Syarikat AIR Selangor memaklumkan beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 Jun 2024 (Rabu).
Gangguan ini adalah berpunca daripada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Menurut kenyataan Air Selangor, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza.
Ia bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.
Tarikh dan Tempoh Gangguan Bekalan Air
Pelaksanaan kerja-kerja ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual sementara bermula jam 9:00 pagi, 5 Jun 2024 (Rabu). Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 5 Jun 2024 (Rabu). Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20% pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat).
Lokasi dan Kawasan yang Terlibat
Pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual sementara di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor
Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut;
Petaling
Kuala Lumpur
Klang dan Shah Alam
Gombak
Kuala Selangor
Hulu Selangor
Info dan Maklumat Lanjut
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
- Facebook – https://www.facebook.com/airselangor/
- Instagram – https://www.instagram.com/airselangor
- Twitter / Laman X – https://twitter.com/air_selangor
Kenyataan Rasmi Air Selangor di Facebook
Air Selangor ingin memaklumkan mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Pelaksanaan kerja-kerja ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual sementara di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 5 Jun 2024 (Rabu). Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 5 Jun 2024 (Rabu). Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20% pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di lampiran.
Untuk makluman, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas. Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat (4) stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estet (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).
Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
Sumber: Air Selangor