas talian, atau pengajian tanpa subsidi yuran.

Calon yang ingin memohon PIDN 2025 perlu memilih bidang pengajian yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JPA.

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/ bermula 28 Februari 2025 (10.00 pagi) hingga 9 April 2025 (jam 5.00 petang). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini, atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan terkini sahaja yang akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Tempoh Permohonan

Permohonan bagi tajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2025 dibuka mulai 28 Februari 2025 hingga 9 April 2025.

Tarikh-Tarikh Penting PIDN JPA 2025

AktivitiTarikh / Hari / Masa
Permohonan Dibuka28 Februari 2025 (Jumaat)
Permohonan Ditutup9 April 2025 (Rabu)
Jangkaan KeputusanMinggu kedua September 2025
Sesi Mula TajaanSeptember 2025

Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada perubahan berdasarkan keputusan JPA.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2025, termasuk isu teknikal atau maklumat lanjut mengenai permohonan, boleh dikemukakan melalui:

Laman Web Rasmi:

Talian Hotline (Waktu Pejabat):

  •  03-8885 3297 Hari bekerja sahaja (Isnin – Jumaat)  9.00 pagi – 4.30 petang

E-mel Rasmi:  [email protected]  (Aktif sepanjang tempoh permohonan dibuka sahaja)

Calon digalakkan untuk merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) yang tersedia di laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat tambahan sebelum menghubungi pihak JPA.

Iklan Rasmi 

Iklan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA 2025

Lihat JugaDermasiswa B40 (DB40) JPA 2025: Syarat dan Cara Permohonan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments