Anak-anak yang tidak hadir ke sekolah, ibu bapa atau penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah melalui surat rasmi yang boleh dihantar kepada guru kelas masing-masing.
Sama ada tidak hadir sebab kesihatan atau urusan keluarga, tujuan penghantaran adalah bagi memaklumkan pihak sekolah secara rasmi di mana guru akan merekodkan ketidakhadiran murid-murid.
Berikut merupakan panduan dan cara-cara penulisan surat rasmi menyatakan ketidakhadiran anak ke sekolah.
Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah
Antara sebab ketidakhadiran yang boleh dinyatakan dalam surat adalah;
- Sebab Kesihatan
- Sakit
- Deman
- Tidak Sihat
- Masalah Keluarga
- Mengikut keluarga bercuti / berkursus / umrah
- Menjaga ahli keluarga yang sakit
- Kematian ahli keluarga
- Menziarahi keluarga
- Masalah pengangkutan
- Balik kampung
- Masalah bekalan elektrik/ air
- Sebab-sebab lain
- Upacara keagamaan
- Pertandingan/aktiviti selain KPM
- Peperiksaan/ujian selain KPM
- Temujanji hospital / klinik / buat MyKad
Format Surat Rasmi
Apa yang perlu ada pada surat rasmi?
- Nama dan alamat pengirim
- Garisan panjang *untuk membezakan 2 jenis alamat
- Jawatan dan alamat sekolah
- Tarikh
- Panggilan hormat
- Tajuk atau Perkara
- Isi kandungan
- Ucapan terima kasih
- Yang benar / pengakuan
- Tandatangan
- Nama dan Nombor telefon Ibubapa atau waris
Berikut adalah contoh atau panduan berformat bagi menulis surat tidak hadir ke sekolah;
Panduan tatabahasa dalam menulis surat hendaklah;
- Mengikut format dengan tepat – elakkan kesalahan
- Gunakan ejaan dan tanda baca dengan betul – huruf besar, huruf kecil, koma, noktah dan sebagainya.
- Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat.
- Elakkan bahasa kiasan dan ungkapan peribahasa.
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
Mohd Sabri bin Osman, 4-2-12, Taman Bukit Angkasa, 59200, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. ___________________________________________________________________ Guru Kelas 4 Adil, Sekolah Kebangsaan Bangsar, 7, Jalan Pantai Baharu, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur. 30 April 2024 Tuan / Puan, TIDAK HADIR KE SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk. 2. Saya Mohd Sabri bin Osman merupakan bapa kepada Muhammad Arif bin Mohd Sabri murid kelas 4 Adil SK Bangsar. 3. Adalah dengan ini saya ingin memakumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 30 April 2024 (Selasa) kerana beliau tidak sihat (demam panas). 4. Segala perhatian daripada pihak sekolah, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang Benar, ᏕᏗᏰᏒᎥ ᎧᏕᎷᏗᏁ Mohd Sabri bin Osman No Tel: 0122345678 |
Anda juga boleh download dan edit template surat yang disediakan ini;
Panduan Penghantaran Surat
Surat ini boleh disediakan dengan 2 kaedah;
- Penulisan tangan
- Secara berkomputer
Surat yang sudah lengkap ditulis atau ditaip boleh dihantar dengan menggunakan mana-mana kaedah berikut:
- Melalui kaedah elektronik;
- Whatsapps
- Aplikasi Telegram
- Melalui pos
- Penghantaran tangan
* Sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk menghantar melalui email, pastikan alamat email yang betul bagi mengelakkan surat tersebut ditolak oleh sistem email.
Manakala jika menggunakan Aplikasi Whatsapps atau Telegram, dinasihatkan menghantar terus ke nombor peribadi guru masing-masing.
Elakkan penghantaran surat ini ke dalam group kelas bagi mengelakkan surat ini tidak diambil maklum oleh pihak guru.
Semoga panduan penulisan surat tidak hadir ke sekolah ini dapat memudahkan urusan anda.