Lepasan SPM 2024 mempunyai banyak peluang biasiswa dan bantuan pendidikan untuk melanjutkan pengajian pada tahun 2025.
Terdapat pelbagai penaja merangkumi pihak kerajaan (seperti JPA dan MARA), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti PETRONAS, TNB, Bank Negara Malaysia, syarikat swasta lain, pinjaman pendidikan (contohnya PTPTN), serta bantuan daripada institusi zakat.
Di bawah adalah senarai beberapa biasiswa dan bantuan utama, beserta syarat dan maklumat penting masing-masing lepasan SPM 2024.
Biasiswa JPA (Kerajaan)
1) Program Khas JPA Perubatan, Pergigian dan Farmasi (PPF2) Tahun 2025
Penajaan program biasiswa ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2024 yang ingin menyambung pengajian di dalam negara dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di dalam negara sahaja..
- Tarikh Tutup: 11 Mei 2025
- Laman Web: https://penajaan.jpa.gov.my
2) Program Khas JPA Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2025
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada lepasan SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) serta Sains Sosial di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
- Tarikh Tutup: 11 Mei 2025
- Laman Web: https://penajaan.jpa.gov.my
3) Program Khas JPA-MARA (PKJM) Tahun 2025
Penajaan biasiswa berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar Bumiputera lepasan SPM 2024 untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T), Perakaunan, Ekonomi, Kewangan dan Sains Sosial.
- Tarikh Tutup: 11 Mei 2025
- Laman Web: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM
4) Program Penajaan Nasional (PPN) JPA Tahun 2025
Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara berpakej bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
- Tarikh Permohonan: 30 April 2025 – 11 Mei 2025
- Laman Web: https://penajaan.jpa.gov.my
5) Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) JPA Tahun 2025
Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan biasiswa berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM 2024 untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di institusi dalam negara.
- Tarikh Permohonan: 30 April 2025 – 11 Mei 2025
- Laman Web: https://penajaan.jpa.gov.my
Biasiswa MARA
1) Program Young Talent Development Programme (YTP) MARA Tahun 2025

MARA menawarkan biasiswa dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2024 di bawah Young Talent Development Programme (YTP) untuk menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dan universiti terpilih luar negara dari peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda.
- Tarikh Permohonan: 28 April 2025 – 9 Mei 2025
Laman Web: https://myeduloan.mara.gov.my
2) Program Khas JPA-MARA (PKJM) Tahun 2025
Penajaan biasiswa ini berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar Bumiputera lepasan SPM 2024 untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Pelajar akan mengikuti pengajian di Jepun, United Kingdom, New Zealand dan Malaysia dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T), Perakaunan, Ekonomi, Kewangan dan Sains Sosial.
- Tarikh Permohonan: 28 April 2025 – 11 Mei 2025
- Laman Web: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM
Senarai Biasiswa GLC (Government-Linked Companies)
Biasiswa PETRONAS (PESP)

PETRONAS menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM 2024 yang berprestasi tinggi melalui Program PETRONAS Education Sponsorship (PESP). Program ini bertujuan membantu pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan industri tenaga seperti Kejuruteraan, Sains Komputer, Geosains dan bidang perniagaan strategik di universiti dalam dan luar negara.
- Tarikh Tutup: 2 Jun 2025
- Laman Web: https://educationsponsorship.petronas.com.my
Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) – PRIME dan SHINE
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) menawarkan dua jenis biasiswa atau penajaan kepada pelajar lepasan SPM 2024 iaitu Biasiswa PRIME untuk pengajian dalam dan luar negara, serta Pinjaman Boleh Ubah SHINE bagi pengajian di UNITEN. Bidang yang ditawarkan termasuk Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Sains Komputer, Data Analytics dan bidang berkaitan tenaga.
- Tarikh Tutup: 8 Mei 2025
- Laman Web: https://yayasan.tnb.com.my
Biasiswa Bank Negara Malaysia (Kijang Scholarship)

Bank Negara Malaysia menawarkan Biasiswa Kijang kepada pelajar lepasan SPM 2024 yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan ekonomi dan kewangan seperti Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Undang-Undang, Matematik, Sains Aktuari, dan Sains Data di peringkat pra-universiti dan Ijazah Pertama.
- Tarikh Tutup: Dijangka Mei 2025 (ikut pengumuman rasmi BNM)
- Laman Web: https://bnm.gov.my/scholarship
Biasiswa Yayasan Khazanah (Global dan Watan)
Yayasan Khazanah menawarkan dua program biasiswa utama kepada pelajar lepasan SPM 2024:
- Biasiswa Khazanah Global untuk pengajian pra-universiti dan Ijazah Pertama di luar negara.
- Biasiswa Khazanah Watan untuk pengajian di institusi tempatan bertaraf penyelidikan.
Bidang yang ditawarkan meliputi Kejuruteraan, Ekonomi, Sains Komputer, Perakaunan, Undang-Undang dan lain-lain yang menyumbang kepada pembangunan negara. - Tarikh Tutup: Dijangka April–Mei 2025 (bergantung kepada fasa permohonan)
- Laman Web: https://www.yayasankhazanah.com.my
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) Global Scholarship
PNB menawarkan biasiswa ” “PNB Global Scholarship Award” kepada pelajar lepasan SPM 2024 yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seperti Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Aktuari, Matematik dan Undang-Undang di universiti terkemuka luar negara. Calon yang terpilih akan mengikuti program pra-universiti di kolej tempatan sebelum menyambung pengajian ke luar negara.
- Tarikh Tutup: Dijangka Mei 2025 (ikut pengumuman rasmi PNB)
- Laman Web: https://www.pnb.com.my
Senarai Biasiswa Syarikat Swasta dan Yayasan Korporat
Biasiswa Shell Malaysia
Shell Malaysia menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pra-universiti dan Ijazah Pertama dalam bidang Kejuruteraan, Geosains, Perniagaan dan Teknologi. Program ini direka untuk melahirkan bakat masa depan bagi menyumbang kepada sektor tenaga dan pembangunan mampan.
- Tarikh Tutup: 14 Mei 2025
- Laman Web: https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html
Biasiswa Yayasan Sime Darby
Yayasan Sime Darby menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM 2024 untuk menyambung pengajian dalam bidang seperti Kejuruteraan, Perladangan, Sains Alam Sekitar, Perakaunan dan Perubatan. Program ini mensasarkan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana untuk belajar di institusi dalam atau luar negara.
- Tarikh Tutup: Dijangka Mei 2025 (mengikut pengumuman rasmi YSD)
- Laman Web: https://www.yayasansimedarby.com
Biasiswa Yayasan UEM
Yayasan UEM menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM 2024 yang cemerlang untuk mengikuti program pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM), diikuti pengajian Ijazah Pertama di universiti terkemuka luar negara. Bidang yang ditawarkan termasuk Kejuruteraan, Perakaunan, Ekonomi, Sains Komputer dan Pengurusan.
- Tarikh Tutup: Dijangka Mei 2025 (mengikut pengumuman rasmi UEM)
- Laman Web: https://www.uem.com.my/scholarship.aspx
Biasiswa The Star Education Fund
The Star Education Fund menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM 2024 untuk melanjutkan pengajian di kolej dan universiti swasta tempatan yang menjadi rakan penaja. Bidang pengajian yang ditawarkan bergantung kepada institusi dan meliputi Komunikasi, Seni Reka, Sains Komputer, Perniagaan dan banyak lagi.
- Tarikh Tutup: Dijangka Mei–Jun 2025 (mengikut kemasukan IPTS rakan penaja)
- Laman Web: https://www.thestar.com.my/edufund
Bantuan Zakat dan Dermasiswa
Bantuan Zakat IPT oleh Majlis Agama Islam Negeri
Setiap Majlis Agama Islam negeri menawarkan bantuan zakat kepada pelajar lepasan SPM 2024 yang berasal daripada keluarga B40 dan tergolong dalam asnaf. Bantuan ini meliputi yuran pendaftaran, elaun buku, dan bantuan sara hidup sekali bayar atau bulanan.
- MAIWP (Wilayah Persekutuan): https://www.maiwp.gov.my
- LZS (Selangor): https://www.zakatselangor.com.my
- MAIPk (Perak): https://www.maiamp.gov.my
- MAIDAM (Terengganu): https://www.maidam.gov.my
- MAIK (Kelantan): https://www.e-maik.my
- MAIPs (Perlis): https://www.maips.gov.my
- MAINS (Negeri Sembilan): https://www.mains.gov.my
- MAIM (Melaka): https://www.maim.gov.my
- MAIJ (Johor): https://www.maij.gov.my
- MUIP (Pahang): https://www.muip.gov.my
- MUIS (Sabah): https://muis.sabah.gov.my
- Tabung Baitulmal Sarawak: https://www.tbs.org.my
- LZNK (Kedah): https://www.zakatkedah.com.my
- ZPP (Pulau Pinang): https://www.zakatpenang.com
Dermasiswa dan Biasiswa Yayasan Negeri
Beberapa yayasan negeri seperti Yayasan Pahang, Yayasan Terengganu, dan Yayasan Sarawak menawarkan dermasiswa atau biasiswa kepada anak negeri yang cemerlang dalam SPM. Ia biasanya dalam bentuk bayaran pendaftaran, elaun pengajian, atau hadiah kecemerlangan.
- Laman Web:
- Yayasan Pahang: https://www.yp.org.my
- Yayasan Terengganu: https://yayasanterengganu.gov.my