Baucar Minyak Petrol/Diesel datang lagi Aidilfitri tahun ini untuk Perantau Pahang!
Kepada rodong-rodong yang mencari rezeki di luor sana, jangan lupa rebut baucer duit minyok daripada Tok Wan MB Pahang! Kepada Perantau Pahang, moh la kite balik beraya ke Pahang dengan lebih jimat dan tenang.
Tahun ni, kerajaan negeri Pahang bagi baucar petrol/diesel RM50 khas untuk 5,000 perantau Anak Pahang yang terawal mohon. Tujuannya, nak membantu rodong-rodong balik ke kampung halaman tanpa risau kos minyak.
Jadi, jangan bertangguh! Moh daftar segera, buat persiapan, dan pastikan dapat baucar percuma ni sebelum tarikh tutup 18 Mac 2025 (17 Ramadan 1446). Rezeki jangan ditolak, peluang jangan dilepaskan!
Lihat Juga: ATM Tukar Duit Raya 2025: Maybank, CIMB, Bank Islam & Lain
Apa Itu Moh Balik Raya ke Pahang 2025?
Moh Balik Raya ke Pahang 2025 ialah sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi membantu Perantau Anak Pahang yang ingin pulang beraya ke kampung halaman.
Program ini menawarkan baucar petrol/diesel bernilai RM50 sebagai bantuan perjalanan kepada 5,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat kelayakan.
Matlamat utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Pahang yang bekerja atau menetap di luar negeri, sekaligus memastikan mereka dapat pulang dengan lebih mudah dan menjimatkan kos perbelanjaan sempena Aidilfitri 2025.
Perkara penting yang perlu diketahui:
- Program ini terhad kepada 5,000 pemohon terawal sahaja.
- Terbuka kepada Perantau Anak Pahang yang menetap di luar negeri Pahang.
- Baucar ini diberikan sebagai bantuan kos perjalanan balik kampung.
Lihat Juga:
– Zakat Fitrah Pahang 2025: Kadar & Cara Bayaran Online
– Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Pahang 2025
Syarat Kelayakan
Bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima baucar minyak RM50, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
- 5,000 pemohon terawal sahaja – Baucar ini diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat. Oleh itu, mohon segera sebelum kuota penuh!
- Perantau Anak Pahang – Pemohon mestilah berasal dari Pahang tetapi menetap di luar negeri untuk bekerja, belajar, atau atas urusan lain.
- Berumur 18 tahun ke atas – Program ini hanya terbuka kepada individu yang sudah mencapai umur dewasa.
- Pulang ke Pahang untuk beraya – Tujuan utama program ini adalah untuk membantu perantau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 2025 bersama keluarga.
- Belum pernah menerima baucar minyak daripada Sekretariat Perantau Anak Pahang sebelum ini – Pemohon yang pernah mendapat baucar minyak dalam program terdahulu tidak layak untuk memohon.

Cara Memohon
- Langkah 1: imbas kod QR yang disediakan dalam poster sebelum ini atau isi Google Form di bawah.
- Langkah 2: Isi Google Form melalui pautan https://forms.gle/oMguD69iUyKdJ9U47
- Langkah 3: Hantar permohonan sebelum tarikh tutup pada 18 Mac 2025 (17 Ramadan 1446).
- Langkah 4: Tunggu pengesahan daripada pihak Sekretariat Perantau Anak Pahang.
Proses Pendaftaran & Pengesahan
Pemohon perlu mengisi borang dalam Google Form dengan maklumat lengkap.
Pihak Sekretariat Perantau Anak Pahang akan menyemak permohonan bagi memastikan kelayakan penerima.
Perantau yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel dan telefon untuk pemberitahuan mengenai baucar.
Maklumat Yang Diperlukan Dalam Borang Permohonan
1) Maklumat Peribadi
- E-mel
- No. Kad Pengenalan
- Nama Penuh
- No. Telefon
- Pekerjaan/IPTA/IPTS
2) Maklumat Tempat Tinggal (Luar Pahang):
- Alamat majikan / IPTA / IPTS
- Alamat tempat tinggal terkini
- Negeri tempat tinggal sekarang
- Poskod dan bandar tempat tinggal
3) Maklumat Kampung Halaman (Pahang):
- Alamat kampung asal
- Poskod dan bandar asal
- Negeri asal (Pahang)
Sumber: Pahang Media
Lihat Juga