HomeBantuanBantuan Awal Persekolahan MAINS Negeri Sembilan 2025

Bantuan Awal Persekolahan MAINS Negeri Sembilan 2025

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) membuka permohonan kepada warga negara atau pemastautin tetap di negeri ini bagi memohon Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk 2025.

Permohonan dibuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2025.

Ibu bapa yang berkelayakan bolehlah memohon Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang dinyatakan di bawah.

Tempoh Permohonan

1 Januari 2024 hingga 30 April 2024.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (FISABILILLAH) 2025 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Bagi permohonan Bantuan Awal Persekolahan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 2024, syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut;

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan sehingga kini.
  4. Boleh dipertimbangkan sekiranya mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke atas yang bersekolah di Program Khas Integrasi (PPKI).
  5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,329.00 sebulan tertakluk kepada jumlah tanggungan yang bersekolah.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan ini adalah seperti berikut;

  1. Kad pengenalan pemohon.
  2. Kad pengenalan pasangan/penjaga.
  3. Sijil kelahiran anak tanggungan.
  4. Dokumen sokongan seperti sijil cerai atau sijil kematian pasangan (jika berkenaan).
  5. Surat Mahkamah/Bukti jagaan anak (jika relevan).
  6. Salinan slip gaji/pendapatan terkini.
  7. Slip akaun bank (sekiranya mutlak atau nama pasangan).
  8. Borang pengesahan sekolah.
  9. Bil utiliti sebagai bukti tempat tinggal pemohon.

Nota Penting: Semua dokumen perlu disahkan oleh Imam Masjid, Pengerusi Masjid, atau Jawatankuasa Komuniti.

Sesi Persekolahan

  • Pra sekolah –  berumur 6 tahun sahaja.
  • Sekolah rendah – tahun 1 hingga 6 sahaja.
  • Sekolah menengah – tingkatan satu hingga 5 sahaja termasuk di madrasah/pusat tahfiz (berumur 17 tahun dan ke bawah).

Cara Memohon

Pemohon boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;

https://www.mains.gov.my/agihan

Permohonan baharu hendaklah terlebih dahulu mendaftar akaun di laman portal MAINS  bagi tujuan mengisi maklumat yang diperlukan.

Pemohon lama yang sudah mempunyai akaun di laman portal MAINS boleh memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini. Sekiranya terlupa kata laluan, klik pada “Lupa katalaluan”.

Manual Pengguna dan cara-cara mengisi permohonan secara online boleh rujuk pautan berikut: 

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pendidikan MAINS:

Ikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi:

Sumber: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments