HomeKerjayaJawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Mei 2024

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) – Mei 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia melalui pelbagai jawatan yang ditawarkan.

Terdapat 14 kekosongan jawatan yang boleh dipohon dalam pelbagai bidang seperti kesetiausahaan, pentadbiran dan sokongan, penyelidikan dan pembangunan, kewangan, kemahiran, perkeranian dan operasi dan juga bidang keselamatan.

Taraf jawatan yang ditawarkan adalah berstatus tetap di pelbagai lokasi penempatan.

Calon-calon yang berminat bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan ini bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 MEI 2024 (Rabu)

Kekosongan Jawatan

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan dari segi jawatan, gred, bidang dan lokasi penempatan

JAWATANGREDLOKASI PENEMPATAN
SETIAUSAHA PEJABATN29SUNGAI BULOH, SELANGOR
PENOLONG PEGAWAI TADBIRN29KUALA LUMPUR
PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIKQ29KOTA TINGGI, JOHOR
PENOLONG AKAUNTANW29KUALA LUMPUR
PEMBANTU KEMAHIRANH19KUALA LUMPUR/ SUNGAI BULOH, SELANGOR
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGANN19GERIK, PERAK
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI)N19KUALA LUMPUR/ SUNGAI BULOH, SELANGOR
PEMBANTU PENYELIDIKQ19KUALA LUMPUR/ SUNGAI BULOH, SELANGOR
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)W19KUALA LUMPUR
OPERATOR LOJIH11SUNGAI BULOH, SELANGOR/ KOTA TINGGI, JOHOR
PEMANDU KENDERAANH11KOTA TINGGI, JOHOR
PEMBANTU AWAMH11SUNGAI SARI, KEDAH/SUNGAI BULOH, SELANGOR/ KOTA TINGGI, JOHOR/ KUANTAN, PAHANG/GUA MUSANG, KELANTAN
PENGAWAL KESELAMATANKP11KUALA LUMPUR
PEMBANTU OPERASIN11KUALA LUMPUR/ PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN/ SEGAMAT, JOHOR

Syarat Umum Permohonan

Berikut adalah syarat umum permohonan jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan di Lembaga Getah Malaysia;

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan
  3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  5. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Permohonan

Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang Google Form mengikut gred jawatan secara atas talian melalui pautan di bawah.

Gred 29

Link pautan: https://forms.office.com/r/ZQ5efCyM30

Gred 19

Link pautan: https://forms.office.com/r/RteAHx6Cy1 

Gred 11

Link pautan: https://forms.office.com/r/d0Qv10HH2q 

Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke Lembaga Getah Malaysia.

Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 MEI 2024

Maklumat lanjut mengenai gaji, syarat lantikan, syarat tambahan dan deskripsi tugas, anda boleh rujuk pada iklan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Bil 4 berikut;

https://www.lgm.gov.my/webv2/announcement/38

Catatan Am

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Walau bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Seksyen Perjawatan, Unit Pembangunan Sumber Manusia di talian 03-9206 2000:

  1. Cik Nur Hafizah /  Cik Nur Fa’iqah binti Jasmi (ext : 2205)
  2. Encik Afiq Hafizi bin Ab Ghani (ext : 2204)
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments