CONTOH DAN TEMPLATE SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH SEBAB BALIK KAMPUNG CUTI RAYA
Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2025, PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya seluruh negara.
Tahun lalu, ramai berkongsi pengalaman terperangkap berjam-jam — ada yang menempuh perjalanan sehingga 18 hingga 28 jam untuk pulang ke kampung!
Disebabkan itu, ramai ibu bapa memilih untuk bercuti awal dan pulang lebih awal ke kampung bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang ekstrem.
Justeru, murid-murid dijangka tidak hadir ke sekolah pada hari-hari terakhir persekolahan (Rabu, Khamis dan Jumaat) sebelum cuti Aidilfitri
Untuk memastikan ketidakhadiran direkodkan secara rasmi, ibu bapa atau penjaga wajib memaklumkan kepada pihak sekolah dengan menghantar surat tidak hadir ke sekolah.
Sama ada atas alasan urusan keluarga (seperti pulang awal ke kampung), tujuan surat ini adalah untuk memaklumkan secara rasmi kepada guru kelas yang bertanggungjawab mencatat kehadiran harian murid.
Lihat Juga: Cuti Hari Raya Aidilfitri 2025 & Tambahan Cuti Sekolah KPM
Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah (Urusan Keluarga “Balik Raya”)
Beberapa sebab yang boleh digunakan dalam surat atau group Whatsapp kelas adalah;
- Urusan Keluarga (paling popular)
- Balik Kampung (no 2. paling popular)
- Balik Raya
- Balik kampung lebih awal
- Elak kesesakan lalu lintas
- Temankan ibu bapa pulang ke kampung
- Persiapan Hari Raya di kampung
- Ziarah awal keluarga di kampung
Contoh mesej WhatsApp ringkas kepada Cikgu
“Assalamualaikum cikgu, saya ingin maklumkan bahawa anak saya, Auni Batrisyia, tidak dapat hadir ke sekolah pada Khamis dan Jumaat ini (27 & 28 Mac) kerana kami akan pulang ke kampung lebih awal atas urusan keluarga dan faktor kesesakan jalan raya. Terima kasih atas makluman.”
Contoh Makluman Ketidakhadiran Group Wassap Kelas
MURID TIDAK HADIR BERSERTA SEBAB KETIDAKHADIRAN
HARI – Jumaat
TARIKH -28/03/2025
- Arissa – Balik kg
- Iman – Urusan Keluarga
- Arish – Persiapan Hari Raya di kampung
- …
- …
Format Surat Rasmi Tidak Hadir ke Sekolah
Apa yang perlu ada pada surat rasmi?
Elemen penting dalam surat rasmi:
- Alamat pengirim
- Tarikh
- Alamat penerima (Guru Kelas atau Guru Besar)
- Tajuk surat
- Isi kandungan surat (tujuan, tarikh tidak hadir & alasan)
- Penutup & tandatangan
Panduan tatabahasa dalam menulis surat hendaklah;
- Mengikut format dengan tepat – elakkan kesalahan
- Gunakan ejaan dan tanda baca dengan betul – huruf besar, huruf kecil, koma, noktah dan sebagainya.
- Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat.
- Elakkan bahasa kiasan dan ungkapan peribahasa.
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah “Urusan keluarga” – Balik Raya
Roslan bin Kamal, No. 25, Jalan Damai Raya, 43000 Kajang, Selangor. ________________________________ Guru Kelas Tahun 5 Amanah Sekolah Kebangsaan Damai, 43000 Kajang, Selangor. 27 Mac 2025 Tuan / Puan, TIDAK HADIR KE SEKOLAH ATAS URUSAN KELUARGA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak saya, Ahmad Ziyad bin Roslan, murid Tahun 5 Amanah, tidak dapat hadir ke sekolah pada 1 dan 2 April 2025 kerana urusan keluarga untuk pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. 3. Saya memohon maaf atas ketidakhadiran ini dan berjanji akan memastikan anak saya mengulang semula pelajaran yang tertinggal. 4. Sekian, terima kasih atas pertimbangan pihak tuan/puan. Yang benar, (tandatangan) Roslan bin Kamal (Ibu/Bapa/Penjaga) No Tel: 0122345678 |
Anda juga boleh download dan edit template surat yang disediakan ini;
Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah dapat dari guru kelas anak saya

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah dapat dari guru kelas anak saya.
Pihak sekolah mahukan surat cuti ketidakhadiran dari ibubapa atau surat MC dari doktor sebagai bukti anak tidak hadir ke sekolah.
Perlu serahkan surat cuti / MC kepada guru kelas anak apabila anak hadir ke sekolah nanti.
“TIADA MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN DIKIRA TIADA SEBAB DAN AKAN DITAGGING PONTENG DALAM APDM”, kata cikgu.
KREDIT : Nor Zazilah
Tarikh Start Cuti Raya untuk Sekolah Kumpulan A dan B (Aidilfitri 2025)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan cuti tambahan perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi sekolah Kumpulan A dan B.
Berikut adalah ringkasan tarikh cuti lengkap termasuk cuti hujung minggu:
Negeri Kumpulan A
Kedah, Kelantan & Terengganu adakah negeri bagi kumpula A:
Hari | Tarikh | Jenis Cuti |
Jumaat | 28 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Sabtu | 29 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Ahad | 30 Mac 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Isnin | 31 Mac 2025 | Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) |
Selasa | 1 April 2025 | Hari Raya Kedua (2 Syawal) |
Rabu | 2 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Khamis | 3 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Jumaat | 4 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Sabtu | 5 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Jumlah Cuti Sekolah Kumpulan A: 9 hari berturut-turut

Negeri Kumpulan B
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP KL, WP Putrajaya, WP Labuan adalah Negeri Kumpulan B
Hari | Tarikh | Jenis Cuti |
Sabtu | 29 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Ahad | 30 Mac 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Isnin | 31 Mac 2025 | Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) |
Selasa | 1 April 2025 | Hari Raya Kedua (2 Syawal) |
Rabu | 2 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Khamis | 3 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Jumaat | 4 April 2025 | Cuti Tambahan KPM |
Sabtu | 5 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Ahad | 6 April 2025 | Cuti Hujung Minggu |
Jumlah Cuti Sekolah Kumpulan B: 9 hari berturut-turut
Tips Tambahan untuk Ibu Bapa Sebelum Anak Tidak Hadir ke Sekolah (Balik Raya)
- Maklumkan Lebih Awal Kepada Guru Kelas
Hantarkan mesej atau surat rasmi selewat-lewatnya sehari sebelum anak tidak hadir. Ini menunjukkan sikap bertanggungjawab dan memudahkan guru mengurus rekod kehadiran murid. - Pastikan Anak Tidak Ponteng Terlalu Lama
Elakkan ketidakhadiran yang terlalu panjang seperti seminggu penuh tanpa alasan kukuh. Ini boleh menjejaskan prestasi anak dan dilihat sebagai ponteng yang disengajakan oleh pihak sekolah. - Sediakan Dokumen Sokongan Jika Perlu
Sekiranya perlu, sertakan dokumen seperti salinan tiket bas, surat cuti ibu bapa, atau bukti perjalanan. Ini mengukuhkan alasan dalam surat rasmi dan lebih diyakini oleh guru serta pentadbir sekolah. - Bantu Anak Dapatkan Bahan Pembelajaran
Semak dengan guru kelas atau rakan-rakan tentang kerja rumah atau latihan yang diberikan semasa anak tidak hadir. Pastikan anak tidak tertinggal pelajaran. - Jangan Gunakan Alasan Palsu
Gunakan alasan yang jujur dan sopan. Menggunakan alasan rekaan seperti “sakit” sedangkan balik kampung boleh menjejaskan kepercayaan guru pada masa akan datang. - Hantar Surat Rasmi atau Nota Bertulis
Walaupun sudah dimaklumkan dalam WhatsApp, tetap hantar surat rasmi kepada guru kelas sebagai rekod rasmi. Ini penting bagi tujuan dokumentasi sekolah. - Ajarkan Anak Etika Bertanggungjawab
Gunakan peluang ini untuk mendidik anak tentang pentingnya memaklumkan ketidakhadiran secara rasmi, sebagai latihan nilai disiplin dan integriti.
Semoga panduan penulisan surat tidak hadir ke sekolah kerana balik kampung sempena cuti Hari Raya ini dapat memudahkan urusan anda.