HomeKewanganProgram Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menawarkan kepada usahawan agropreneur yang layak bagi memohon Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP).

Objektif program ini ialah untuk membantu usahawan PKS melalui penyediaan dana (secara geran pemadanan) bagi meningkatkan pengeluaran, kebolehpasaran serta hasil jualan produk.

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) 

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) merupakan insentif yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Program ini menawarkan bantuan berupa geran pemadanan sehingga RM200,000.00 kepada usahawan industri makanan dan asas tani (hiliran) dalam kategori kecil yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan RM300,000.00 hingga RM5 juta. 

Skop bantuan yang ditawarkan adalah kajian pembangunan kualiti produk; reka bentuk pembungkusan dan pelabelan; peningkatan keupayaan pengeluaran ; dan penambahan premis ke arah persijilan.

Tempoh Permohonan

Permohonan Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup.

Jumlah Bantuan

Kerajaan menyediakan bantuan geran pemadanan maksimum sebanyak RM200,000 bagi setiap permohonan. 

(Contoh : Permohonan untuk membeli peralatan seperti mesin pemprosesan produk sejuk beku makanan; Kos projek : RM250,000.00, Nilai Geran Kerajaan (50%) : RM125,000.00, Jumlah yang ditanggung usahawan (50%) : RM125,000.00).

Iklan Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

Syarat Kelayakan

  1. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197]; atau
  2. Persatuan nelayan yang berdaftar di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta 44]; atau
  3. Pertubuhan peladang yang berdaftar di bawah Perlembagaan Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109]; atau
  4. Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 503]; atau
  5. Pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Pertubuhan 1966 [Akta 832]; atau
  6. Mempunyai lesen perniagaan; dan
  7. Mempunyai premis perniagaan/lesen premis yang sah.

Skop Bantuan:

  1. Kajian pembangunan kualiti produk
  2. Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
  3. Peningkatan keupayaan pengeluaran
  4. Penambahan premis ke arah persijilan.

Cara Permohonan

Borang permohonan boleh didapati melalui agensi pelaksana iaitu;

  • Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), 
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), 
  • Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), 
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), 
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), 
  • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), 
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), 
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), 
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), 
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),
  • DOA Sarawak, 
  • DOA Sabah; dan 
  • pejabat- pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

Kepada yang berminat, sila dapatkan maklumat lanjut Geran Pemadanan HIP dengan menghubungi mana-mana jabatan atau agensi KPKM yang berhampiran. 

Sekiranya layak, mohon lengkapkan borang permohonan dan serahkan ke jabatan atau agensi KPKM berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada [email protected], [email protected], atau hubungi no. telefon berikut 03-8870 1765/1832

Sumber: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 

Soalan Lazim

Apakah Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)?

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) merupakan insentif yang diselaraskan oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Soalan Lazim Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) _01
Soalan Lazim Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) _02
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments