Sambutan Hari Raya tak meriah di office, sekolah atau open house tanpa hiasan dan dekorasi Hari Raya.
Dekorasi dan hiasan yang kreatif dapat menceriakan suasana sambutan dalam kalangan warga kerja, pelajar dan tetamu, sekali gus menghidupkan semangat Aidilfitri.
Dengan gabungan elemen tradisional seperti anyaman rotan, pelita dan ketupat, serta elemen moden seperti lampu LED dan backdrop bercorak islamik, anda boleh menghasilkan hiasan raya di pejabat, sekolah atau semasa open house yang menyerlah dan berkesan menarik perhatian.
Berikut adalah beberapa idea dan contoh dekorasi hiasan hari raya yang anda boleh buat.
Lihat Juga: 50 Idea Jamuan Hari Raya Sekolah Anak
Aksesori & Prop Wajib Untuk Hiasan Raya
Berikut antara aksesori dan prop yang boleh diguna pakai untuk mencantikkan hiasan hari raya Aidilfitri di pejabat, sekolah mahupun semasa open house:
- Lampu raya dan pelita moden
Memberikan pencahayaan lembut yang menaikkan suasana malam raya. Lampu LED berkelip dan pelita moden sering dijadikan pilihan utama untuk dekorasi hiasan lampu raya di booth, pentas atau gerai.
- Ketupat hiasan daripada reben
Ketupat simbol klasik Aidilfitri. Ketupat hiasan ini mudah dibuat dan sesuai digantung di dinding, langsir atau sudut hiasan. Ia juga menambahkan unsur tradisi dalam hiasan booth hari raya dan hiasan kelas.
- Hiasan kad raya gantung
Menggamit nostalgia zaman dahulu, kad raya boleh digantung di tali, dihias dengan lampu kecil dan dijadikan latar hiasan dinding raya yang penuh kenangan. Aktiviti menghias ini juga sesuai dilakukan secara berkumpulan.
- Tikar mengkuang, nyiru, senduk kayu, dan dulang kuih
Aksesori tradisional yang menonjolkan identiti kampung. Diletakkan di atas lantai atau di sudut pentas, ia sesuai untuk hiasan pentas raya, hiasan gerai raya atau sudut fotografi.
5. Hiasan meja raya dengan bunga rampai dan balang kuih
Meja tetamu akan tampak lebih menarik jika dihias dengan balang kuih tradisional, bunga rampai, dan alas meja batik. Ini menjadikan hiasan meja raya lebih hidup dan berseri.
6. Hiasan dinding raya dengan corak tradisional dan elemen bercahaya
Dinding yang dihias dengan motif bintang, bulan, atau kaligrafi serta disulami lampu berkelip akan mencipta suasana yang tenang dan eksklusif. Ia juga meningkatkan kesan visual untuk hiasan raya di pejabat atau hiasan pentas hari raya.
Tema dan Konsep Hiasan Raya Aidilfitri
Sebelum memulakan dekorasi, adalah penting untuk memilih tema utama agar hasil hiasan kelihatan seragam dan menarik. Antara tema yang popular termasuk:
- Kampung Tradisional: Sesuai dengan hiasan pentas hari raya dan hiasan dinding raya berunsur rotan, buluh, daun kelapa serta perabot kayu.
- Moden Minimalis: Menggabungkan elemen moden seperti warna emas dan putih dengan hiasan lampu raya yang ringkas tetapi elegan. Sesuai untuk hiasan raya di pejabat.
- Retro Nostalgia: Menampilkan elemen lama seperti kad raya gantung, anyaman ketupat hiasan, radio lama dan pinggan mangkuk retro.
Contoh Hiasan Raya Pejabat
Untuk mencipta suasana Aidilfitri yang meriah di tempat kerja:
- Dirikan hiasan booth raya di ruang lobi atau sudut rehat menggunakan latar kayu palet, daun kelapa, dan perabot rotan.
- Gantungkan lampu raya dan pelita moden di sekeliling booth.
- Letakkan hiasan meja raya dengan alas meja bercorak batik, balang kuih raya, bunga rampai dan mini pelita.



Inspirasi Hiasan Raya Sekolah & Kelas
Pelajar akan lebih bersemangat menyambut Aidilfitri bila suasana kelas turut dihiasi dengan tema hari raya:
- Gantungkan kad raya hasil kreativiti pelajar di sudut dinding kelas.
- Wujudkan sudut hiasan raya kelas dengan props tradisional seperti talam kuih, tempayan, tikar mengkuang dan lampu pelita.
- Galakkan pertandingan hiasan kelas yang menggunakan semula bahan-bahan kitar semula.


Idea Hiasan Pentas Raya Untuk Majlis
Untuk majlis rasmi seperti jamuan Aidilfitri:
- Gunakan backdrop besar bertema Islamik moden.
- Tambah hiasan pentas raya dengan pelita buluh, daun kelapa, lampu LED dan hiasan dinding bercorak bintang dan bulan.
- Letakkan ketupat hiasan dari reben gantung di bahagian tepi pentas.


Hiasan Booth Hari Raya Untuk Gerai atau Karnival
Jika anda terlibat dalam pameran, rumah terbuka, atau karnival Hari Raya, cipta hiasan booth yang menonjolkan tema unik seperti gaya Arabik moden atau retro nostalgia kampung.
- Gunakan elemen seperti latar bulan sabit, motif masjid, lampu tanglung dan frame “Eid Mubarak” sebagai photobooth bergambar menarik. Untuk gaya retro, dekorasi seperti kerusi kayu klasik, gramofon, bakul rotan, dan kain songket boleh menyerlahkan suasana kampung yang penuh kenangan.
- Lengkapkan booth dengan papan tanda ucapan raya, ketupat gantung, hiasan dinding berunsur tradisional, dan susunan prop seperti bakul anyaman, pelita serta tumbuhan hiasan yang memberi sentuhan alam.


Baca Juga