Malam Nisfu Syaaban atau malam pertengahan bulan Syaaban merupakan malam ke-15 dalam bulan Syaaban yang penuh dengan keberkatan dan rahmat.
Pada tahun ini ia akan disambut pada malam Khamis, 13 Februari 2025, selepas masuk waktu Maghrib.
Terdapat beberapa kelebihan, amalan dan doa yang boleh diamalkan bersempena kemuliaan malam tersebut.
Lihat Juga: Salam Nisfu Syaaban 2025 / 1446 Hijrah: Ucapan, Pantun & Poster
Apa itu Malam Nisfu Syaban?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan bulan Syaaban (hari ke-15 dalam bulan Syaaban), iaitu antara hari yang dimuliakan oleh Allah dan digalakkan melakukan pelbagai ibadah.
Oleh yang demikian, Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 dalam bulan Syaaban, yang merupakan malam penuh rahmat dan keberkatan.
Malam ini adalah salah satu malam yang dimuliakan oleh Allah, di mana umat Islam digalakkan untuk melakukan pelbagai ibadah seperti:
- Membaca al-Quran
- Berzikir
- Berselawat
- Beristighfar
- Berpuasa pada siangnya
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban, yang jatuh pada malam ke-15 bulan Syaaban, adalah malam yang penuh keberkatan dan rahmat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Allah SWT melihat hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, kemudian mengampunkan semua hamba-Nya KECUALI orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.” (Sahih Ibnu Hibban, 5665)
Hadis ini menunjukkan keistimewaan malam Nisfu Syaaban sebagai peluang untuk mendapatkan keampunan. Oleh itu, malam ini menjadi waktu terbaik untuk bermuhasabah, memperbanyakkan istighfar, dan memperbaiki hubungan dengan Allah SWT serta sesama manusia.
Kemuliaan Malam
Berikut adalah kemuliaan malam nisfu Syaaban;
- Allah memberikan ampunan sebanyak bulu domba yang dimiliki Suku Kalb. (HR. Tirmidzi & Ibnu Majah)
- Perbanyak ibadat pada malam harinya dan berpuasa di pagi harinya. (HR. Ibnu Majah)
- Rasulullah berpuasa lebih banyak daripada bulan lain. (HR. Nasa’i)
- Malam dilaporkannya amal selama 1 tahun. (HR. Nasa’i)
- Waktu yang mustajab untuk berdoa. (Imam Syafi’i)

Mustajab Doa Pada Malam Nisfu Syaaban
Menurut Imam al-Syafie RA, dalam kitabnya Al-Umm (1:264), beliau menyebut bahawa terdapat lima malam yang mustajab untuk berdoa, iaitu:
- Malam Jumaat
- Malam Aidiladha
- Malam Aidilfitri
- Malam Awal Bulan Rejab
- Malam Nisfu Syaaban
Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk memanfaatkan malam ini dengan bersungguh-sungguh dalam berdoa, mengharapkan pengampunan, keberkatan, serta perlindungan daripada Allah SWT.
Amalan Malam Nisfu Syabaan
Menurut Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, menyatakan beberapa amalan utama yang boleh dilakukan pada malam ini adalah;
1. Membaca Al-Quran
- Membaca mana-mana surah dalam al-Quran, termasuk Surah Yasin.
- Tiada ketetapan untuk membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali, namun dibolehkan jika dilakukan dengan tadabbur (penghayatan) dan tartil.
2. Memperbanyakkan Solat Sunat
- Solat sunat mutlak.
- Solat sunat yang disunnahkan oleh Nabi SAW seperti solat sunat tasbih.
3. Berdoa dan Memohon Keampunan
- Membaca doa yang diinginkan tanpa terikat kepada doa tertentu.
- Memohon keampunan kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan.
4. Berpuasa Pada Keesokan Harinya
- Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sunat dalam bulan Syaaban, dia boleh meneruskan amalan tersebut.
- Tiada kewajipan khusus untuk berpuasa selepas malam Nisfu Syaaban, tetapi digalakkan sebagai tanda pengabdian kepada Allah SWT.
5. Menjauhi Syirik dan Permusuhan
- Malam Nisfu Syaaban adalah malam pengampunan, tetapi Allah tidak mengampunkan dua golongan:
- Orang yang mensyirikkan Allah – iaitu mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu.
- Orang yang bermusuhan – iaitu mereka yang masih menyimpan dendam dan kebencian terhadap sesama manusia.
- Oleh itu, membersihkan hati daripada permusuhan adalah amalan yang paling utama.
6. Muhasabah Diri dan Bersihkan Masyarakat dari Unsur Syirik
- Mengingatkan umat Islam tentang bahaya syirik dan ajaran sesat yang boleh menyesatkan akidah.
- Tidak melihat hukum-hakam agama sebagai penghalang kebebasan, sebaliknya sebagai panduan hidup.
Doa Malam Nisfu Syaaban Yang Boleh Diamalkan
Pada malam ini kita dianjurkan untuk memperbanyakkan doa kepada Allah SWT, kerana malam ini adalah antara malam yang penuh keberkatan dan rahmat. Tiada doa khusus yang ditetapkan, namun umat Islam boleh berdoa dengan apa sahaja permintaan yang baik, sama ada untuk keampunan dosa, perlindungan dari bala, kesejahteraan hidup, rezeki yang berkat, kesihatan yang baik, atau apa sahaja hajat yang ingin dipohon kepada Allah SWT.
Berikut adalah beberapa doa yang kita boleh amalkan pada malam ini,
Doa Memohon Keampunan



Doa Memohon Keampunan Untuk Kedua Ibu Bapa

Memohon Perlindungan Dari Fitnah Dajjal Dan Penyakit Berbahaya


Doa Murah Rezeki


Memohon Pertolongan dan Dipermudahkan Segala Urusan



Doa Malam Nisfu Sya’ban


Jadual Lengkap Ibadah Malam Nisfu Syaaban
Berikut merupakan jadual perancangan ibadah yang anda boleh lakukan pada malam Nisfu Syaaban berdasarkan kemampuan masing-masing.
Waktu | Amalan Ibadah |
---|---|
Maghrib | Solat Maghrib Berjemaah |
Selepas Maghrib | – Bacaan Surah Yasin (1 – 3 kali) – Doa Nisfu Syaaban |
Selepas Bacaan Yasin | Doa Keampunan & Perlindungan |
Antara Maghrib & Isyak | Zikir & Istighfar |
Isyak | Solat Fardu Isyak Berjemaah |
Selepas Isyak | – Solat Sunat Mutlak – Solat Sunat Tahajjud |
4.30 AM – Subuh | Qiyamullail – Solat Taubat – Solat Tahajud – Solat Hajat – Solat Tasbih – Solat Witir – Bacaan Al-Quran – Tadabbur – Zikir – Doa |
Sebelum Subuh | Sahur (jika ingin berpuasa pada 15 Syaaban) |
Subuh | Solat Fardu Subuh Berjemaah |
Puasa Nisfu Syaaban dan Niat
Rasulullah SAW banyak berpuasa dalam bulan ini kerana ia bulan persiapan sebelum Ramadan.
Puasa yang dianjurkan:
- Puasa Isnin dan Khamis (seperti biasa).
- Puasa hari-hari putih (13, 14, 15 Syaaban).
- Puasa sebahagian besar bulan Syaaban, seperti dilakukan oleh Nabi SAW.

Niat Puasa Sunat Syaaban
“Nawaitu sauma syahri Syaaban sunnatan lillahi ta’ala.”
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat bulan Syaaban kerana Allah Ta’ala.”
Larangan Berpuasa Selepas Nisfu Syaaban
- Hadis menyebut larangan berpuasa selepas 15 Syaaban, kecuali mereka yang sudah biasa berpuasa sebelum itu atau mempunyai puasa ganti.
Hukum Berpuasa Selepas 15 Syaaban?
Berpuasa selepas 15 Syaaban mempunyai larangan tertentu berdasarkan hadis sahih. Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila tiba pertengahan bulan Syaaban, maka janganlah kalian berpuasa sehingga datangnya bulan Ramadan.” (HR Abu Daud)
Namun, terdapat pengecualian bagi tiga golongan:
- Puasa Wajib – Seperti qada’, nazar, atau kaffarah.
- Orang yang Biasa Berpuasa – Contohnya, puasa Isnin dan Khamis sebelum 15 Syaaban.
- Puasa Bermula pada 15 Syaaban – Jika seseorang mula berpuasa pada hari itu, ia dibolehkan.