PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2026.
Sukacitanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, permohonan kemasukan murid ke darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun 2026 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS).
Bagi ibu bapa atau penjaga, sila ambil perhatian berkaitan beberapa maklumat penting mengenai proses dan cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026.
Tempoh Pendaftaran
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2025 dibuka mulai 1 Mac 2025 (Sabtu) hingga 30 April 2025 (Rabu).
Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2026
Syarat permohonan pendaftaran murid ke tahun 1 bagi sesi 2026 adalah sebagaimana berikut;
- Kanak-kanak Warganegara Malaysia.
- Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020.
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026
Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dibuat menerusi Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di Pautan https://idme.moe.gov.my
- Bermula 1 Mac hingga 30 April 2025.
- Kanak-kanak yang layak memohon adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020.
Langkah Pendaftaran
Langkah-langkah pendaftaran secara online di Portal Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) adalah sebagaimana berikut:
- Pendaftaran pertama kali melalui IdMe oleh ibu bapa / penjaga kepada anak jagaan
- Ibu bapa / penjaga klik pautan https://idme.moe.gov.my
- Pilih modul pengurusan awam
- Isi / kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan
- Klik tambah anak / jagaan dan kemaskini (jika belum wujud)
- Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan
- Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2026

Panduan pendaftaran tahun 1 lebih detail adalah sebagaimana berikut (khusus untuk pengguna baharu/pertama kali);
- Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Info dan Maklumat Tambahan
Bagi memudahkan urusan dan kelancanran pendaftaran anak masing-masing;
- ➡️ Ibu bapa/penjaga tidak digalakkan menggunakan telefon bimbit untuk urusan permohonan dalam talian
- ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu simpan dan ingat kata laluan dan email yang digunakan untuk log in idme
- ➡️ Sila pastikan idme ibu bapa/penjaga lengkap dikemaskini pada ruangan Pengurusan profil (Maklumat peribadi maklumat alamat ibu bapa/maklumat anak jagaan) sebelum menekan butang permohonan kemasukan
- ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu pastikan maklumat anak tanggungan lengkap dan betul untuk mengelak berlaku masalah penempatan
- ➡️ Semak semula permohonan yang diisi & sila pastikan maklumat permohonan betul dan tepat sebelum menghantar permohonan dalam talian
- ➡️ Setelah menghantar permohonan dalam talian ibu bapa/penjaga perlu cetak 🖨️ 2 salinan borang perakuan sekolah dan membawa kedua-dua salinan tersebut ke sekolah yang dimohon untuk pihak sekolah cop TERIMA dan juga cop tarikh penerimaan.
- ➡️ Satu salinan akan diserahkan untuk pengesahan dan semakan pihak sekolah manakala satu salinan lagi untuk simpanan ibu bapa/penjaga.
- ➡️ Sekiranya ibubapa /penjaga berpindah ketika dalam proses permohonan (sudah menghantar online dan borang permohonan ke
- sekolah yang dimohon) perlu maklum kepada sekolah dengan segera.
- ➡️ Ibu bapa/penjaga perlu menggunakan alamat tempat tinggal yang betul dan benar-benar tinggal di kawasan tersebut untuk penempatan sekolah
Manual Pengguna Sistem Bersepadu (MOIES) KPM Modul Pengurusan Awam
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah kongsikan slide panduan pengguna Sistem Bersepadu (MOIES) KPM modul pengurusan awam untuk rujukan semua bagi pendaftaran tahun 1 ini.
Panduan slide boleh rujuk pada pautan berikut;
https://www.slideshare.net/KarenNancy2/slide-manual-pengguna-warispdf
Sumber: Kementerian Pendidikan
Info Lanjut
Sebarang info terkini pendaftaran ini, sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia;
https://www.facebook.com/KemPendidikan
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2026, ibu bapa/penjaga dimohon untuk berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.
Sila rujuk laman portal berikut untuk alamat dan nombor telefon Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing;
https://www.moe.gov.my/pejabat-pendidikan-daerah
Soalan lazim
Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2026 dibuka dari 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025.
Tidak. Mulai tahun 2023, pendaftaran Tahun 1 dilakukan di pautan https://idme.moe.gov.my
Tidak. Bagi kanak-kanak yang telah didaftarkan di https://public.moe.gov.my, data mereka akan dipindahkan secara automatik ke https://idme.moe.gov.my. Ibu bapa/penjaga hanya perlu mengemas kini maklumat anak mereka di pautan baharu tersebut dalam tempoh 1 Mac hingga 30 April 2025, kemudian klik butang kemas kini.
Sekiranya ibu bapa/penjaga telah menghantar borang perakuan sekolah ke sekolah yang dimohon sebelum ini, mereka tidak perlu lagi menghantar semula borang tersebut.
Ya, borang perakuan sekolah perlu dihantar ke sekolah baharu yang dipilih.
Keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my
Tarikh semakan akan dimaklumkan oleh KPM.
Pemakluman keputusan permohonan penempatan akan dipaparkan di laman utama iDMe untuk makluman ibu bapa/penjaga.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2026, ibu bapa/penjaga boleh berhubung terus dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
Lihat Juga:
– Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan 2025: Idea Contoh Menarik