HomeBiasiswaBiasiswa KFC 2024: Syarat dan Cara Permohonan

Biasiswa KFC 2024: Syarat dan Cara Permohonan

KFC Malaysia sekarang sedang membuka permohonan untuk Biasiswa KFC! 

Permohonan untuk pengambilan 2024/2025 kini dibuka untuk pelajar-pelajar yang berminat dan menepati syarat kelayakan. Ambil langkah pertama menggapai impian anda bersama KFC sebelum permohonan ditutup.

Permohonan bagi biasiswa ini ditutup pada 31 Julai 2024 (Rabu).

Apa Itu Biasiswa KFC?

Program Biasiswa KFC ditawarkan kepada pelajar dari keluarga B40 yang telah menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam tempatan. 

Inisiatif ini adalah komitmen KFC untuk memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang tetapi memerlukan bantuan kewangan. 

Biasiswa ini meliputi yuran pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian, memastikan batasan kewangan tidak menjadi penghalang untuk mencapai cita-cita.

Selain sokongan kewangan, Biasiswa KFC juga menyediakan program intervensi berstruktur untuk memupuk keperibadian unggul dan profesional di kalangan penerima biasiswa.

Tentang Program Ini

Program Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar cemerlang yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti awam di seluruh Malaysia.

Pembiayaan

  • Bayaran Yuran Pengajian sehingga 4 tahun.
  • Elaun bulanan.

20 Senarai Universiti Awam di Malaysia

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  7. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  9. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMP)
  10. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  11. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  12. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  13. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  14. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Syarat Kelayakan

  • Pelajar dari keluarga B40 yang berumur diantara 18 hingga bawah 21 tahun semasa pemohonan. Telah menerima surat tawaran tanpa syarat dari universiti awam Malaysia.
  • Mendapat keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya 6A (gabungan A dan A+) dengan A atau A+ dalam mata pelajaran asas berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah.
  • Mendapat keputusan STPM, Asasi atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0.
  • Mendapat keputusan STAM di tahap Jayyid Jiddan  dan PNGK minimum 3.0.
Siapa yang boleh memohon Biasiswa KFC

Cara Permohonan Biasiswa KFC 2024

  1. Permohonan Dalam Talian
    • Isi borang permohonan melalui laman web rasmi Biasiswa KFC “PERMOHONAN”.
    • Permohonan disaring oleh Ahli Jawatankuasa Biasiswa KFC.
  2. Penilaian Dalam Talian
    • Calon yang memenuhi syarat akan menjalani ujian verbal, numerik, peribadi, dan moral secara dalam talian.
  3. Pusat Penilaian
    • Calon yang berjaya dalam penilaian dalam talian akan dijemput ke pusat penilaian untuk ujian kepimpinan secara bersemuka.
  4. Temuduga
    • Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga bersama Lembaga Penilaian Biasiswa KFC.
  5. Surat Tawaran
    • Tawaran biasiswa akan dihantar melalui e-mel kepada calon yang berjaya.

Permohonan untuk pengambilan 2024/2025 sedang dibuka dan akan ditutup pada 31 Julai 2024. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian anda.

Info Lanjut;

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web rasmi;https://kfc.com.my/scholarship

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan soalan am dan permohonan Biasiswa KFC 2024/2025

Siapakah yang layak memohon?

Biasiswa ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dari keluarga golongan B40 yang memenuhi syarat kelayakan. Berumur antara 18 hingga 21 tahun semasa memohon.

Bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa ini?

Calon yang berminat perlu memohon melalui https://forms.office.com/r/FXxvgaivKH. Penyerahan secara manual tidak akan diterima.

Berapa lama tempoh pembiayaan biasiswa?

Pembiayaan adalah untuk tempoh sehingga 4 tahun.

Apa yang termasuk dalam pembiayaan biasiswa?

Biasiswa hanya menampung yuran pengajian dan elaun kos sara hidup.

Adakah saya akan terikat dengan KFC Malaysia atau mana-mana syarikat kumplannya selepas tamat pengajian?

Tidak, penerima tidak terikat kepada KFC Malaysia atau mana-mana syarikat kumpulannya selepas menamatkan pengajian, namun penerima boleh ditawarkan pekerjaan sekiranya terdapat kekosongan jawatan yang bersesuaian. Selain dari itu, penerima akan dijemput untuk menyertai Persatuan Alumni Biasiswa KFC.

Adakah saya perlu menghadiri temuduga bersemuka dengan Lembaga Penilaian Biasiswa?

Ya, temuduga dengan Lembaga Penilaian Biasiswa adalah temuduga secara bersemuka di Ibu Pejabat KFC di Petaling Jaya.

Bila tarikh akhir permohonan untuk pengambilan 2024/2025?

Permohonan untuk pengambilan 2024/2025 berakhir pada 31 Julai 2024.


Lihat Juga:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments