HomeInfoMajlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Melaka (Kebangsaan)

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Melaka (Kebangsaan)

Pada tahun ini Melaka menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan.

Untuk sambutan open house raya ini, di jangka kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari pelbagai negeri di mana penganjurannya merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Perpaduan Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 ini sekali gus menjadikan Melaka negeri pertama menganjurkan sambutan peringkat kebangsaan bagi tahun 2025.

Lihat Juga: 50 Idea Jamuan Hari Raya Sekolah Anak

Tarikh dan Masa Majlis Aidilfitri MADANI 2025 di Melaka

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan akan diadakan sebagaimana maklumat berikut;

  • Tarikh: 5 April 2025 (Sabtu)
  • Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
  • Lokasi: Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh
Tarikh dan Masa Majlis Aidilfitri MADANI 2025 di Melaka

Lokasi strategik MITC sebagai pusat tumpuan acara berskala besar turut memudahkan akses pengunjung melalui kemudahan jalan utama serta perkhidmatan bas perantara yang disediakan secara percuma sepanjang hari sambutan.

Perasmian

Majlis ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dijangka menyampaikan amanat khas sempena sambutan Aidilfitri peringkat kebangsaan ini. 

Kehadiran beliau menyerlahkan kepentingan acara ini dalam mengukuhkan mesej perpaduan, inklusiviti dan nilai MADANI dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Juadah Istimewa Majlis Aidilfitri MADANI 2025

Para pengunjung Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Melaka akan disajikan dengan pelbagai hidangan istimewa.

Berikut adalah antara senarai juadah yang disediakan:

  • Aneka Kuih Raya – pelbagai jenis biskut dan manisan tradisional
  • Nasi Beriani – hidangan utama berempah wangi, lengkap dengan lauk pilihan
  • Coconut Shake / Mango Float – minuman viral yang menyegarkan
  • Air Minuman Sejuk & Panas – sesuai untuk semua pengunjung
  • Buah-buahan Tempatan – segar dan pelbagai jenis
  • Sate – hidangan popular rakyat Malaysia
  • Ketupat / Lemang – juadah tradisi Aidilfitri
  • Kambing Golek – tarikan istimewa yang digemari ramai
  • Mihun, Kue Tiow, Mee Goreng – pilihan makanan bergoreng yang mudah dinikmati
Juadah Istimewa Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Melaka Peringkat Kebangsaan

Aktiviti dan Tarikan Utama Pengunjung

Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Melaka ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang bakal menghidupkan suasana perayaan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara tarikan utama termasuk:

Persembahan Artis Jemputan Popular

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis tanah air terkenal yang bakal memeriahkan pentas utama sepanjang program:

  • Anuar Zain
  • Ayda Jebat
  • Zamani
  • Hazama
  • Yasser
  • Haziq
Artis Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Melaka Peringkat Kebangsaan

Bagi memeriahkan suasana dan menampilkan keindahan kepelbagaian budaya, pengunjung digalakkan untuk mengenakan pakaian tradisional yang mewakili kaum masing-masing. 

Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan semangat Malaysia MADANI, tetapi turut menjadi medium visual yang menyerlahkan identiti dan warisan budaya negara secara harmoni.

Shuttle Bas PERCUMA Disediakan!

Pihak penganjur menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan pengunjung sepanjang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Melaka.

Kemudahan shuttle bas tersedia di lokasi berikut:

  1. Perkarangan Masjid Al-Alami, MITC
  2. Perkarangan Mydin Ayer Keroh
  3. Perkarangan Lingkaran MITC

Bermula 9.00 Pagi hingga 4.00 Petang

Shuttle Bas PERCUMA Disediakan!

Siri Jelajah Majlis Aidilfitri MADANI 2025 di Negeri Lain

Selepas Melaka menjadi negeri pertama menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025, sambutan peringkat negeri akan diteruskan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. 

Siri jelajah ini bertujuan menyemarakkan semangat Aidilfitri dan perpaduan rakyat secara inklusif di semua peringkat.

Jadual Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Mengikut Negeri

  • Selangor: 6 April 2025 (Ahad)
  • Pahang: 11 April 2025 (Jumaat)
  • Kelantan: 12 April 2025 (Sabtu)
  • Pulau Pinang: 12 April 2025 (Sabtu)
  • Sarawak: 19 April 2025 (Sabtu)
  • Perak: 25 April 2025 (Jumaat)
  • Perlis: 27 April 2025 (Ahad)

Lihat Juga:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments