Hari Bumi Sedunia disambut sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
Sambutan Hari Bumi Sedunia di raikan oleh masyarakat di 192 negara seluruh dunia bertujuan mengajak masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam mengamalkan gaya hidup hijau sebagai usaha dan sumbangan kepada generasi akan datang.
Lihat Juga;
Tarikh Sambutan
Acara tahunan dan sambutan Hari Bumi Sedunia disambut pada setiap 22 April.
Tahun ini, ia jatuh pada hari Isnin.
Tema Hari Bumi 2024
Setiap tahun, akan ada satu tema khusus untuk Hari Bumi bagi menyerlahkan kebimbangan terhadap alam sekitar yang mendesak.
Tahun ini ema Hari Bumi yang dipilih adalah 2024 ialah “Planet vs. Plastik,”
Tema ini diselaraskan oleh laman earthday.org yang menyasarkan untuk menamatkan plastik untuk kesihatan planet dan menuntut pengurangan 60 peratus dalam pengeluaran semua plastik menjelang 2040.
Tujuan Sambutan
Hari Bumi Sedunia disambut bertujuan mengingatkan warga bumi tentang kepentingan pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, menggalakkan kita untuk bersama-sama dan mengambil tindakan untuk planet yang lebih sihat dan masa depan yang lebih cerah.
Sambutan ini juga mampu meningkatkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada perubahan, memupuk hubungan yang mendalam dengan alam semula jadi.
Aktiviti Dan Sambutan
Memandangkan Hari Bumi Sedunia meningkatkan kesedaran tentang melindungi planet kita, anda boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti berkaitan alam sekitar untuk menjadikan hari itu istimewa.
Aktiviti yang dilakukan boleh terdiri daripada pelbagai golongan sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Ia juga boleh dilakukan di sekolah, premis-premis kerajaan / swasta mahupun di peringkat universiti.
Bagi tujuan aktiviti dan sambutan ini, kita boleh berikrar untuk mengelak atau mengurangkan daripada menggunakan plastik di rumah anda, menjaga alam sekita, membuat perubahan gaya hidup yang mengurangkan jejak karbon, mendidik keluarga dan rakan anda tentang cara menyelamatkan alam sekitar dan banyak lagi.
Kita juga boleh mengamalkan “Kempen 3R” yang merujuk kepada Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) & Recycle (Kitar Semula) dan antara bahan buangan yang boleh dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar.
Di sekolah pula, aktiviti seperti melukis atau mewarna poster Hari Bumi boleh di anjurkan. Selain itu, pertandingan menulis esei ataupun aktiviti gotong royong boleh dilaksanankan sebagai tanda sokongan terhadap kempen Hari Bumi pada tahun ini.
Aktiviti menanam pokok sempena sambutan ini merupakan juga tanda sokongan dan keprihatinan kita terhadap alam sekitar untuk meningkatkan ruang hijau dan memerangi penebangan hutan.
Contoh Poster Hari Bumi
Terdapat pelbagai contoh dan idea sekiranya anda ingin membuat poster sempena hari bumi.
Berikut adalah contoh-contoh yang dikemukakan