Sedang cari font Jawi atau Arab untuk reka poster Raya dalam Canva?
Reka bentuk poster Hari Raya yang menarik bukan sahaja bergantung kepada warna dan susun atur, tetapi juga kepada pilihan font Jawi atau Arab yang digunakan.
Pemilihan font yang sesuai mampu menaikkan seri poster serta menyampaikan mesej dengan lebih berkesan dan menyentuh jiwa.
Lihat Juga: Idea Dekorasi Hiasan Hari Raya Pejabat, Sekolah & Open House
Kelebihan Guna Font Jawi dan Arab dalam Poster Raya
- Menonjolkan elemen tradisi dan Islamik – Sesuai dengan tema Hari Raya yang penuh dengan nilai budaya dan keagamaan.
- Lebih berjiwa dan menyentuh emosi – Tulisan Jawi dan Arab memberikan kesan estetik yang klasik dan mendalam.
- Menarik perhatian – Font Arab mempunyai gaya visual unik yang menonjol dalam rekaan moden.
10+ Font Jawi dan Arab Paling Cantik di Canva
Berikut adalah Font Canva Raya Jawi Arab yang boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan poster, kad ucapan, dan grafik menarik sempena sambutan Aidilfitri.
1. DG Rawnaq

Font moden dengan gaya elegan, sesuai untuk tajuk utama poster. Terbaik digunakan dengan latar hijau atau emas.
2. Tholoth

Font kaligrafi klasik Arab yang terkenal. Memberikan sentuhan mewah dan tradisional.
3. Faseh

Rekaan kemas dan mudah dibaca. Sesuai untuk mesej pendek atau poster minimalis.
Lihat Juga: “Bila Nak Kahwin?” 10 Jawapan Win Bila Ditanya Masa Balik Raya
4. Ithra

Font yang halus dan berseni, sesuai untuk mood yang tenang dan damai.
5. Tufuli Arabic

Rekaan mesra kanak-kanak dan playful. Sesuai untuk kad ucapan keluarga.
6. Mirza

Font kaligrafi tinggi seni dan mewah. Sesuai untuk poster eksklusif.
7. Aref Ruqaa
Kombinasi tulisan tangan dan profesional. Cantik untuk ayat panjang.
8. Almarai
Sesuai untuk teks isi kerana bentuknya jelas dan moden.
9. Lateef
Font lembut, feminin, dan klasik. Sangat sesuai untuk mesej yang bersifat peribadi.
10. Amiri Quran
Digunakan untuk teks keagamaan atau ayat Al-Quran. Serius dan berautoriti.
11. Reem Kufi
Font moden dan berani, sesuai untuk rekaan yang ingin tampil berbeza.
Cara Guna Font Jawi & Arab dalam Canva
- Cari font menggunakan kata kunci dalam Canva.
- Untuk font yang tidak tersedia, anda boleh muat naik (upload) font sendiri jika anda menggunakan Canva Pro.
- Taip teks Jawi/Arab dan pastikan align text dari kanan ke kiri (RTL) untuk susunan betul.
Tulisan Selamat Hari Raya Aidilfitri Jawi dan Arab
Versi dengan Baris
- سَلامَت هارِي رايَا عِيدِالفِطْرِي، مَعَاف ظَاهِر بَاطِن
Versi Tanpa Baris
- سلامت هاري رايا عيدالفطري، معاف ظاهر باطن
Tips Reka Poster Raya yang Menarik
- Gunakan warna tema Raya seperti hijau, emas, putih.
- Letakkan elemen visual Islamik: bulan sabit, bintang, pelita.
- Jangan guna terlalu banyak font – cukup 1 font Jawi + 1 font Latin sahaja.
Anda mungkin berminat: